mengikut kepada pengetahuan umum, toilet merupakan tempat yang kerap dikunjungi oleh golongan manusia di muka bumi ini. barang sesiapa yang tak pergi toilet tiap tiap hari, nescaya dia akan digelar, PENGOTOR. mana tak nya, takkan dia tak mandi. takkan dia tak gosok gigi. takkan dia tak membuang. takkan dan segala takkan lagi laa.
seronok tak kalau ada macam ni? HAHA.
kalau laa korang perhatikan, kat mana mana shopping mall mesti toilet yang jadi masalah utama. bila dah sakit perut siap ada yang berfikir 24kali. nak masuk ke tak nak. tak masuk toilet nanti takut orang lain bau macam macam pulak dekat dia. bau yang tak sedap pulak tu lagi meloyakan anak tekak.
bila dah masuk toilet je, kejadian macam ni mesti berlaku :
"Anak sape pulak laa yang tak reti nak hang balik hos ni.."
"Sape laa yang ber*k berterabur ni! Bersepah!"
"Kenapa kat jamban ni ada air colour kuning?!" (untuk kaum lelaki)
"Kenapa kat jamban ni ada air colour kuning?!" (untuk kaum lelaki)
flush laa apa lagi.
sebab tu bila kat shopping mall je affan akan pergi toilet bila dah rasa toilet kat tempat tu bersih dan berbau wangi (ni bukan iklan pencuci baju or lantai). manusia masa kini makin moden tapi perangai macam orang zaman batu. pandai guna pandai laa bersihkan. takkan laa makcik cleaner nak kena bagi ada buku denda untuk sape yang kotorkan toilet.
yang tengah? SHEMALE ke?
akhir kata; MANUSIA dan TANDAS tidak boleh dipisahkan, saling memerlukan antara satu sama lain, ibarat kapal layar memerlukan layar untuk belayar. sekian terima kasih.