Monday, June 3, 2013

kami SEMINGGU budak sekolah DUA MINGGU


Assalamualaikum HADIRIN dan HADIRAT sekalian.
Salam Sejahtera dan Salam Bangsa Malaysia.
Hello peeps! Dah seminggu aku cuti. Fuhh.. Tapi tak terasa  Well, as we all know yang UiTM baru habis cuti seminggu. Uni lain rasanya tak cuti, entahlah. Apa yang aku tau pelajar degree UiTM dapat cuti sempena Hari Wesak, Kaamatan and Gawai. So, kepada rakan-rakan yang meraikan salah satu perayaan tu, aku harap korang dapat beraya dengan penuh rasa gembira.


Okay, rasanya semua dah tau pasal Hari Wesak. Ke still ada yang tak tau pasal Hari Wesak? Baik mengaku cepat. Kalau tak tau sila gelengkan kepala anda kiri dan kanan. HAHA. Alright, for those yang tak tau, Hari Wesak merupakan hari perayaan dan hari terpenting bagi penganut agama Buddha. Negara kita hebat kan? Berbilang kaum dan agama. As long as kita respect each other tak jadi masalah duduk dalam negara yang warna-warni ni. I  Malaysia.


Gambar Hiasan


Alright, how about Hari Kaamatan? Siapa tahu? Kalau tahu raise your hand, atau dalam bahasa Melayu-nya angkat tangan! Eh kejap ... let me count first.

1 ...
2 ...
3 ... !!

Korang rasa ada tak yang betul-betul angkat tangan? HAHA. Tepuk dada kuat-kuat and tanya diri sakit ke tak. HEHE. Okay, Hari Kaamatan atau Pesta Menuai ni disambut di Sabah sejak dulu lagi. Pesta ni disambut oleh Kaum Kadazan-Dusun selepas selesai menuai padi. Well, aku tau pasal Hari Kaamatan ni pun sebab dulu aku dapat PLKN dekat Kota Belud, Sabah. Bagus jugak government bagi aku jauh-jauh. Dapat belajar and tahu pasal kaum lain, selain setiap malam rindu nak balik rumah sebab tak biasa. HAHA. Kalau nak tau lagi pasal Hari Kaamatan, boleh search kat web.


Gambar Hiasan


Macam mana dengan Hari Gawai pula? Rasanya semua orang dah serba tahu yang Hari Gawai disambut oleh kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Hari Gawai disambut bagi meraikan tamatnya musim menuai padi. Lebih kurang sama dengan Pesta Kaamatan. Dalam kelas aku ada dua orang yang celebrate Hari Gawai ni, Kak Lynn dengan Gerald. I hope both of you gembira balik Sarawak hari tu.


Gambar Hiasan


Okay, habis dah cerita pasal perayaan and hari menuai. Sekarang dah nak masuk sekolah balik. Assignments yang nak kena hantar minggu ni pun boleh tahan banyaknya. Buka mata, buka hati. Rajin Affan Rajin! So, nak wish selamat kembali ke sekolah wahai pelajar degree UiTM, terutamanya pelajar UiTM Shah Alam. Selamat berjumpa kembali dan berebut bas rapidKL pagi-pagi masa nak pergi kelas.


Ada kereta kenapa tak bawa pergi kelas? Soalan macam tu dah berbuih mulut nak jawab. Sebabnya, UiTM melarang pelajar bawa kereta. And... and... Aku tak ambil sticker kenderaan lagi kat pejabat Non-Resident (NR). HAHA.

Thanks for reading guys. Sekian, terima kasih. Merci beaucoup. Au revoir.
p/s: Jealous dengan budak sekolah sebab dorang dapat cuti dua minggu. Not fair! HAHA.

2 comments:

aishah zawani said...

untung cuti seminggu. aisha tk de cuti. dh 3 bulan tk balik. menetap di johor jdi student 24hour. huhu untung jugak budak seklah cuti. jealous okay.!

affan said...

kitorang cuti macam tak cuti je. kepala serabut teringat assignment. HAHA :D kenapa blog tak boleh comment?