Wednesday, May 16, 2012

untuk SEMUA guru


Selamat Hari Guru atau Happy Teacher's Day. topik utama tiada sebarang kaitan dengan kumpulan Teacher's Pet. okay, di sini saya Kamaredzwan ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan pensyarah yang terlibat secara langsung dan 'tak langsung' mengajar saya selama ini. LOVE YOU lah cikgu!

kerjaya sebagai guru ni kerjaya yang mulia dan nak mendidik pelajar bukan senang dan ringan. lagi-lagi nak mengadap macam-macam ragam pelajar. ada yang baik, skema, kerek, mulut bising dan lain-lain. tengok jelah muka cikgu kat sekolah atau pensyarah. kadang-kadang sampai dah tak tau nak cakap apa.

kepada cikgu-cikgu SK (1) Taman Keramat : 1997-2002
terima kasih kerana mengajar saya menjadi manusia yang kenal huruf dan tahu membaca dengan lancar. jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan. kepada Cikgu Zukri dan Cikgu Adin, walaupun anda garang dan saya pernah merasa pelbagai sudut tamparan tangan kasar awak di pipi saya, barulah saya tau apa itu DUNIA. ada bintang, bulan bila kena penampar se-das. kawal emosi cikgu. saya hanya kanak-kanak ribena yang cuba untuk menghiburkan hati sendiri di sekolah. kami tidak matang seperti cikgu. kami hanya murid sekolah yang masih berhingus walaupun tidak selsema.




kepada cikgu-cikgu di SMART : 2003 - 2007
saya Kamaredzwan atau lebih mesra dikenali sebagai Kama atau Affan mengucapkan SELAMAT HARI GURU. terlebih ucapan juga kepada cikgu yang pernah mendidik saya sehingga saya ke tahap sekarang ni walaupun tidaklah setinggi langit. jasa cikgu-cikgu akan tetap saya kenang selamanya. kepada cikgu kelas, terima kasih kerana penat melayan saya masa di sekolah dulu. saya rindu sekolah. doakan saya untuk jadi Pengetua SMART walaupun itu hanya impian dan cita-cita yang sukar untuk saya capai. terima kasih kepada cikgu yang masih kenal dan ingat muka saya hingga ke hari ini. saya pelajar bertuah, bukan kerana saya kacak atau hebat, itu semua tolak tepi.





kepada pensyarah FACT (UiTM) : 2008 - 2011
terima kasih kerana mendidik saya dari semester satu hingga semester 6 Diploma. jasa kamu semua amatlah besar. saya sangat teruja dapat belajar dengan orang yang hebat seperti KAMU SEMUA. kamulah pensyarah yang berkaliber. terima kasih juga kepada PM Abdul Razak Mohaideen kerana menjaga kebajikan saya dan rakan sekelas masa praktikal Oktober hingga Disember 2010. tabik spring! kepada En Azizone anda masih berhutang Pizza Hut dengan saya hingga ke hari ini. anda berjanji nak belanja. sekian.





kepada pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (UiTM) : 2012
saya yang dikenali sebagai AFFAN mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah (dengan harapan boleh bagi markah lebih). terasa macam nak belajar dengan Tuan/Puan sampai semester 6. tapi apakan daya, itu semua mustahil akan terjadi. terima kasih kerana melayan kerenah saya di dalam kelas. sekiranya ada terhiris hati maafkan saya. saya hanya pelajar biasa yang kadang-kadang nampak seperti pelajar sekolah menengah.




SELAMAT HARI GURU SATU MALAYSIA 2012

Sunday, April 15, 2012

tak jangka




yeay! baru je hari tu message ayah suruh cari boots or kasut futsal kat rumah sebab nak main bola kat UiTM. petang tadi ayah call kata kat Al-Ikhsan and tanya nak boots Adidas or Nike. tak sangka pulak ayah nak beli baru kat kedai. haha.

apa-apa pun TERIMA KASIH AYAH sebab belikan affan Adidas Boots, Nike Shin Guard and Al-Ikhsan Socks. gembira tak terkata tadi. hehehe. kasut futsal ayah kata boleh amek yang dia punya, NIKE. hehe. senyuman tak putus dari petang tadi ni. Alhamdulillah.

Saturday, April 14, 2012

ayat sindiran (sarcastic) 1


angsa berkawan dengan merak. merak menyuruh angsa mengikut caranya kerana merak fikir dia lebih bagus dan sempurna dari angsa, angsa yang tak berapa pandai terpengaruh dan mengikut sahaja kata merak, sedangkan merak tidaklah sempurna dan cuba untuk menutup kelemahannya.


angsa yang tiada pegangan sendiri

merak yang sentiasa angkuh

Wednesday, March 28, 2012

masih baru


berita mutakhir,
affan telah mempunyai sebuah twitter account. terima kasih kepada Cik Nisha kerana telah membuatkan saya sebuah twitter account. saya masih noob. jadi saya masih baru belajar dunia twitter. rasanya facebook lagi best kot.






okay, untuk blogger sekalian. boleh laa anda follow affan jika sudi. tak sudi pun takpe. tak kesah. cakap dengan tanda NOKTAH. kepada yang ada twitter account sila link kan email. sekian.

cakap dengan tanda NOKTAH


maksudnya lebih kurang dengan 'talk to the hand'. ini laa ayat yang selalu affan guna bila ada certain situation yang kena guna dan diperdengarkan kepada orang yang layak dapat. yang dah dengar ayat ni faham-faham jelah apa maknanya.

khas untuk orang yang mungkir janji. apa masalah dan sebab pun tak tau tiba-tiba nak mungkir janji. sebelum nak buat janji bukan main lagi. dah janji macam-macam, meletup sana, meletup sini, tiba-tiba nak cancel pulak. sukanya hati.


"sorry wei, aku tak dapat datang group discussion"
RE : "cakap dengan tanda NOKTAH".

"sorry bro, aku belum siapkan group assignment kita"
RE : "WTF! cakap dengan tanda NOKTAH".

"sorry sayang, i lupa nak bagi birthday present dekat you"
RE : "cakap dengan tanda NOKTAH".

"sorry kawan, lupa pulak hari ni kita nak lepak sama"
RE : " cakap dengan tanda NOKTAH".


khas untuk orang yang tak reti bahasa. suka menyampuk bila orang lain bercakap. orang cakap dengan orang lain dia sebok nak masuk line. apa kes? mulut dah gatal sangat sampai nak kena masuk line tiba-tiba?


Pelakon 1 : Eh Affan, semalam kau buat apa?
Orang Menyebok : Affan main facebook je tu.
Affan : Cakap dengan tanda NOKTAH.

Pelakon 2 : Kenapa kau kurus eh Affan?
Orang Menyebok : Affan tak kuat makan sebab tu kurus.
Affan : Cakap dengan tanda NOKTAH.

Pelakon 3 : Kenapa nama kau Affan?
Orang Menyebok : Sebab dia rasa dia HOTSTUFF.
Affan : Kau, GILA. Cakap dengan tanda NOKTAH.


kepada sesiapa pun. jangan sesuka hati selamba adabnya nak mencelah ye. sesungguhnya anda akan dibenci sekiranya anda mencelah tidak kena masa dan janganlah mungkir janji. "kerbau dipegang kepada talinya, manusia dipegang pada janjinya". sekian.

Monday, March 26, 2012

program khas untuk orang kacak dan orang cantik


di sini affan nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua Seketariat dan senior yang mengendalikan Program Pemantapan Wawasan di Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam pada sabtu yang lepas. terima kasih juga kepada kawan kawan yang menghadirkan diri secara sengaja dan tidak sengaja.




program tu sangat seronok walau pada paginya affan rasa mengantuk yang tak terhingga sampai tak boleh nak buat chicken dance. sorry ye abang dan akak senior. saya tak berapa cergas pagi tu.




lepas aktiviti pagi ada program motivasi dan psikologi dalam auditorium. best jugak tapi affan rasa macam nak muntah masa tu sebab budak yang duduk belakang kerusi affan yang rasanya kaki tak pernah kena bedung waktu kecik main gerak gerak kerusi. pening kepala.

tengok gelagat kelas lain pon pening jugak. mulut tak pernah diam. bersyukurnya dapat classmate yang cool, senyap sikit. tak lah setiap masa mulut nak bertanya itu ini. tanya benda yang merepek pulak tu.




pukul 2 paling seronok sebab aktiviti explorace. satu uitm shah alam kena pusing cari checkpoint. dah laa shah alam sekarang ni makin panas. rasa macam kena bbq tengah hari tu.

fasi yang menguruskan kumpulan affan (Kumpulan Tikus Liar) sangat best. siapa lagi kalau bukan "Kak" Ain. dia ikut je mana yang kitorang pergi. tabik spring! dengan melayan celoteh sorang sorang. layan jelah "Kak" Ain ye.

program tamat pada pukul 6 petang dan bermulalah cuti sekejap di rumah. homesick katanya. sekian.

Friday, March 23, 2012

bukan perempuan biasa


DIA superwoman saya.



Nisha.
ya, itu yang affan panggil dia dari kenal dia kat myspace.
and then pindah ke facebook. dan bermulalah detik-detik bahagia kami.





terlalu banyak perbezaan dia dengan perempuan lain. sebab tu affan suka dia. dan takkan ada perempuan lain yang boleh replace dia.




bila dengan perempuan lain sibuk nak control ayu, cun semua lah. tapi dia tak. dia jadi diri sendiri. jadi diri sendiri kan best. tak perlu nak cover itu ini semua. itu hipokrit namanya. terasa special bila affan dengan dia. tak kisah laa orang nak cakap affan apa-apa pun.


"eeee.. poyo nya mamat ni. konon gf dia terbaik dalam dunia"

"ingat dia sorang ada gf"

"aduhhh.. jiwangnya si affan ni. dah la tak handsome"

atau

"menyampah pulak baca entry dia ni!"


tak kisah lah orang nak cakap apa pun. janji affan happy tak kacau orang lain. oh, ada 2 berita baik untuk bulan MAC 2012 ni.


first, affan dapat sambung Degree dekat UiTM Shah Alam and
second, Nisha dapat 7A's SPM.

"Nisha, i bangga dengan you! SERIOUS!"




ada orang cakap bila bercinta result boleh jatuh merudum. tapi affan boleh je tamatkan diploma dulu dengan CGPA 3 pointer and above. buktikan setiap kata-kata orang tu tak betul. kita jadi diri kita. kita yang kawal diri kita bukan diri kita kawal kita. sekian terima kasih. oh by the way,

HAPPY 18 MONTHS ANNIVERSARY NISHA!
I WILL ALWAYS LOVE YOU!

23rd September 2010 - present ...