Wednesday, June 30, 2010

untuk follower yg ke100

.award for u.

TAHNIAH kepada adam haiqal kerana dia ialah follower saya yang ke100. visitlah blog ni selalu. thanks. :)

Sunday, June 27, 2010

menggelikan seluruh bulu ketiak

hal ini adalah berkaitan dengan seekor makhluk ciptaan tuhan yang bernama LIPAS. aku memang tak suka and geli dengan lipas ni. kalau lalu depan aku memang terkeluar semua langkah2 pendekar mustar kampung pinang sebatang. aku rase bukan aku sorang je yang geli dengan lipas ni. confirm ade ramai lagi yang kat luar sane yang takut and geli dengan lipas. especially kaum hawa.

tapi, aku suka dengan cite oggy and the cockroaches. cute sangat lipas2 tu. tapi pada realitinya memang aku tak suka dengan lipas. aku rasa semua orang suka cerita ni sebab kelakar dengan lipas2 yang dok ala2 setinggan kat umah oggy ni. ade je plan jahat diorang nak buat. lagi best bila oggy kene buli trok2.


ape korang rase bila tengah makan
lipas naik atas meja camni?

aku akan libas macam ni bila nampak je
kelibat makhluk yang bernama lipas.

joey, dee dee & marky

aku paling tak suka bila dengar bunyi sayap lipas yang tengah terbang. bunyi sayap dia tu macam bunyi kapal terbang zaman perang dunia ke-2. zzrrr.... trauma aku bila dengar.

ok,ade tak yang pernah makan tetiba lipas naik atas meja? tak pun tengah sedap2 lepak kat rumah, lipas terbang hinggap kat muka? memang aku menjerit kalau jadi camtu. ala2 sound effect dalam filem Histeria tu. arghhh!! kalah Liyana Jasmay nanti. haha.

kat hostel, aku and sorang kawan yang dikenali sebagai wan pernah kena usik dengan sorang housemate. dia amek lipas tu and then kejar kitorang sampai kat luar umah. aku ngan wan ape lagi. lari sampai tangga umah bawah. tetiba, ade lak yang bagi cadangan kurang bernas suruh masukkan lipas tu dalam seluar. ish3. gila ape. sampai sekarang aku still tak suka and geli dengan makhluk yang bernama lipas ni. ape laa dosa dorang kat aku. hehe. sekian, terima kasih.

Thursday, June 24, 2010

ayam cincang.!!

ayam cincang? ape plek sangat bunyinya. actually, ayam cincang ngan chicken chop tu benda yang same. ayam cincang tu dalam bahasa melayu. i guess ramai yang suka makan chicken chop right? and then order fruit juice. fuhh! ok, tengah malam tadi, aku dan 3 orang rakan lagi bergegas menaiki kereta dengan pecutan maksimum pemandu berkhemah (60 km/h) menuju ke Kg. Baru.

aku difahamkan oleh co-pilot bahawa western food kat kedai tu sedap. betul ke? ok takpe, kita mai rase ramai2. suasana kat kedai tu nampak meriah je. ngan lampu lip lap lip lap warne orange nya. owner dia netherlands fans kot. memang lawa wei kedai dia. aku tak tipu. kedai dia ala2 bar waktu zaman cowboy. cuma takde poster WANTED je. kalau ade poster nampak gempak sikit. ala2 cite Labu Labi tu. ade laa niat di hati nak bukak camtu gak. name kedai western tu HR Steak House.

sample picture

first time aku tengok chicken chop
siap ade nasi skali

bagi sesape yang rase memang minat makan western food, boleh laa menyinggah makan kat situ. don't worry about the price. tersangat berpatutan. standard price. so, agak2 yang rase nak bawak lover korang or family boleh laa try makan kat situ. sekian, terima kasih.

Monday, June 21, 2010

budak sekolah dulu dan sekarang



SEKOLAH ialah tempat untuk budak-budak menimba ilmu. siapa yang tak pergi sekolah ni memang susah la nak kenal huruf rumi dan jawi. kecuali dia belajar dekat rumah. kat sekolah banyak benda yang kita dapat belajar macam kemahiran hidup, pendidikan islam/moral, science, math, bahasa melayu, english dan lain-lain.


pendidikan islam

bahasa melayu

english

dari sekolah laa kita baru nak kenal dunia. ade yang jadi nakal, ade yang skema, ade yang sengal-sengal ubi, macam-macam ragam la. kesian plak kat cikgu sekolah ni. mesti super duper tension pasal nak bendung masalah disiplin kat sekolah. lagi-lagi sekolah menengah. kalau cakap makan saman takpe, ni bagi nasihat masuk telinga kanan and keluar telinga kiri. kat sini aku bagi perbezaan budak sekolah dulu dan sekarang.


PERBEZAAN :

1. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, nak melawan cikgu pon tak berani. sebab cikgu tu laa tempat nak dapat ilmu.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, baru kene tegur sikit dah calar kereta cikgu, ajak cikgu berwresling kat dalam kelas, macam-macam laa.


2. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, nak conteng dinding pon sayang. sebab nanti kelas nampak buruk. menghargai dinding sekolah tu. mahal harga walau pakai plywood. biasa laa baru lepas merdeka.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, tengok jelah kat mana-mana dinding kelas, tandas, pusat sumber, semua ade conteng-conteng, "Aku cinta Ayu", "hafiz BAIK". tak pon "i hate cikgu ...." haha. macam-macam boleh baca. dah macam batu bersurat aku tengok.


3. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, habis je cuti sekolah tak sabar nak datang sekolah balik. nak belajar. sehari tak timba ilmu kat cikgu rasa tak senang duduk.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, habis je cuti sekolah takde mood plak nak datang balik. rindu kat katil nak bangun lewat. dah biasa tidur 2 minggu sampai tengah hari.


4. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, bukan main lame jage kasut sekolah. boleh pakai lama. tak membazir.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, kasut tu dah macam murah sangat. boleh sepak-sepak dinding sekolah. main cop-cop kasut kan siling. tak percaya cuba korang tengok dalam kelas. kan ade cop-cop mohor kasut-kasut mahal.


5. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, parents bagi bekal je. tak pun 20sen. buat belanja. tu pun menyimpan sampai seminggu.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, parents bagi RM4 sehari pun tak cukup. pastu bagi alasan. makanan kat kantin mahal. cikgu asyik-asyik suruh beli buku. ade ko-kurikulum petang nanti.

6. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, bangga dengan lencana sekolah masing-masing. cukup bangga dapat belajar kat sekolah. kalau boleh, nak naikkan nama sekolah.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, bukan nak kata bangga, lencana pun malas nak pakai pergi sekolah. and then kata pulak lencana ni buruk la. tak ikut trend sekarang la. malas nak naikkan nama sekolah. naikkan nama sendiri lagi bagus. biar dapat anugerah pelajar paling nakal tahun ini.


7. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, hanya nampak jalan nak ke sekolah je. mulia betul hati masing-masing. nak berjaya laa katakan. nak naikkan nama malaysia after kena jajah dengan British.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, kadang-kadang nampak jalan ke sekolah, kadang-kadang nampak jalan ke Cyber Cafe. and then, semua tanggal uniform sekolah masuk CC. kenal sangat laa korang ngan seluar biru nye (rendah) or hijaunya (menengah).


8. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, nak pergi sekolah jalan kaki je cause parents pergi toreh getah. berkat sikit hati nak belajar bila jalan kaki pergi sekolah. biar tapak kasut haus. janji sampai sekolah.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, nak pergi sekolah kena parents hantar. kalau parents tak boleh hantar tak nak pergi sekolah. takut berpeluh laa, penat laa nak jalan kaki pergi sekolah. macam-macam alasan. and then cakap "tak cun ar lawa2 jalan kaki".


9. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, buku latihan bukan main jimat nak guna. nak salin banyak formula kat papan hitam. nak catat notes penting.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, buku math tu dorang tak pakai pun. cikgu masuk kelas, masing-masing tidur. alasan, math susah. pastu siap maen game XOXO (tic-tac-toe) tu. tengok laa kebanyakan buku budak-budak lelaki. confirm ada.


10. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, bukan main jage lagi meja ngan kerusi. sayang sangat harta sekolah. kalau boleh atas meja tu nak letak pembalut. ape nak buat. dulu barang-barang mahal.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, meja tu apa laa sangat. sekolah kaya. rosak boleh ganti dengan yang baru. bila duduk je mesti nak jengket kan kerusi ke belakang. pakai 2 kaki je walau kerusi ada 4 kaki. bila tanya kenapa dia buat macam tu, alasan dia, "baru macho duduk 2 kaki".


banyak lagi sebenarnya aku nak cerita tapi aku stop sampai sini je untuk entry ni. siapa yang rasa masih bersekolah tu, muhasabah lah diri. nanti sampai exam SPM masing-masing ternganga. sekian, terima kasih.

Saturday, June 19, 2010

kita semua remaja


semua orang confirm pernah atau akan menghadapi alam remaja. zaman ni laa paling best. sebabnya semua baru matang and banyak lah benda-benda gila yang terlintas nak buat. orang kata, waktu zaman-zaman ni laa kita nak enjoy. kalau boleh semua benda kita nak try. tapi jangan laa try benda yang bodoh sangat or yang tak baik untuk diri sendiri. kan ke bahayakan diri tu. banyak benda first time yang aku dah buat and belajar. contohnya :


PLKN, (2008)
Kem Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah


3 bulan aku duduk kat situ. first time naik flight. banyak benda dah aku blaja. first time tau cara nak basuh baju guna tangan. makan tak boleh cerewet sangat. first time tekak aku boleh makan mee goreng. kalau kat umah memang aku tak makan. kang muntah. hehe. first time rambut aku botak. masuk je shower room aku nanges. trauma-trauma. first time aku jumpa kaum selain kaum india ngan cina. first time aku belajar cakap bahasa lain selain bahasa tamil ngan mandarin. first time aku berkayak. best sangat. first time pergi solat jumaat naik bus. selalu jalan kaki je.


first time aku gi Putrajaya, (2009)

hangout, putrajaya, (2010)


first time keluar ramai-ramai. dua kereta sepuluh orang. mana pernah kawan satu class nak kuar macam ni. best laa korang. kalau satu class waktu form 5 dulu keluar macam ni confirm seronok. tapi aku tak nak laa mamat mulut longkang tu ikut. buat semak je. haha.


Egypt Cafe, BB, (2009)


first time aku lepak sini tengah-tengah malam. shisha laa apa lagi. selalu lepak port biasa je. memang best laa tempat ni. siap ade lagu arab lagi. gelek gelek. ahaha.


Sri Hartamas, (2009)


first time geng-geng WOS lepak hartamas. nak jugak rasa shisha dia best ke tak. memang best pun tempat dia. ade karpet, bantal. dah macam kat arab daa. btw, yang botol warna hijau tu bukan carlsberg or air setan. itu namanye barbican. confirm korang dah tau kan. lagi-lagi yang layan shisha.


DUKE Highway, (2009)


ni yang paling best skali. first time mamat-mamat handsome ni (kacang, azwan, aku and izzat) belajar cara nak tukar tayar. nasib kitorang baik sebab abang peronda DUKE tiba-tiba je lalu. dia tolong ajar kitorang macam mana nak tukar. thanks la abang-abang peronda DUKE yang hensem lagi bergaya. kesian azwan, first time bawak kereta abang ipar dia dah tayar pancit. tayar kereta tercucuk dengan dawai konkrit yang memang panjang gila.


video
WOS- Hanya Kau Yang Mampu


yang ni first time kitorang buat MTV. buat pon ala-ala kadar je sebab nak kejar masa. kalau kat facebook dah 600++ comment. dah macam forum dah geng-geng WOS ni comment kat video aku. siapa yang kenal dorang ni memang gelak kaw-kaw punya. haha. btw, ada plan nak buat next project. sekian, terima kasih.

Thursday, June 17, 2010

lagenda budak setan

akhirnya dapat gak aku tengok filem LBS ni ari selasa ari tu kat TGV Wangsa Walk. slalu aku tengok filem bergenre action je. jiwang2 ni kurang. haha. bila tengok je trailer dia, pergh! macam wajib nak kena gi tengok je ni. plus soundtrack dia yang memang menusuk kalbu. siap download lagi male and female version. gigih btol.

ok, after maen 3 games bowling yakni sampai bengkak ibu jari, aku gi beli tiket kat TGV tu ngan faley. seblah Wangsa Bowl je. tak jauh pon. aku gi tengok ngan adeq, aie and faley. waktu tengok syok2 tengok movie ni, tetiba ade suara latar bley gelak kuat2. suara pompuan lak tu. nak je aku gi kat seat dia and then tarik telinga dia. geram btol. cuba laa tengok diam2. bak kata orang ramai, "aku pon bayar tiket gak". tolong laa behave bila dalam cinema. aiyoo.


part 1 LBS.


akan tetapi, aku rasa aku bagi filem ni 3/5*. sebabnya, jalan cerita dia yg jump jauh gler. sepatotnya dia panjangkan lagi scene cinta kasyah ngan ayu waktu kat kolej. bila time flashback baru mood cerita sampai kat penonton. member2 aku pon komen benda yang same. bila tengah scene sedih, mood dah nak sampai dah, tapi tetiba dia tros tukar scene laen. lagi satu pasal camera handling. banyak handheld. agak pening aku tengok. tapi ok laa overall.

btw, aku puji lakonan kesemua pelakon dalam filem ni. good job! tak sabar nak tengok part 2 plak. harap2 ada improvement. sekian, trimas.

Monday, June 14, 2010

wedding

dalam minggu ni je dah dua wedding aku gi. first skali wedding abg sepupu (june 6, 2010). kat Lenggong, Perak. kenduri dia simple je. banyak bende kelakar jadi time tu. dapat laa gak join bersembang semeja dengan abang2 sepupu yg dah besar and pak cik2.

terima hakikat, aku dah besar.

selamat pengantin baru

anak2 pak lang saad : anak2 pak lang marul


second wedding lak kat umah bestfriend aku, aie (june 12, 2010). abg dia kawen. memang meriah gila. ade karoke. gadis2 cun. ahaha. *gatal affan. ok, aie start call aku pkol 12pm. tetiba tengah siap2 hujan lak. terpaksa tunggu hujan reda. hujan dah stop baru gerak ramai2 gi umah dia. dengan langkah yang yakin boleh, aie menyambut rakan2nya. kitorang tak bawak hadiah. tapi bagi duit je. kan senang. collect laa semua group WOS + faez radzi.

dengan sepantas kilat, sebuah NIKON D60 beraksi. maen pacak je mane nak tangkap. after that, tugas aku diamek oleh 2nd photogarpu (photographer), kacang. dia dah makan dah ngan nenek dia. so, ni tugas dia lak gi snap pic. snap random je aku cakap. amek guest yg datang. baru nampak meriah.


sampul bank islam lagi tu. ahaha.

sape yang siap tapau lagi tu?

sedap wei.!!

selamat pengantin baru

muka kenyang masing2

the WOS

bila balik je wedding abang aie tu, semua sembang pasal kawen. terasa macam nak kawen cepat pon ade. tapi.. kumpul duit dulu. agak2 kewangan dah kukuh baru kawen. sekian, trimas.

Saturday, June 12, 2010

steak house punya cerita

Date : 10th June 2010
Time : 10pm
Place : Al-Ansar Steak House, Sacred Garden
Members : Ex-5 Dinamik '07

couple. ahaha.

idaman kalbu

the WOS members

star WOS

the EDITOR

friends forever

the PLAYBOY.
nahh!!
jgn harap muka aku muka playboy.


Friday, June 11, 2010

rasa terharu

thanks sarah sebab panggil aku abang. 1st time aku dengar. ahaha. after this, panggil tros aku abang affan coz aku lagi tua dari kau. hehe. eh, mesti kau bangga kan muka kau ade kat blog aku. ahaha. btw, i miss u. lame tak jumpa. sekian, terima kasih.


sarah alyaa

Wednesday, June 9, 2010

jambu jambu jambu

malam tadi, tanpa plan ape2 aku mendesak beberapa orang kawan untuk keluar malam. dalam pukul 10.30pm bergerak lah aku dengan menaiki motosikal ala2 mask rider zaman kanak2 dulu tu. tak laju pon bawak. dalam 60 km/h je. watpe nak bawak laju2. kang kalau dah terlanggar katak confirm tergolek punya.

dengan terkumpulnya ahli2 WOS di rumah khamarul, kami bergerak ke tempat biasa. dah macam nak pegi meminang plak. malam ni special sikit. sebab ape? sebab aku bawak buah jambu batu ngan kuah rojak kacang. ahaha. aku saje je beli kat Tapah ari isnin ari tu. nak makan ramai2. baru sodap. actually aku nak beli jeruk jambu. tapi waktu kat R&R takde plak jual. cis! mengidam lagi nak makan jeruk jambu. nasib baik dah makan waktu on the way dari KL-Perak. tibai sorang2 dalam kete. seronok. super jauh dari KL-Lenggong. agak sakit pinggang aku.


jambu batu

jeruk jambu. i'm lovin'it.


ok, azwan selaku chef kulinari yg berjaya dengan gaya ala2 wan flattop membuka langkah dengan memotong jambu batu tersebut terlebih dahulu. dengan tanpa belas kasihan, aku makan jambu batu tu ngan kuah rojak kacang Mak Bee yang beli kat Tapah. promote nih. haha. Fareez tak tahan makan tu sebab pedas. ape daa wei. haha. owh, dukacita dimaklumkan bahawa shahrul and faez tidak dapat merasai jambu batu tu sebab sorang baru blek keje and penat sangat, sorang lagi keterlupaan plak nak ajak. sorry sangat2 guys.

after that adeq plak potong. aku tukang baham je. cicah punya cicah kuah rojak kacang tu tanpa mengira segan silu. dah aku punya. biar laa. adeq potong terbaek. besar2. sakit gigi aku nak gigit. mau kena kancing gigi aku nanti. ahaha. agak2 nak rasa jeruk jambu datang ar R&R kat Tapah. ade tak tempat laen jual jeruk jambu? makin berjambu lah muka sorang2 pasni. ahaha. sekian, terima kasih.

Friday, June 4, 2010

janggal

aku terasa sangat janggal bila di malam hari aku dok kat umah. tetiba teringat lak kat lagu Pak Ramlee. "Di waktu malam.. Bulan mengambang.. Sunyi damai.. Damai sekelilingku..", ahaha. sangat2 bosan bila malam dok kat umah. sunyi. parents dah tido. selalu aku je memekak kat umah. dah besar lepak kedai tengok bola. padahal kat umah dah complete dah semua channel astro.

gambar hiasan semata.

orang kate biasa lah, remaja. lagi2 aku ni lelaki. kalau pompuan yg kuar malam 2 or 3 pagi tu mmg patot ar orang pandang serong. selalu aku kuar just jalan2 je, nak mabuk2 memang tak ar. dosa tu. bila ade orang kate "kau selalu kuar umah dah cukup rapat ke kau ngan family kau?". kat sini aku balas balik, "aku memang dah cukup rapat ngan family aku. kau cakap camtu sebab kau jeles tak bleh kuar cam aku". fullstop. :)
sekian terima kasih. :)