Friday, April 26, 2013

Ceritera Basi 2


Assalamualaikum Saudara Saudari Cikeboom Cikeboom!
Bertemu kita sekali lagi secara tak langsung dekat blog yang penuh dengan cerita merepek ni. Alright, terasa lama pulak tak update blog. Sekarang ni aku busy sikit dengan assignment yang bertimbun macam kek lapis, walaupun tengah mid-sem break.


Alright, untuk entry kali ni, seperti biasa aku akan cerita pasal kisah atau cerita yang dah basi dekat y'all. Aku saje je bagi lama-lama sikit cerita ni and post kat blog. Kalau tak, tak kena laa dengan tema CERITERA BASI, ye dak? Kali ni aku nak cerita pasal life aku kat Shah Alam bulan lepas, bulan March 2013.


Seperti yang y'all sedia maklum, aku ni student UiTM Shah Alam yang ambil course Pengajian Bahasa. So, sesiapa yang rajin guna pintu belakang UiTM dekat Seksyen 7 tu mesti dah biasa nampak Akademi Pengajian Bahasa kan? Kalau korang tak perasan, sila check balik atau cucuk mata korang. HAHA.


Akademi Pengajian Bahasa.
Gambar ni aku Google je. Sorry.


Alright, ceritanya bermula macam ni. Pada suatu minggu, aku tak perasan yang kad ATM Bank Islam dengan Maybank aku rosak. So, aku dengan suka hatinya tak withdraw duit. Dah tinggal sikit dalam RM20 baru aku withdraw. Eleh, bukan aku sorang je yang selalu buat macam ni. Orang lain pun sama jugak. Tepuk dada kuat-kuat, tanya diri sendiri sakit ke tak.


Bila duit aku dah tinggal RM20, and waktu tu pulak hari selasa, haa cantiklah nak keluar duit masa macam ni. Hari jumaat dah nak balik rumah. Boleh makan sedap-sedap. Bila aku masuk kad ATM Bank Islam je kat ATM machine, machine tu terus reject kad aku balik. Rasa macam nak tendang je. Tapi tak baik pulak, dah jadi vandalisme. Aku pun masuk kad ATM Maybank. Zupp! Dengan pantas machine tu reject lagi sekali.


Aku dengan hampa buat muka selamba. Dalam kepala asyik fikir macam-macam. Apa aku nak makan sampai hari jumaat ni? Boleh ke aku survive sampai hari jumaat? Mana aku nak dapat duit bayar tambang rapid KL? Memang susah laa aku cakap nak survive dari hari rabu sampai jumaat tu. Malam-malam aku makan roti Blueberry RM0.60 kat kedai je. Air pun beli air mineral Ala Fonte yang harga kat Shah Alam baru RM1 je. Memang serba daif laa nak senang cerita.


Macam ni laa muka and gaya aku masa tengah memikir masa tu.


Walaupun aku hidup serba kekurangan masa tu sampai nak makan pun kena kira bajet dulu, tapi sikit pun aku tak rasa beban sangat-sangat. Allah kan ada. Relax laa. Buat apa nak give up awal-awal, ye dak? Aku challenge diri sendiri. Kalau dapat survive sampai balik rumah, kira aku hebat laa. Classmate aku pun tak sedar and tak tau aku tak berduit masa tu, Family? Lagilah aku tak nak bagi tahu. Anak lelaki, kena hadapi cabaran. HAHA.


ANAK LELAKI kena KUAT!


Bila dah sampai hari jumaat, aku terus cakap Alhamdulillah sebab aku berjaya survive sampai hari jumaat, and duit dalam wallet aku still ada lagi, tinggal RM9. Tapi ... macam mana aku nak balik rumah dengan RM9 ni. Nak kena naik RapidKL bus, KTM and Putra LRT. Then aku baru terfikir yang aku ada kad Touch n Go. Nasib baik masa tu kad Touch n Go aku ada balance RM20++. So, takdelah nak risau sangat.


Kad yang boleh kita guna masa tengah 'sesak'.


Ucaplah, ALHAMDULILLAH.


Bila sampai je kat rumah, Ayah tanya aku ada duit ke tak. Aku terus tunjuk duit RM5 dalam wallet. Aku cakap, dari hari Selasa duit aku tinggal RM20. Ayah terus marah aku, "Kenapa tak cakap takde duit? Kan boleh bank in.Aku terus cakap kat ayah, "Kad ATM orang rosak laa. Ala Yah, orang saje nak tengok boleh survive ke tak duduk Shah Alam dengan duit sikit. Barulah namanya ANAK LELAKI kalau boleh survive."


Ayah terus senyum sinis dekat aku. Aku pun tergelak-gelak laa apa lagi. Takkan nak menangis pulak kot. Kan kan? Bila Mama dapat tahu pun, Mama marah. Aku gelak je. Kakak pun marah. Dia kata kalau takde duit mintak dekat dia. Aku pun cakap kat dia, "Tengoklah kalau rajin." HAHA.




Begitulah kisah aku masa tu. So, apa yang aku belajar masa tu:

1) Hargailah duit. Kalau banyak duit, guna sebaik-baiknya. Jangan boros, beli benda yang tak berfaedah.
2) Bersyukur dengan apa yang kita ada dan mampu beli. (walaupun roti blueberry dengan air mineral).
3) Jangan merungut. Ada orang lain lagi susah daripada kita.
4) Jangan cepat putus asa. Allah tak suka.
5) Jangan mengalah terlalu awal. Cuba dulu untuk survive. Baru boleh tahu ketahanan diri kita ni sampai mana.


Aku BERJAYA!

TAMAT sudah untuk ceritera kali ini. sekian, terima kasih. merci beaucoup a tous. Au revoir.
p/s: Jangan ingat kita yang ada duit ni sentiasa berduit sampai bila-bila.

6 comments:

aimi adilah said...

wah... mmg hbt lah =)

ambik kelas france ke???? :) hihiihih

affan said...

yup, amek french lang. as my third lang. :) tau bahasa french?

aishah zawani said...

haha, *tepuk tangan kuat2. hebat sihh, ank lelaki sape ni? hehe. bagus2. entry ni byak nasihat. hoho tak de la merepek meraban bagai. eh, affan amik france eh.? aisha blaja japanese. *nk mengeluh sbnarnya tp teringat entry affan. huhu. Alhamdulillah, struggle gile2 kot nk fasih bahasa japanese tu. doakan ye. ^_^

affan said...

ya, mari kita sama sama doakan :) hehehe. amek French. okay laa.. boleh tahan senang dan susah. hehehe.

aimi adilah said...

hihihiihi atcly sy same U with ur sister =)...

n sy mmg ambek french pon .hihiih tp dh hbs bljr mmg xingt 1 pe lah kn

affan said...

ohhhh ye ke? course apa? same faculty?