Monday, January 14, 2013

Pelajar UiTM Shah Alam punya cerita


TransRengit. kalau pelajar UiTM Shah Alam bila sebut je nama ni mesti dah terbayang dalam kepala apa bendanya. bila nampak benda besar yang bergerak warna hijau ni lalu, mesti semua student cepat-cepat nak tengok huruf yang ada dekat depan bas. huruf A ke, B ke, C ke. yang aku tau kalau ada huruf C dekat depan tu, confirm untuk pergi seksyen 7.


 Bas Free untuk pelajar UiTM


selain TransRengit, RapidKL merupakan salah satu pengangkutan awam utama yang keluar masuk UiTM Shah Alam. tengok je code dekat bas tu. kalau T604 pergi sampai Seksyen 7. T603 pergi sampai Seksyen 2. dua code bas tu je yang aku naik. kalau naik T604 balik rumah sewa. T603 pergi lunch atau brunch dengan classmate.


Bas yang kena bayar RM1 bila nak naik


kebanyakan pelajar selalu mengeluh, nak kena naik bas laa kalau nak pergi kelas. letih laa, apa laa. guys, perkara macam ni paling kurang pun korang lalui masa belajar je. masa dah kerja nanti terpulang laa nak naik apa. untuk pelajar  non-resident (NR) boleh apply sticker UiTM. aku dah apply, dah approve tapi tak pergi ambil lagi. sticker UM ada laa terlekat dekat kereta. tu pun sebab ayah yang bagi. senang nak masuk UM kalau nak cari bahan rujukan katanya. lagipun, kat UiTM jadi malas nak drive sebab parking selalu penuh. nak parking dekat KOLEJ SEROJA penuh. parking dekat DATC kadang-kadang pun penuh. apatah lagi KOLEJ MAWAR.


orang kata, tak rasa cukup pengalaman jadi student laa kalau tak pernah merasa naik bas. berhimpit sana, berhimpit sini. kalau dah ramai sangat perempuan dalam bas tu aku jadi segan. itu kalau aku sorang-sorang laa. kalau dengan classmate apa ada hal. duduk je dengan classmate. confirm dorang akan lindungi aku. perghhhh.. macam laa aku ni seorang gadis. okay, enough merepek affan.


Gambar Hiasan


ada satu masa yang buat aku terasa malas sangat nak naik bas, iaitu bila aku kelas dekat Menara SAAS (Sultan Abdul Aziz Shah). kalau kelas dekat situ mesti kena tunggu bas dekat depan Kolej Seroja. leceh betul sebab semua orang habis class pukul 4pm. tengok dengan student Hotel Management naik situ, Agro, FSPU, APB, Masscom, Accountancy dan lain-lain lagi. kalau petang mesti penuh dekat bus stop situ. kena berebut nak masuk dalam bas.


Bus Stop Kolej Seroja, UiTM Shah Alam
Affan, Najiha, Farid & Shida


bagi sesiapa yang tak biasa, mesti rasa susah dan tak suka gila. bagi sesiapa yang dah biasa, perkara macam ni dah jadi rutin harian. adat sebagai pelajar yang tak bawa kereta orang kata. takpelah, bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sekian, terima kasih. Au revoir.

7 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

ok ape. time aku blaja dulu pun tak pakai kereta jugak.

affan said...

oh yeah? ada kereta. tapi simpan kat rumah sewa. haha :D

Cinta hazanis said...

nasib baik mek cah xdapat di uitm shah alam. lega sikit dapat uitm puncak perdana. xperlu susah2 naik bas. hehe

affan said...

dah pernah duduk puncak perdana :) seronok. tapi life dekat main campus lagi best. perasaan belajar tu lain. dekat puncak perdana kita rasa macam belajar dekat kolej.

aniez.. said...

Dkt uitm shah alam ADA dip. Akaun,Sistem Maklumat and kewangan Dan perbankan ke?

Ida Fisa said...

If nak apply sticker kenderaan utk NR macam mana?

affan said...

boleh apply through student portal. check kat HEP. ada permohonan sticker. when your application dah approved, boleh print out and bawa ke pejabat Polis Bantuan.