Bonsoir and Assalamualaikum.
PASAR MALAM. siapa yang tak tahu apa itu pasar malam? mostly dekat Malaysia semua tahu dan pernah pergi pasar malam. kalau yang tak pernah pergi, mungkin korang ni jenis yang suka duduk rumah, buat aktiviti sorang-sorang, ala-ala forever alone.
apa yang boleh aku describe pasal pasar malam ialah tempat ni bising, ramai orang, berbau, cerah bila malam dan jalan akan bersepah dengan sampah sarap bila aktiviti menjual dah habis. pernah jugak terfikir, kenapa laa peniaga dekat pasar malam ni tak jaga kebersihan. tak faham aku. dah reti meniaga tu kemas laa balik walaupun ada Dewan Bandaraya yang tolong kemaskan lepas korang dah habis masa menjual. take note wahai PENIAGA PASAR MALAM.
selalunya, pasar malam ni kita jumpa dibuat dekat jalanraya, kawasan parking kereta atau tanah lapang. bila buat kat atas jalan tar senang sikit nak mengemas daripada buat atas tanah atau berpasir. nanti berlecak pulak tanah tu. nak jalan pun susah. bila aku pergi pasar malam mesti jalan basah-basah sikit. kadang-kadang malas pulak nak lalu kat tempat orang jual ayam, ikan, sayur semua tu sebab basah dan berbau.
masa kecik-kecik dulu, aku suka betul bila dapat pergi pasar malam. boleh beli rangka ayam, cotton candy, popcorn, burger, ice blended and macam-macam lagi laa. bila aku pergi pasar malam, memang dah fikir nak beli Uncle Bob, satay ayam berempah, ice blended takpun yong tau fu.
actually, aku tak suka sangat pergi pasar malam. sebab bila dah ramai orang kat pasar malam tu, aku jadi pening. yang kiri jerit nak suruh beli barang dia, yang kanan jerit nak suruh beli barang dia. yang orang depan sibuk ke kiri ke kanan nak elak orang yang lalu. orang belakang pulak sibuk nak jalan laju-laju. bukan paranoid ke apa tapi rasa macam rimas. pening. semua cukup. bila pergi dengan kawan rasa okay sikit. ada yang tolong guide masa nak jalan.
setiap hari sabtu mesti ramai orang pergi pasar malam dekat AU2, Taman Keramat. sama macam pasar malam hari isnin dekat AU1, Taman Keramat. pasar malam dekat Jelatek hari jumaat. tapi aku tak suka pergi sana. jauh, sesak dan gelap. tehehe. sorry orang Jelatek. sampai sini je yang nak share. sekian, terima kasih. Au Revoir et Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment