Friday, October 18, 2013

Ada Apa Dengan 'KLIA Ekspres'


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hi guys! Lama ya aku tak update blog ni. Pekabo kome semua? Harap semua sihat laa ya. Alright, untuk entry kali ni, aku nak cerita pasal KLIA Ekspres. Bagi sesiapa yang rajin pergi KLIA confirm tau pasal KLIA Ekspres ni, yang guna ERL (Express Rail Link).


Kalau nak naik ERL ni, boleh naik kat Stesen ERL, KL Sentral. Tapi kaunternya tersorok sikit berbanding KLIA Transit. Kalau rasa cemas sangat tak tau mana kaunternya, boleh tanya dekat kaunter KLIA Transit. Petugas dekat sana akan guide kita macam mana nak pergi kaunter KLIA Ekspes.


Okay, dah nama Ekspres confirm laa laju ye dak? Kalau setakat laju macam KTM tak payah ler panggil Ekspres. Memang tak kena dengan namanya. Cuba bayangkan, kalau kita naik dari KL Sentral, dalam 28 minit dah sampai KLIA. Laju kan? Kalau naik kereta dari area KL, rasanya dalam sejam baru sampai KLIA kat Sepang tu.


Bagi pengguna Putra LRT, ni harga tiket untuk ke KL Sentral.
p/s: Harga berubah mengikut tempat. Ini harga dari LRT Setiawangsa.


Alright, masa 22 September hari tu, first time aku naik ERL ni. Excited semacam, happy je muka nak pergi KLIA. Maybe sebab ada reason lain sekali kot. HEHE. Actually aku pergi KLIA sebab nak teman kawan kat sana. Dia baru balik dari Kota Kinabalu, Sabah. Dia belajar dekat UMS. Dah tau siapa dia? Hmmmm.. Faridatul laa siap lagi. Kalau tak tau siapa dia, boleh refer dekat entry yang sebelum ni. Promote entry sendiri. HAHA.


Yang peliknya, tak ramai orang guna KLIA Ekspres ni. Maybe sebab harga tiket yang mahal sikit kot berbanding naik bas dari KL Sentral. Tapi, kalau naik LIMO lagi mahal rasanya. Baik naik KLIA Ekspes, confirm sampai 'dalam' KL Sentral. Untuk matlumat pasal tiket and kaunter, boleh refer gambar kat bawah. Meh aku nak share dengan y'all. Saksikanlah! (Over sikit)

KL SENTRAL
Laluan nak pergi kaunter KLIA Ekspres


Boleh request dekat kaunter tu nak return ticket or one-way ticket.
One-way: RM35; Return: RM70


SETERUSNYA
...


KLIA EKSPRES ERL STATION
Platform (KL Sentral)
Ruang dalam ERL.


 By the way, dalam ERL ni ada wifi. So boleh laa kita kita yang suka update status tu connect wifi dalam ERL ni. Tapi nak dapat good connection signal, hanya masa kat KL Sentral atau KLIA. Masa ERL tengah berjalan dah tak kuat sangat. Biasa laa tu kan.


KLIA Ekspres ERL Station Platform (KLIA)


Alright, tamat sudah cerita pasal KLIA Ekspres.


Okay, aku dengan Faridatul sempat pergi melawat Anjung Tinjau KLIA. Best jugak duduk kat situ. Tengok airplane, tengok landasan kat situ, tengok orang buat kerja. Best best. Siapa yang nak pergi KLIA, make sure pergi Anjung Tinjau tu. HEHE.


Actually kejap je aku jumpa Faridatul. Dia sampai dalam pukul 10.50am, then kitorang lepak sampai pukul 1pm. Sebab bas nak ke Perak pukul 1pm. So, spent time dalam 2 jam je. Walaupun 2 jam, macam macam cerita kitorang sembang. SERONOK!

BEST FRIEND.

For those yang tak pernah naik KLIA Ekspres yang laju tu.
Sila lah try naik. Best, pantas, selesa, tak sesak macam KTM.
Thanks for reading guys. Au revoir.

4 comments:

aishah zawani said...

ehem ehem? haha. ni ke yg bg I <3 KK tu? alamak! terkantoikan situasi. haha

affan said...

aah, dia laa.. HAHAHA :D
nama dia Faridatul. kan kena dengan 'Ms F' tu.. HEHEHE..

http://indahhiasan.blogspot.com said...

Thanks, blog ni telah membantu akk utk pergi ke putrajaya central..hehehe

affan said...

with pleasure :)