Monday, June 21, 2010

budak sekolah dulu dan sekarang



SEKOLAH ialah tempat untuk budak-budak menimba ilmu. siapa yang tak pergi sekolah ni memang susah la nak kenal huruf rumi dan jawi. kecuali dia belajar dekat rumah. kat sekolah banyak benda yang kita dapat belajar macam kemahiran hidup, pendidikan islam/moral, science, math, bahasa melayu, english dan lain-lain.


pendidikan islam

bahasa melayu

english

dari sekolah laa kita baru nak kenal dunia. ade yang jadi nakal, ade yang skema, ade yang sengal-sengal ubi, macam-macam ragam la. kesian plak kat cikgu sekolah ni. mesti super duper tension pasal nak bendung masalah disiplin kat sekolah. lagi-lagi sekolah menengah. kalau cakap makan saman takpe, ni bagi nasihat masuk telinga kanan and keluar telinga kiri. kat sini aku bagi perbezaan budak sekolah dulu dan sekarang.


PERBEZAAN :

1. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, nak melawan cikgu pon tak berani. sebab cikgu tu laa tempat nak dapat ilmu.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, baru kene tegur sikit dah calar kereta cikgu, ajak cikgu berwresling kat dalam kelas, macam-macam laa.


2. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, nak conteng dinding pon sayang. sebab nanti kelas nampak buruk. menghargai dinding sekolah tu. mahal harga walau pakai plywood. biasa laa baru lepas merdeka.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, tengok jelah kat mana-mana dinding kelas, tandas, pusat sumber, semua ade conteng-conteng, "Aku cinta Ayu", "hafiz BAIK". tak pon "i hate cikgu ...." haha. macam-macam boleh baca. dah macam batu bersurat aku tengok.


3. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, habis je cuti sekolah tak sabar nak datang sekolah balik. nak belajar. sehari tak timba ilmu kat cikgu rasa tak senang duduk.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, habis je cuti sekolah takde mood plak nak datang balik. rindu kat katil nak bangun lewat. dah biasa tidur 2 minggu sampai tengah hari.


4. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, bukan main lame jage kasut sekolah. boleh pakai lama. tak membazir.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, kasut tu dah macam murah sangat. boleh sepak-sepak dinding sekolah. main cop-cop kasut kan siling. tak percaya cuba korang tengok dalam kelas. kan ade cop-cop mohor kasut-kasut mahal.


5. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, parents bagi bekal je. tak pun 20sen. buat belanja. tu pun menyimpan sampai seminggu.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, parents bagi RM4 sehari pun tak cukup. pastu bagi alasan. makanan kat kantin mahal. cikgu asyik-asyik suruh beli buku. ade ko-kurikulum petang nanti.

6. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, bangga dengan lencana sekolah masing-masing. cukup bangga dapat belajar kat sekolah. kalau boleh, nak naikkan nama sekolah.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, bukan nak kata bangga, lencana pun malas nak pakai pergi sekolah. and then kata pulak lencana ni buruk la. tak ikut trend sekarang la. malas nak naikkan nama sekolah. naikkan nama sendiri lagi bagus. biar dapat anugerah pelajar paling nakal tahun ini.


7. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, hanya nampak jalan nak ke sekolah je. mulia betul hati masing-masing. nak berjaya laa katakan. nak naikkan nama malaysia after kena jajah dengan British.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, kadang-kadang nampak jalan ke sekolah, kadang-kadang nampak jalan ke Cyber Cafe. and then, semua tanggal uniform sekolah masuk CC. kenal sangat laa korang ngan seluar biru nye (rendah) or hijaunya (menengah).


8. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, nak pergi sekolah jalan kaki je cause parents pergi toreh getah. berkat sikit hati nak belajar bila jalan kaki pergi sekolah. biar tapak kasut haus. janji sampai sekolah.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, nak pergi sekolah kena parents hantar. kalau parents tak boleh hantar tak nak pergi sekolah. takut berpeluh laa, penat laa nak jalan kaki pergi sekolah. macam-macam alasan. and then cakap "tak cun ar lawa2 jalan kaki".


9. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, buku latihan bukan main jimat nak guna. nak salin banyak formula kat papan hitam. nak catat notes penting.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, buku math tu dorang tak pakai pun. cikgu masuk kelas, masing-masing tidur. alasan, math susah. pastu siap maen game XOXO (tic-tac-toe) tu. tengok laa kebanyakan buku budak-budak lelaki. confirm ada.


10. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, bukan main jage lagi meja ngan kerusi. sayang sangat harta sekolah. kalau boleh atas meja tu nak letak pembalut. ape nak buat. dulu barang-barang mahal.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, meja tu apa laa sangat. sekolah kaya. rosak boleh ganti dengan yang baru. bila duduk je mesti nak jengket kan kerusi ke belakang. pakai 2 kaki je walau kerusi ada 4 kaki. bila tanya kenapa dia buat macam tu, alasan dia, "baru macho duduk 2 kaki".


banyak lagi sebenarnya aku nak cerita tapi aku stop sampai sini je untuk entry ni. siapa yang rasa masih bersekolah tu, muhasabah lah diri. nanti sampai exam SPM masing-masing ternganga. sekian, terima kasih.

4 comments:

AiN Z said...

Alif Ya Mim = Buaya :D

affan said...

bagus pak mat. :)

Gurlinrainbow said...

ahah . btol2 . tringat lak mase skola . uhu

affan said...

me too. :)