Monday, July 29, 2013

Siapa suka INI?


Assalamualaikum and Salam Sejahtera.
Morning fellas! Y'all dah sahur ke belum? Mari bersahur kalau belum. Belum imsak lagi. Dont worry. Btw, ada orang tengah buat nescafe. HAHA. Siapa? You know who lah kan, siapa lagi yang suka minum nescafe. Kalau tak tau, don't worry. Takde hadiah langsung untuk yang tau. HAHA. Tapi jangan kerap minum ya Ms F, nanti boleh pening kepala. Selamat bekerja ya.


Low Fat (Rendah Lemak), untuk sesiapa yang takut GEMUK.
Je préfère moka saveur (I prefer mocha flavour)


Rasa macam segar gila kalau dapat minum masa berbuka puasa. Macam baru lepas mandi kat air terjun. Siapa yang melihat pasti terliur. Okay, itu over Affan. HAHA. Bila tengok lama-lama Nescafe ni teringat pulak yang aku ada masuk Nescafe 'On The Life' contest last year. Dapat jadi Top 20 Finalist pun okay what. Aku masuk pun saje saje je pada mulanya. Masuk pun masa last day tarikh dah nak tutup. HAHA. Rezeki betul.


Alright, yang susahnya contest ni sebelum dapat jadi Top 20 Finalist, kena masukkan gambar, and kena link dengan caption yang Nescafe dah bagi. Kalau judge rasa kita layak, baru jadi Top 20 Finalist. Bila dah jadi Top 20, kena beli nescafe banyak banyak and ambil code bawah tin, baru boleh vote. 5 votes per code. Gigih laa aku beli nescafe. Hantu betul. Last last tak menang. Bukan rezeki aku jadi Top 3. Tapi, dapat mini chiller okay what. HAHA. Yang buat aku jadi malas, nak kena ambil hadiah tu dekat Solaris Mont Kiara. Tempat tu laa yang dari DUKE Highway boleh nampak signboard SOHO KL. Nasib baik laa rumah aku dekat je dengan Mont Kiara.


  


Ni rezeki  daripada Allah namanya.


So, kat sini aku nak ambil kesempatan mengucapkan selamat bersahur dan selamat berpuasa bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Thanks for reading. Au revoir. Salam Ramadan.

Thursday, July 25, 2013

bilik berNYAWA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hello and Hi to all bloggers and silent readers! Lamanya aku tak update blog. HAHA. Macam mana yang berpuasa? Okay tak setakat ni? Semakin sihat kan? Bagus bagus.. Setakat ni dah baru 4 bazar Ramadan aku dah pergi. Ada yang best, and ada yang tak best. Biasalah tu kan, adat duniawi. Bazar mana yang aku pergi?

1. Bazar Taman Keramat AU1
2. Bazar Taman Setiawangsa
3. Bazar Taman Melawati
4. Bazar Wangsa Melawati

Kepada sesiapa yang dah pergi Bazar Taman Setiawangsa mesti dapat tengok kan ada 2 tempat. 1 tempat kat backlane belakang CIMB Bank tu, and 1 lagi dekat tapak Sekinchan Ikan Bakar. Best jugak laa Bazar Taman Setiawangsa ni. Sebab every year confirm ramai orang berniaga and ramai orang datang bazar ni. Lagi pun dekat je dengan rumah aku. 3 minit dah sampai dah. Depan rumah je pun.

STAR: Bazar Taman Setiawangsa
CIRCLE: Bazar Taman Keramat AU1

Bazar Taman Melawati macam jauh sikit dari rumah aku. Saje je pergi sana nak tengok bazarnya macam mana. Bila sampai Bazar Taman Melawati ni, fuiyoooo.. Best best makanan kat sana. Variety betul. Tak macam bazar-bazar yang lain. So, sila laa singgah sana jugak ya kawan-kawan.


Okay, back to the main topic. Bilik bernyawa? Apakah itu? Mesti ada yang tertanya-tanya pasal tu. Kalau tak tertanya-tanya pun, buat -buat tanya jelah. Ini takde kena mengena atau ada hubung kait dengan cerita Monster House ya, rumah yang bernyawa. HAHA.

Cerita ni best. Walaupun kartun, ada unsur seram sikit. HAHA. 

Alright, semalam kan for the first time, kawan-kawan datang melepak bilik aku. Bella pun siap join sama. Memang kecoh habis. Gelak sana, gelak sini. Kenakan orang tu, kenakan orang ni. Actually, aku ajak Kacang dulu datang sebab nak tengokkan pasal laptop, dah tetiba Izzat pulak cakap nak join sekali. Bila dah ramai-ramai mula laa tak ingat dunia. Menyanyi laa. Tangkap gambar laa. Lawak betul.


Kacang paling hebat sebab dia stay sampai sahur. Izzat dah balik dulu. Dia lepak 2 jam je dari pukul 12am. Next time lepak lagi rumah aku. Tunggu aku beli BBQ set kita main bakar-bakar nanti kat atas tu. HAHA. Inilah muka-muka yang buat bilik aku berNYAWA. Maksud bernyawa dekat sini ialah, HIDUP. Jadi, kepada sesiapa yang tak faham lagi, sila ketuk dahi and cakap, "Kenapalah aku slow sangat." HAHA.



Happy Time in Affan's Room
July 25, Ramadan 16, 1.30am.

Kepada sesiapa yang teringin nak merasa lepak sekali, mai mai datang. Kita kasi gegar satu taman. HAHA.
Thanks for reading. Au revoir.

Thursday, July 11, 2013

Mulanya Ramadan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua kawan-kawan yang beragama Islam. Macam mana hari pertama puasa korang semalam? Okay? Rasanya semua excited nak puasa tahun ni. Bila dah sebulan berpuasa, lepas tu raya! HAHA. Pahala yang dibuat masa bulan puasa akan dilipat gandakan. Best kan bulan Ramadan ni. Ada juga yang best masa bulan puasa, petang -petang kita akan nampak ramai orang akan cari makanan sama waktu dengan kita. Hari-hari biasa jarang nak nampak macam tu. Yang paling ketara sekali, malam-malam akan ramai orang datang masjid or surau daripada bulan yang lain. Alhamdulillah.


Okay, buat masa sekarang semua pelajar degree Universiti seluruh Malaysia tengah cuti semester. Best cuti masa bulan Ramadan ni. Teringat pulak masa diploma dulu. Berpuasa dekat hostel. Malam-malam beli nasi  dekat dining hall untuk makan masa sahur. Lauk aku laa paling senang nak order and cari. Simple je. Beli nasi putih, kuah kari or apa-apa kuah, AYAM GORENG, sayur and sos cili. Dah, tu je. Simple ye dak? HAHA.


Bila terkenang kenangan puasa masa kat hostel dulu, teringat pula satu situasi ada siswa tak puasa. Nama confirm lah tak boleh bagi tau. Kalau bagi tau nanti, ada yang kenal pula. Bagi sesiapa yang baca and terasa macam, 'Eh teruknya bebudak Universiti ni. Tak puasa.' Okay macam ni, manusia yang tak berpuasa ni ada dimana-mana. Tak kira laa kat Uni ke, kat Kolej ke, even kat office pun ada. Tepuk dahi lihat sendiri.


Alright, back to the main topic, TAK PUASA. Ada satu hari tu aku baru balik dari kelas. Aku ajak laa sorang classmate aku ni datang rumah aku (hostel versi apartment) sebab nak minta tolong tengokkan printer. Bila naik tangga je, aku dah terbau something. Korang rasa apa? Bau 'MAGGI CURRY' weh. Dalam kepala terfikir, siapa pula masak maggi tengah-tengah hari masa bulan puasa ni. Kuat pulak tu baunya. Bila buka pintu rumah je, alangkah terkejutnya bila ternampak housemate dengan kawan-kawan satu course-nya tengah duduk depan mangkuk yang ada maggi dalam tu.


Tanpa berlengah, dorang terus tutup muka dengan bantal. Ada yang buat-buat tak tau. Ada yang tiba-tiba terus baca buku. Then, aku pun terus masuk bilik tanpa cakap apa-apa. Segan laa jugak. Dah laa bawa kawan datang rumah, lepas tu housemate pulak dengan Maggi Curry-nya. HAHA. Lepas classmate aku dah balik. Mula laa dialog ni,

"Weh, kenapa kau bawa kawan kau datang tak bagi tau? Malu kitorang."
"Kenapa korang makan korang tak cakap awal-awal dengan aku? Padan muka."
Semua terdiam.

Kepada semua yang tengah berpuasa, jangan ponteng or curi-curi makan. Nampak tak elok sangat-sangat. Kalau terasa nak makan juga masa bulan puasa, korang tengok video kat bawah. Insaflah. HAHA.
Thanks for reading. Au revoir.


video
Sumber: Youtube