Tuesday, April 2, 2013

Aku, Mereka dan KTM


Assalamualaikum and Good Morning to all Malaysians.
Apa khabar semua? Baik, Baik, Baik (Sila angkat ibu jari tanda bagus). Okay, kat sini kita nak share sikit pasal apa yang berlaku masa kita naik KTM dari KL Sentral sampai KTM Padang Jawa. For those yang jarang naik atau tak tau area Shah Alam, KTM Padang Jawa adalah KTM yang paling hampir dengan UiTM Shah Alam. Kalau ikut pintu belakang UiTM memang sekejap je nak sampai area Padang Jawa. Kalau naik taxi mungkin dalam RM6 atau RM7. Kalau y'all ambil KTM Shah Alam agak jauh dari UiTM Shah Alam. So, ambil KTM Padang Jawa. Sorry sebab banyak guna perkataan 'kalau'.


Gambar Hiasan: KTM


Okay, ramai yang tanya kenapa semalam kita balik Shah Alam naik KTM. Kita naik KTM sebab condition kereta masih tak memuaskan lagi dan terasa malas dan mengantuk nak drive walaupun ambil masa sejam untuk drive dari Setiawangsa. Bila dah naik public transport, macam-macam benda kita judge. Ada yang baik dan ada yang buruk. Tapi, mostly buruk laa untuk semalam. Sebab apa tak tau laa. Moh kita cerita kat y'all.


Kita start judge manusia yang naik public transport ni dari KTM KL Sentral. dalam Putra LRT takde pulak nampak perkara yang pelik-pelik. Maybe sebab yang naik Putra LRT masih dalam kategori orang bertamadun dan beradab. Siapa cakap orang KL tak beradab, kena ubah mindset tu. For those yang dah biasa naik Putra LRT, Monorail, Star and KTM mesti dapat beza yang transport mana yang bagi good service and selesa bila naik. Okay, bagi kita paling selesa sekali ialah Putra LRT. Hidup Kuala Lumpurian main public transport! :)


Gambar Hiasan: Putra LRT 


CERITERA 1: TIDAK BERDISIPLIN
Masa dekat KTM KL Sentral, timbul rasa meluat, kecewa, marah dan macam-macam lagi. Pelbagai rasa bercampur baur. Ibarat macam kita makan Siakap Tiga Rasa. Kenapa kita cakap macam tu? Ada one Chinese guy dengan one Indian guy ni, dengan selamba dan tak tau malunya potong queue dengan berdiri dekat line tengah pintu KTM. Sepatutnya kita bagi orang yang dalam KTM untuk keluar dulu. Kan tertib namanya. Dekat sini kita boleh nampak yang sebilangan orang Malaysia masih tidak berdisiplin dan perangai macam orang yang tak beradab dan tak beretika. Sorry to say laa. Tapi kita bukan racist dan berharap sangat orang Malaysia dapat ubah attitude diri masing-masing.


Gambar Hiasan


CERITERA 2: FIRST IMPRESSION KADANG KALA MELESET (PART 1)
Yang second ni memang meleset betul my first impression. Masa tunggu train kat KL Sentral, ternampak la ada one Malay guy ni. Muka baik, pakai kain pelekat, berkopiah, berselipar, siap pakai blazer lagi. ala-ala orang warak gitu. Bila dah masuk dalam train, kita pandang lagi lelaki tadi sebab pelik jugak pakaian dia. Dekat KL ni dah takde dah orang pakai macam tu.
TIBA-TIBA ...
Kita ternampak kuku dia dekat jari kelingking, jari telunjuk dengan ibu jari. MasyaAllah panjangnya! Secara automatic kita tarik balik first impression kita pasal dia. Bagi sesiapa yang beragama Islam mesti tau yang tak baik kita memelihara kuku jari sampai panjang dan lebih teruk sekiranya kita membiarkan ia melebihi 40 hari. Tolong betulkan kita kalau kita salah. and ... buat apa kita nak buat amalan yang bertentangan dengan sunnah Rasullullah s.a.w. Bagi sesiapa yang nak dapat info lebih lanjut sila google.


Gambar Hiasan: Jari kuku panjang


CERITERA 3: FIRST IMPRESSION KADANG KALA MELESET (PART 2)
Third, pasal one Indonesian guy yang baru masuk dalam train dari Pantai Dalam KTM Station. Bila dia masuk je dalam train kita dah rasa macam, 'Wow.. ganasnya baju abang ni. ni mesti minat rock kapak. dengan muka macam gangster je.' (Ala-ala Mael Lambung). Dia berdiri dalam 2 meter sebelah kita. Masa kita tengah tengok pemandangan dekat luar KTM, tiba-tiba ada bunyi ringing tone. Lagu Madu dan Racun pulak tu. Bila kita pusing je nak tengok siapa punya handphone yang berbunyi, alangkah terkejutnya kita sebab lelaki Indo tadi yang punya. Rasa macam nak guling-guling je dalam train tu. HAHA. Muka ganas tapi set ringing tone lagu jiwang. Dude, are you kidding me? erghhhh.. Okay, mari kita nyanyi ramai-ramai:




CERITERA 4: DARI BAHU KE BAHU
Fourth, pasal two Indonesian guys. Terserempak dengan dorang ni start dari KL Sentral lagi. Dorang ni berdiri sebelah kita and air muka dorang bila tengok kita macam takut-takut sikit. Maybe, dorang takut tengok muka tegas kita masa beratur kot. hehe. Bila masuk dalam train je, dorang terus duduk dekat seat. Mula-mula tu kita takdelah nak pandang pelik sangat dekat dorang. Tapi, bila dah 3 atau 4 station after KL Sentral, kita senyum sorang-sorang. Rasa nak gelak pun ada, sebab ternampak dorang dah tidur dalam train. Nyenyak pulak tu. Macam lah penat sangat tunggu train masa kat KL Sentral tadi. Bila dua-dua dah nyenyak tidur, dah tak perasan berkongsi bahu. Sweet gitu. Ala-ala pasangan bahagia. Teringat lagu Dari Bahu ke Bahu nyanyian DJ Era FM dulu-dulu tu.


Gambar Hiasan: Dari Bahu ke Bahu


CERITERA 5: MUKA TEBAL
Fifth, ada one Indian guy ni dengan muka tebal dan selambanya duduk dekat LADIES COACH. Bro, rasanya anda pergi sekolah masa kecik-kecik dulu, pandai membaca dan for sure anda faham apa itu 'LADIES'. After pegawai KTM check ticket, baru laa Indian guy tadi tu move in coach kitorang. rasanya dah kena halau kot. Yelah, ladies coach kan hanya untuk perempuan. Dah laa masuk ladies coach, siap duduk kat seat lagi. kalau berdiri tu okay lagi laa. haihhhh.. Macam-macam manusia ni.


Gambar Hiasan: Lelaki yang keliru dengan jantinanya


CERITERA 6: TERPAKSA DAN BUKAN SENGAJA
Sixth, hari ini dalam sejarah kita masuk dalam LADIES COACH. Nak tau sebab apa? Train yang kita naik tu ada masalah or tak tau pasal apa ramai-ramai kena turun dekat KTM Shah Alam untuk tukar train. So, beramai-ramai laa masuk berhimpit-himpit dalam train tu. Pegawai KTM yang jaga suruh masuk je mana-mana coach sebab tak muat nak separate coach antara lelaki dan perempuan.


Gambar Hiasan: Dibenarkan dan Tidak Dibenarkan


Bila dah berhimpit, macam-macam bau kita dapat hidu. Nice one. Rasa macam nak sepit hidung dengan penyepit baju. Kepada semua yang naik public transport, sila laa pakai deodorant dan spray sikit perfume. Rasa macam nak pengsan bau badan masing-masing.


Gambar Hiasan: Bau Ketiak Lelaki Boleh Kurangkan Stres Wanita


TAMAT sudah untuk ceritera kali ini. sekian, terima kasih. merci beaucoup mes amis. Au revoir.
p/s: Fari, orang KL panggil LRT untuk Putra LRT tau. bukan STAR or Monorail walaupun kedua-duanya memang LRT (Light Rail Transit). hehe.

12 comments:

Anonymous said...

Kalau STAR LRT dipanggil STAR, Monorel mcm biasa lah monorel. Hahaha.

affan said...

haaaaa.. siapa yang duduk KL je faham panggilan ni. siapa yang tak duduk KL semua dia panggil LRT :D

ai shah zawani said...

haha, maybe kne pakse dieorg masuk extra class la for those yg tak tahu adab ni dalam naik pengangkutan awam ni. haha.

affan said...

haaaa.. betul-betul. HAHA. sakit hati betul masa orang potong queue kat KL Sentral tu. rasa nak sekeh sorang-sorang. HAHA

Anonymous said...

mana butang like? nak like ni

dynamite kid said...

Nk tye ade cab x dr s alam station ke pkns

tyrah min said...

Mcm mne Nk pegi Padang jawa Dari uitm shah alam ?

affan said...

boleh ambil teksi di Pusat Komersial Seksyen 7. dekat je kalau ada transport sendiri.

affan said...

kalau dari mana mana station memang ada cab untuk ke PKNS. tapi, lebih elok kalau dapat cab yang pakai meter.

affan said...

butang like takde. boleh share kat kawan kawan je. 😂

affan said...

butang like takde. boleh share kat kawan kawan je. 😂

affan said...

kalau dari mana mana station memang ada cab untuk ke PKNS. tapi, lebih elok kalau dapat cab yang pakai meter.