Thursday, June 28, 2012

semangat terpadam sekejap


seperti yang kita sedia maklum pagi tadi ada match EURO 2012, Portugal vs Spain. dengan berkat sabar dan yakin akan tengok match tu sampai habis. mana tak nya best gila kot. dua-dua mengancam. Portugal ada Cristiano Ronaldo, Joao Moutinho, Fabio Coentrao. Spain pulak ada lagi ramai player best, Fernando Torres, Xavi Hernandez, Andres Inniesta, Cesc Fabregas, Iker Casillas.

dengan semangat yang waja pukul 2.45am buka laa TV3.


"Aik, apa ni. kenapa ada drama Melayu pulak. Mana bola?!"


nasib baik si Syam ni bagi idea suruh tengok LIVE STREAMING je. dah bukak live streaming sekat-sekat pulak. kadang-kadang laju, kadang-kadang macam DVD cetak rompak. tengok punya tengok habis first half. dah masuk second half mata dah layu. tengok dalam gelap la katakan. dalam saat kedua pasukan saling buat serangan, rasa mengantuk tahap overdose ni dah serang mata dulu. terkulai depan laptop. bangun je tengok dah minit ke 80. ah tutup jelah. sambung tidur.


macam ni lah rupanya bila tertidur depan laptop.
#bulu kaki lebat macam tu memang tak lah.


tadi baru bukak facebook nak tengok siapa menang, OH YES! Spain menang! tahniah. Pasukan Affan berjaya melangkah ke FINAL EURO 2012. harap akan bertemu GERMANY. Mesut Ozil, Mario Gomez, Bastian Schweinsteiger. Hala Espana! oh ya, sekarang pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM sedang dalam mood FINAL EXAM. sekian terima kasih.

twitter dibuka kembali


Tuesday, June 26, 2012

kita BOLEH!


entry kali ni pasal student IPTA/IPTS.

kadang kala kita dengar ada kawan kita cakap pasal

"eh korang aku takde duit laa nak makan".

"aku takde duit laa nak beli buku".

and bila kita senyap tak tau nak cakap apa dia akan cakap

"ala, kau kaya boleh laa. aku miskin".

"rumah kau dekat senang laa".

TETAPI, cuba kita tengok phone dorang. tu dia mak ang, SAMSUNG GALAXY, BLACKBERRY. kalah lecturer. lecturer pon pakai Nokia Express Music yang lama tu je. takpun handphone nokia yang ada lampu tu. kata takde duit tapi harga handphone cecah RM1200++, Achaner Tu Johan?





kadang-kadang tergelak bila dengar dorang cakap macam tu. sedangkan sem ni dengan jayanya tak pinjam PTPTN, takde biasiswa atau tajaan mana-mana boleh je hidup. dan tak perlu pon nak angkat sepanduk, kain rentang semua nakkan pendidikan percuma.

rahsianya, kerja PART TIME la dek oi. kumpul duit masa cuti sem. bukan dok nganga kat rumah berdoa duit turun dari langit. memang idok ler. kan ada pepatah Melayu, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" dan "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih". setiap kesusahan ada jalan untuk keluar. sekian terima kasih.

Friday, June 1, 2012

selepas ini

EURO 2012 dah nak start. apa lagi. marilah beramai-ramai mengadap TV. yahoooo.. malangnya dah nak final exam. nak start berasmaradana dengan buku. bosannya. dah laa GF dah nak masuk UIA ahad ni. oh, i will miss her.


seminggu duduk rumah, apa affan buat? duduk rumah, FACEBOOK. makan tido, makan tido. BOSAN. nak layan TWITTER dah deactivate. nak layan blog, bukan boleh nak IM. nak keluar, bosan pulak sorang-sorang. nak ajak orang lain keluar semua busy kerja. nak ajak perempuan kena penggal kepala nanti. nak ajak zaqwan raksasa kecik kang naik angin pulak tengah-tengah jalan.


Oh dunia, kadang-kadang manusia yang berada di dalammu merasa sangat bosan. bosan sampai mati akal. kalau dikupas akalnya akan kelihatan kosong. kosong seperti tin minyak tanah rumah opah. bukan kosong lagu najwa latif lagi. kosong yang tiada berisi. tapi tidaklah berisi seperti bella adik perempuanku. sekian.