Sunday, August 3, 2014

INI KISAH AFFAN: 1 Syawal 1435 Hijrah.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hi guys! Sedar tak sedar dan mungkin tak sedar diri, dah dekat nak 10 bulan tak update blog. HAHA. Banyak sangat kerja sekolah dan tak mampu nak karang blog panjang-panjang. Mungkin aku bukanlah blogger tegar yang selalu update blog dan mungkin aku bukanlah rajin sangat nak update pasal diri sendiri atau karya-karya umum untuk tatapan saudara saudari sekalian.


Baik. Untuk tidak melengahkan masa, mari kita cerita sikit pasal 1 Syawal 1435 Hijrah. And ... this is my story. Tahun ni merupakan pengalaman aku yang ketiga beraya dekat KL. Well, you all boleh baca and tengok gambar aku beraya masa Syawal 1434. Seronok bukan main lagi masa tu. Tersenyum lebar sampai ke pipi.


Alright, untuk tahun ni aku beraya lagi kat KL. Seronok tu seronok laa jugak sebab ramai kawan-kawan tak balik kampung. Jadi, ada laa teman nak bergurau masa hari raya. Tahun ni tak pergi beraya kat Putra Heights. Harap maklum. Best friend beraya dekat Manjung, Perak. Jadi, aku hanya menghabiskan masa 1 Syawal di area Taman Keramat dan Setiawangsa sahaja.

Pagi Syawal.
Nampak 'macam kacak', tapi ... tak tengok muka masa tengah hari. SEDIH.


Masjid Al-Ansar, Taman Keramat
Dari kiri: Nazrin, Fareez, Aie, Affan & Hafiz.

Lepas balik je dari masjid, tiba-tiba satu idea datang dari mana tak tau terasa nak pergi tangkap gambar kat depan KLCC. Nasib baik raya. So, tak banyak kereta kat sana. Siap ada foreigner minta kebenaran nak tangkap gambar kitorang lagi, sebab pakai pakaian tradisional katanya. Jadi rakan-rakan di luar sana, berbanggalah dengan pakaian tradisional Melayu kita.


Ini baru laa namanya beraya di KL. #TeamRayaKL
Dari kiri: Hafiz, Nazrin & Affan.
*Kawan dari berhingus

Bila dah puas berjalan, maka pulanglah kami ke rumah masing-masing. Ramai juga tetamu yang datang beraya. Seronok betul. Tapi berbeza laa kalau beraya dekat kampung. Suasana berbeza, cara menyambut berbeza, segalanya berbeza. Tapi, Alhamdulillah. Masih dapat meraikan Syawal untuk tahun ni.

Bersama Haniey.

 Inilah dia muka-muka yang dah bersama dari tahun 2007.

Actually, tahun ni tak banyak bergambar masa raya. Ada tu ada gambar. Tapi simpan untuk koleksi peribadi. Nak kongsi banyak-banyak buat apa. Takut ada STALKER pulak. Atau ... SECRET ADMIRER. Eh Affan, tolong jangan perasan.


And ... Last but not least, Syawal Keenam. Kawan-kawan kakak datang rumah. Jadi, dipaksa tangkap gambar dan tersuka bergambar bersama akhirnya. Itulah Affan, hidup penuh dengan warna warni ibarat lukisan contengan budak tadika.

Baby Aqil.
Budak kecik ni anak kawan kakak. Seronok main dengan dia. KELAKAR.

Bersama Ip Man.


Sekian sahaja untuk celoteh kali ini.
Tiba-tiba dah menguap lama bebenor mengadap laptop.
Thanks for reading. Au revoir.