Saturday, November 10, 2012
dasar
atas dasar kawan, di sini saya ingin mengajak anda untuk LIKE page ini. selamat maju jaya. bonne chance.
Tuesday, October 23, 2012
Mungkin
mungkin
aku terlalu BODOH kerana mempercayainya sekali lagi.
mungkin
aku terlalu BODOH kerana memberikannya peluang sekali lagi.
mungking
aku terlalu BODOH kerana dia mempermainkan aku.
mungkin
aku terlalu BODOH kerana terpengaruh dengan tangisannya.
mungkin
aku terlalu BODOH kerana tidak mendengar nasihat orang lain.
mungkin
aku terlalu BODOH kerana aku terlampau sayangkan dia.
dan
mungkin
aku terlalu BODOH kerana terpaksa melepaskannya sekali lagi.
Wednesday, September 5, 2012
Aidilfitri di Lenggong
Sunday, September 2, 2012
Bicaraku 1
satu hari segalanya akan terbukti pasti.
aku hanya duduk di tepi melihat panorama yang akan berubah di langit.
langit yang cerah menjadi mendung.
awan yang berarak hilang sekelip mata.
pelangi yang indah tiada lagi.
aku hanya melihat itik putih sambil tersenyum.
senyuman yang penuh sarcastic.
bak ros merah yang cantik tapi berduri.
itik putih yang ku bela bertahun-tahun ku lepaskan ke kolam.
takkan ku biar kau dekati ku lagi.
aku telah beri mu kemerdekaan.
pergilah dikau.
PANTUN 1 : Politik Mutakhir
duduk mencangkung perutnya kembung,
hajat dilepas di dalam guni,
fitnah memfitnah sabung-menyabung,
itulah gambaran politik masa kini.
#pandangan bebas Affan.
Thursday, August 30, 2012
masalah
aku punyai satu masalah sekarang. masalah malas bukak BLOG. mungkin satu hari nanti. akan ku update.
Monday, August 13, 2012
BUKU KEGEMARAN saya

akhirnya dapat beli buku ni walaupun harganya baru RM20. before cuti sem hari tu ingat nak beli dekat kedai buku kat PKNS tapi tak cukup duit. maklum laa. nak isi minyak kereta and topup smart tag lagi. bila dah balik rumah cari dekat MPH dah takde.
2 hari lepas keluar dengan Nisha, buka puasa sama. jalan sana jalan sini saja singgah Carrefour Wangsa Maju and then Nisha ternampak buku ni. aku bukan main senyum sampai telinga. siap dapat discount RM2 lagi. untung betul. hari sabtu beli and pagi tadi masa lepas sahur dah habis baca. ada 310 muka surat. nanti nak beli lagi buku macam ni.
dalam buku ni dia bongkar semua pasal peristiwa 11 September 2001, freemason dan zionis. siapa tokoh Freemason yang patut kita jauhi. penulis buku ni ialah Jerry D. Gray iaitu bekas warganegara Amerika dan dah dapat status warganegara Indonesia. dia malu nak mengaku rakyat Amerika dan dia ialah bekas perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat. sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)






