Saturday, May 28, 2011

kita, lesen dan kehidupan


LESEN. aku rasa semua orang tau pasal lesen. kalau lesen motosikal dah boleh amek time form4. and lesen kereta dah boleh amek time form 5. aku pulak lambat amek lesen dari kawan-kawan lain sebab birthday aku hujung tahun, bulan december. so, tengok jelah kawan-kawan tayang lesen masing-masing depan mata. haish.. ruginya orang yang lahir hujung tahun ni. -.-


Affan's 'L' and 'P' Driving License


first skali aku amek lesen motor. actually mama tak bagi aku amek lesen motor. sebab bahaya bawak motor ni. kalau jatuh ke senang patah tangan la, bahu la, kaki la. tu belum lagi masuk yang extreme punya. ayah pulak menyokong dengan penuh kepastian aku amek lesen motor. sebabnya senang sikit kalau ada emergency ke apa ke. lagi pun aku lelaki. so, lelaki dengan motor kan tak boleh dipisahkan. ayah kata kalau ada banyak lesen lagi bagus. sebab senang kalau ada apa-apa emergency.


aku tak dibenarkan langsung bawak motor selagi takde lesen. sama jugak dengan kereta. tapi yang aku peliknya. budak-budak zaman sekarang ni dengan selambanya tanpa mengira segan dan silu bawak motor tanpa lesen yang sah. dah la bawak motor takde lesen, tak pakai helmet pulak tu. dorang rasa kepala, badan, tangan dengan kaki dorang keras kot. kalau jatuh motor takde apa-apa. takpun dorang rasa pemakaian helmet terlampau panas kat Malaysia ni. takpe adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, dan lain-lain. satu hari saya akan buat satu helmet yang ada air-cond kat dalam tu. kan sejuk. ye tak? lepas tu sorang-sorang kulit kepala kering sebab ada air-cond dalam helmet.


first time bawak motor rasa menggelabah semacam. tapi buat cool jelah. sebab buat apa nak takut. selagi ada rasa takut selagi tu aku takkan maju and terror bawak motor macam orang lain. aku bawak motor pun dekat-dekat je. tak jauh pun. sebab mama and ayah tak bagi bawak jauh-jauh. bahaya katanya. lepas amek lesen motor, aku amek pulak lesen kereta. first time pegang stering memang menggeletar jugak. belajar pasal clutch. pasal gear. semua benda la senang.


aku amek lesen kereta atas duit sendiri. malas nak menyusahkan mama aku. murah je sebab aku dah ada lesen P motor. memang gugup jugak and heartbeat aku dah laju semacam. macam F1 pun ade. belajar la sampai test JPJ semua. akhirnya lulus jugak. "dah lulus and dapat lesen jangan ingat boleh nak terus bawak kereta", itulah kata-kata mama aku. aku ingatkan bila dapat lesen excited lah boleh bawak kereta. hmm...


Affan's Competent Driving License


dah lama-lama aku ada lesen barulah aku boleh dapat kereta. and kereta tu sekarang di bawah penjagaan aku. memandangkan aku sorang yang ade lesen dalam adik beradik aku (sekarang dorang tengah amek lesen kereta). kereta PERODUA KEMBARA tu sangatlah aku sayang. mana tak nya. macam-macam kenangan aku dengan kereta tu. gi UiTM kat Shah Alam. bawak gi shooting. bawak kawan-kawan lepak mamak. bawak gi UM kat Bangsar and macam-macam lagi. pergi mana semua dengan kereta tulah. sampai aku bawak motor pon kadang-kadang dah kekok. sorry YAHAMA 135LC. sebab ayah selalu guna kau so aku terpaksa guna KEMBARA.


my sweetheart #2


ayah cakap kalau bawak kereta mata kena tengok jauh ke depan. jangan just tengok view depan kereta je. mata kena alert dengan signboard and traffic light. mata kena alert dengan side mirror yang ada dalam kereta. dah macam cerita snow white pulak. -.- janji kena sentiasa alert la. kalau tak.. tu yang jadi accident kat mane-mane tu. tengok la berita or suratkhabar sekarang. kan banyak accident sane sini. tak tau lah ape masalah dorang sampai boleh accident.


kalau signboard macam ni aku pun pening


Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah accident. jatuh motor tu adelah. tu pun kawan aku yang bawak. time kat bumper dia break and press throttle agak kuat sebab nak naik bukit. aku pun tak sangka dia nak press macam tu dah tercampak kat belakang motor. nasib baik aku sempat mengiring. kalau tak habislah kepala aku. benjol-benjol. dia ingat file aku jatuh. lepas tu aku tunjuk yang tangan dah koyak, lengan baju dah carik. tak sakit time tu sebab aku ni orang yang jenis tahan sakit. dah lah jatuh depan sekolah. nasib baik time tu tak ramai orang. so yang nampak classmate aku je. haha.


kepada yang suka bawak laju-laju kat luar sana, tolong la bawak slow sikit ikut limit yang kerajaan dah tetapkan. laju-laju nak gi mana? sampai jugak kan destinasi korang. daripada ke destinasi alam barzakh. kepada yang suka buat zig-zag, silalah memandu dengan cara yang betul. sebab korang, ade jugak orang lain jadi mangsa. macam mana korang nak minta maaf dengan orang tu kalau orang tu dah takde kat dunia ni? kepada yang suka bukak lampu high-beam time malam, silalah rendahkan lampu korang. aku tau, tak semua boleh beli sportlight mahal macam kau.


kepada yang suka 'speed' time lampu kuning, get ready la nak berenti. just agak-agak je kelajuan korang dengan time traffic light tu. kepada yang suka potong queue kat highway or jalan raya, silalah ikut line korang ye. semua orang memang tak suka nak beratur lama-lama kat highway ni. aku tau. lagi-lagi bila time cuti raya. pergh. macam anak kambing sekor-sekor. masing-masing nak mencelah masuk kiri. tempat emergency.

lampu kuning tanda apa? teruskan pecutan ke?
tak kan. so bersedialah untuk berhenti.


kepada yang baru nak bawak kereta or baru dapat lesen kereta, janganlah bawak macam orang yang dah PRO. kalau dah rasa diri tu layak nak lekat sticker P lekatlah. tak salah pon kalau korang lekat. at least orang tau korang noob, or beginner. tak kena saman dengan polis or JPJ. kan lagi best. takkan sebab nak rasa handsome or korang rasa 'ala, tak best la pasang. ala, apa ada hal kalau tak lekat. ala, aku tak nak orang takut bila aku lekat sticker P.' itu adalah statement yang salah wahai saudara dan saudari sekalian.


aku sangat-sangat risau dengan siblings aku yang tengah amek lesen sekarang ni. for your info my sister and little sister, jangan harap lepas korang dapat lesen aku akan bagi korang drive kembara. korang kena bawak dulu dengan ayah macam aku mula-mula dulu. barulah korang boleh drive lepas ayah puas hati dengan cara korang bawak kereta. bukan macam penyamun or macam noob sangat.


so, apa-apa pun janganlah menyusahkan orang lain bila korang memandu atau menunggang. janganlah buat orang menyumpah seranah dengan korang. dan paling penting sekali jangan lah buat orang lain tak dapat jumpa family dorang disebabkan salah korang. sekian terima kasih.

Wednesday, May 11, 2011

Affan's PLKN Story,


apa itu PLKN? PLKN tu Program Latihan Khidmat Negara. siapa pernah masuk PLKN? aku rasa ramai yang down bila tau dorang terpilih untuk masuk PLKN. sebab majoriti aku tanya kawan-kawan aku kat camp or kat sekolah semuanya tak nak pergi. termasuklah aku. hahaha. aku dipilih dengan jayanya untuk masuk program ni pada 18 Mac 2008 hingga 7 Jun 2008 (Kumpulan 2 Siri 5). time tu aku dah berhenti kerja kat KFC Setiawangsa. tengah syok-syok kerja kena berenti atas kerelaan hati.


pukul 3.40pagi (waktu Kuala Lumpur) aku dah bertolak dari rumah gi Stadium Bukit Jalil. aku rasa berat gila kaki nak keluar rumah. haish.. dah la aku dapat Kem Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah. jauh tu. aku gi Stadium Bukit Jalil dengan parents aku je. dah sign attendance, aku terus gerak gi kat bas. aku siap suruh parents aku balik awal lagi. takut kang aku sedih sebab confirm tiga bulan aku takkan jumpa dorang.


masuk je bas, aku rasa lain macam gila. sebab semua orang aku tak kenal ni. ade Melayu, Cina and India. rasa 1 Malaysia sangat2. haha. aku duduk la kat kerusi kosong. tiba2 ade la mamat India ni nak duduk sebelah aku. aku ok je. dia siap pasang lagu hip hop versi tamil. pergh.. sedap jugak. ala2 too phat. dia kata group hip hop Malaysia. tabik weh lagu dorang. aku kenal sorang je time tu. budak sekolah aku. Aen Fadhilah.


kitorang kena turun dekat LCCT. dengan bawak beg yang sarat dengan baju. pergh.. berat gila. mau patah jari aku nak usung sane sini. aku pon berat mulut nak tegur orang. al maklumlah aku ni jenis yang pendiam kalau aku duduk dengan orang yang tak kenal. yang paling dapat perhatian siapa lagi, si bado la. sebab rambut dia ade corak spider web. cool.


oh ya, time naik flight rasa best gila sebab tu first time aku naik flight. thank you Malaysia and Air Asia. haha. waktu nak gi Sabah aku rasa macam nak gi holiday. semua orang seronok je. senyum sampai telinga. paling best sekali bila kitorang sampai Kota Kinabalu (KK). semua orang dah hooraay! hooraay! seronok! jauh jugak dari KK nak sampai Kota Belud (KB). nak tidur rasa macam tak best sebab aku nak tengok macam mane rupa negeri di bawah bayu ni. dalam bas ade yang main gitar. menyanyi macam dah nak masuk Akademi Fantasia pulak. haha.


sejam setengah tak silap aku dari KK nak sampai KB. bila je dah ternampak signboard 'PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA, KEM SINAR JAYA', semua cakap benda yang same, 'wah.. ni ke kem dia?'. aku pulak dah rasa macam nak lari balik. sampai-sampai je terus daftar and kitorang dibahagikan 4 groups. Alpha, Bravo, Charlie and Delta. aku dapat group Charlie. dan macam Charlie Angels pulak rasa.


okay.. lepas amek baju PLKN semua and letak barang ade sikit taklimat kat Dewan Besar. sorry to all. at first, aku memang takde mood nak borak dengan wira or wirawati kat sana. sebab apa, sebab aku tak faham langsung apa yang korang cakap. aku ada tanya kawan sebelah katil aku. 'bro, kat mana tempat gosok baju?', lepas tu dia cakap kat dalam tandas. aku pergi la. eh.. takde pon. aku tanya la kawan dorm yang dalam toilet tu. kat mana tempat gosok baju. dorang tunjuk paip air. laa.. rupa-rupanya diorang ingat aku cakap nak basuh baju. padahal maksud aku nak 'iron or seterika baju'. hahaha. aku dah gelak sorang-sorang dah time tu.


kat sana kena botak. sampai turn aku je aku rasa macam nak menangis sebab ni lah first time aku botak. aku masuk je dalam toilet aku terus jerit 'tiiiiiidaaaaaaaakkk!!'. anuar dah gelak-gelak dah. dia boleh lah. dah biasa botak. aku mana pernah. ergh..





dari PLKN la aku belajar banyak benda and try berdikari sorang-sorang. mana taknya. aku datang sorang-sorang. aku buat benda sorang-sorang. semua sorang-sorang. bestfriend aku din dengan wawan. lepas tu baru aku boleh masuk dengan dullah, kimi, abai, anuar, hanif, jerry, alex, and semua yang dalam dorm. aku bukanlah orang yang famous sangat kat camp. aku dah boleh communicate dengan semua orang bila aku ringan-ringankan mulut nak tegur orang kat sana. banyak bahasa aku belajar. bahasa bajau, kadazan and macam-macam lagi.


jurulatih kat sana semua best2. ada yang kelakar. ada yang sporting habis. ada yang bercakap kadang-kadang aku tak faham. haha. aktiviti paling best hari minggu bagi semua wira ialah tengok cerita hindustan. hahaha. nak tido dah muak pulak. erm, setiap orang akan merasai berkawal malam. nama masing-masing akan naik kat papan kenyataan. so, semua akan tau. setiap company akan hantar wakil 2 orang untuk berkawal malam. aku siap kena 2 kali. tapi best. kalau pengawal malam berkawal, pagi tak payah gi latihan pagi. jogging, pumping and buat aktiviti pagi yang ala-ala boleh buat badan tough macam tentera. ade satu malam aku berkawal seram gila. ade satu dorm ni takde orang. aku orang yang paling belakang sekali berjalan. aku dengan kawan aku terdengar bunyi macam ada orang pulas tombol pintu. kitorang tengok and buat derk jelah. haha.


kat sana baju kena basuh sendiri. dah lah t-shirt PLKN tu dia bagi 2 pasang je. baju lain tak dibenarkan. so, pandai-pandai la arrange masa bila nak basuh baju-baju tu. kena basuh satu-satu. sebab tak boleh pakai baju biasa pergi dewan. nanti kena denda. yang paling best kena jemur tilam hari minggu. bagi tak bau and bersih sikit. satu dorm kena jaga kebersihan masing-masing. kalau tak bersih kena denda lagi. yang tu paling aku tak suka. sebab penat. suruh lari dari padang kawad, then tukar baju ikut arahan, then kena lari balik kat padang kawad. letih laa siol. dah la dorm aku paling jauh and belakang. ergh.. sakit buah pinggang aku nak lari. apa daa..


so, dari situ kitorang dah belajar pembahagian masa, kerjasama and kebersihan. kasut kena selalu kilat. cadar kena steam tak nak kendur-kendur, kasut kena susun. pergh.. sebijik macam drama dalam tv pasal askar. hahaha. makan kena basuh sendiri, nak makan kena beratur, apa makanan yang bagi tu korang kena makan. aku yang paling sedih bila dapat mee goreng. aku dah la tak boleh makan mee goreng. nanti aku muntah. nak tak nak terpaksa makan. kalau tak nanti aku lapar.


kat dewan pulak ada la satu kedai ni. aku suka kakak tu. sebab dia peramah. dia convert masuk Islam. so, comel tengok muka kakak tu pakai tudung. hehe. sampai sekarang aku tak boleh lupa macam mana kawasan dalam kem. setiap inci, setiap lekuk-lekuk tanah. kitorang ada jugak masuk hutan and menembak. masuk hutan buat khemah sendiri. masak sendiri. aku dengan wawan kongsi bekas. satu bekas masak nasi. satu bekas masak sardin. sedap.. tulah first time aku belajar masak nasi. haha. time wira-wira lain sibuk dok buat operasi burung hantu, aku dengan sedapnya tidur dalam khemah yang kitorang buat guna canvas. dah la tak bertutup, tak berlapik. pandai-pandai laa nak hidup. aku yang tak bolehnya kena gigit dengan nyamuk. allergic.


bila time cuti aku la antara insan yang berduka. sebab aku tak boleh balik KL. malas nak susahkan parents aku bank in duit nak balik KL kejap. dah la seminggu je pun. baik tak payah. yang bestnya.. siapa duduk dalam camp dapat gi jalan. Muzium Sabah, Zoo and banyak lagi. time malam la best sebab tak ramai orang dalam camp. makan sedap. tido sedap. tak bising. aktiviti takde. hahaha. dah duduk ramai-ranai mana ada yang tak bergaduh ye tak. aku pernah ala-ala nak bergaduh dengan satu group ni. entah dorang tak puas hati apa dengan aku pun aku tak tau. tapi aku malas nak ambil port. biar jelah. janji dorang happy.


at the end of the day, orang yang nak bergaduh dengan aku tu menangis bila nak tamat latihan. siap peluk aku lagi. lu terbaik bro. haha. kat sana aku kenal ramai orang bila mulut aku dah ringan sangat nak tegur orang. aku kenal amicrona, bibie, alo, and ramai lagi la. aku baik gila dengan sorang budak sabah ni. nama dia berron. tapi sekarang dah lost contact. haish.. handphone pulak kena serah kat office. hari minggu je boleh guna. pukul 5 petang sabtu ambil phone kat office, then kena pulang balik 5 petang ahad. satu hari je boleh guna. dah lah nak berebut plug lagi nak charge phone. dalam dorm ade 2 plug je. so terpaksa la duduk dalam toilet nak charge. tu pon berebut.




aku sedih gila bila kawan yang aku anggap special time tu, AMICRONA, nak keluar camp sebab dapat tawaran belajar. separuh jiwa aku dah pergi time tu. dah lah lagi sebulan nak habis. kenapa la dia pergi awal sangat. tapi takpe. hidup mesti diteruskan. aku start rapat dengan dia time kelas kenegaraan. aku suka tengok dia. cute. hehe. kitorang jadi partner waktu bercakap bahasa asing. masa dalam class.


dari sekuat-kuat lelaki aku kenal sampai la selembut-lembut lelaki, Suki. kau best lah suki. walaupon ramai orang pandang slack kat kau waktu kau masuk. tapi kau boleh buat orang tabik and kenal kau dalam masa yang singkat. salute! KENANGAN PALING MANIS ialah company CHARLIE dinobatkan JUARA kawad kaki kategori wira Kem Sinar Jaya. and paling best bila company CHARLIE menang dan JUARA keseluruhan. thanks guys. we did it!


malam terakhir kat camp ialah malam dan pagi yang sangat hiba. mana tak nya. nak tinggalkan tempat yang dah korang duduk selama 3 bulan. aku rindu kawan-kawan sabah aku. aku rindu tempat tu. aku rindu semuanya. malam tu semua orang tak tidur. siapa tidur kena conteng dengan marker pen. aku ingat lagi. siapa ntah tidur kena conteng. hahaha. best malam tu. kat dewan besar semua komanden camp siap karaoke lagi. semua menari-menari. nyanyi lagu yang satu ayat pun aku tak faham. tapi bestlah. hehe. pagi nak keluar camp je, semua rasa sedih sangat. yang gangster menangis, yang nampak tough menangis. semua menangis. aku pon menangis sekali walau aku ni susah nak menangis. salam jurulatih, kawan-kawan and bestfriend.


sampai je kat Airport Kota Kinabalu, kitorang bersorak. bila jurulatih sebut 'PERHATIAN!!', kitorang akan balas 'KHIDMAT NEGARA!!'. benda tu dah diajar sejak masuk lagi. kata-kata semangat untuk wira and wirawati. kitorang diajar sekali lagu rasmi PLKN and lagu negeri SABAH. sampai je kat LCCT, aku dah rasa seronok. Kuala Lumpur.. i'm BACK! yiiihaaa..


kitorang naik bas sampai Stadium Bukit Jalil and ikut parents masing-masing. kesian anuar takde transport nak balik. so aku pakat dengan dia balik je dengan aku. aku suruh mama hantar sampai rumah dia. kau bestfriend aku terhebat anuar. haha. aku teringat time kau kena rasuk tu. seram bro. tapi aku buat derk je. sebab abang kau si anep kan ade. hahaha. paling best time kita semua lepak kat padang kawad. lepak kat stage. main volleyball. main bola. gi sembahyang jumaat kat masjid luar camp. pergh.. SEMUANYA KENANGAN.

Saturday, May 7, 2011

happy mother's day :)


Affan's Mama

Nisha's Mummy

selamat hari ibu. happy mother's day. mu qin jie kuai le.
thanks to mama sebab banyak sangat pengorbanan mama kat kitorang (maria, affan, bella & zaqwan). dah lah kitorang ni nakal2 semuanya. lagi2 dak zaqwan tu. haha. kitorang sayang mama. you're the best mama in the world. =)
thanks to mummy haniza sebab sporting sangat dengan affan. borak2, gelak2 semua. mummy juga seorang ibu yang hebat. semoga hidup penuh keceriaan.

kepada semua kaum ibu, selamat menyambutnya. kepada sang anak, sila wish kat ibu, mak, mama or mummy masing2 sebagai tanda penghargaan. kepada sang suami sila wish jugak kat isteri korang. actually aku nak masuk banyak gambar dalam post kali ni, tapi internet sangat lembab nak upload, so yang sempat masuk pon dua gambar ni je. jangan kecil hati dan gundah gulana. anda semua ibu, bapa dan anak yang hebat. thank you.

Thursday, May 5, 2011

merepek, mengarut dan seangkatan dengannya..

umur dah 20 tahun. perangai tak matang. muka babyface. aku dah banyak kali dengar orang cakap kat aku macam tu. tak yah orang jauh la, adik aku sendiri selalu cakap kat aku macam tu. bella la, sape lagi. asal benda merepek je aku buat dia kata tak matang. aku pelik.. matang ke dia dari aku? ape yang dia tau pasal matang? BF kau matang sangat ke? hahaha.


okay. first, orang tu sendiri tau yang dia dah matang ke tak. orang lain takkan tau. matang ni sebenarnya universal. dari segi pemikiran, manners dan macam2 lagi. aku rasa lagi selesa buat benda merepek bila dengan kawan2 WOS aku. sebab bila dah ramai lepak, mulalah sorang2 keluar idea gila2. buat forum la. debate la. ape la. hahaha.


second, kadang2 orang yang kita nampak tak matang tulah sebenarnya lagi matang dan cerdik dari kita. sebab dia dah tengok lagi depan dari kita. maksudnya dia lebih berimaginasi dan berfikiran jauh. pernah tak korang terfikir korang sebenarnya ade superpower. okay, tu ayat kawan aku, Ridhwan Remos. haha. kadang2 aku tengok dia ni macam lurus bendul pon ade, macam kanak2 ribena pon ade. tapi.. dia berfikir lebih kreatif & kritis dari aku. salute kau la john!

third, jangan halang bila kawan2 kita nak buat benda merepek or buat lawak. yang tu salah satu dia nak tunjuk yang dia banyak idea. dia nak share and korang mesti tak terfikir pasal benda tu. sebabnya.. sebab korang rasa korang dah matang. pernah tengok filem 3 IDOTS? cuba korang tengok main character dia, RANCHODDAS. dia matang tak dalam cerita tu? tak kan? tapi.. dia genius. kawan2 dia nampak dia macam tak matang tapi dia la yang paling matang sebenarnya antara diorang.


fourth, pernah tak korang terfikir orang yang korang cakap tak matang tu, perangai dorang sebijik macam pelawak2 yang mewarnai dunia seni sampai hari ni. macam stephen chow, martin lawrence, jim carey and ramai lagi la. sengal and tak matang stephen chow pon dia dah jadi pengarah and pelakon komedi yang berjaya. so, dia dah tua and perangai still macam budak2 walau dalam or luar set. same je. takde beza dengan kawan2 korang yang tak matang tu. haha.


fifth, bila satu masa kau jadi ala2 orang tak matang, kau akan rasa yang dunia kau penuh dengan warna warni. HAPPY GO LUCKY! takde makna nak sedih2 ni. aku suka bila dapat buat orang ketawa and gelak sampai guling2 kat lantai. sebab ape.. itu satu KEPUASAN! kepuasan yang sesetengah orang tak boleh buat macam kita buat orang tu ketawa.

sixth, aku sangat tak setuju bila orang kata 'wei bro.. asal tengok cartoon? macam budak2 la'. bila kita tengok cartoon kita happy kan? gelak sane gelak sini macam orang masuk air. kan tu seronok. hilang sikit masalah kat dalam kepala hotak. bila kita tengok cartoon kita dapat banyak idea. ade je idea pandai2 or gila2 masuk dalam kepala hotak. kan best tu.

seventh, aku suka buat benda gila2. suka nyanyi depan orang walau suara aku tak sedap. aku suka sangat nyanyi kat GF aku, Ainaa Nisha. sebab ape.. sebab aku nak dia happy and ketawa dengar suara aku yang tak sedap macam Bruno Mars ni. haha. the conclusion is... jangan sekat bila aku nak buat benda merepek. just wait and see je ape yang aku plan nak buat. thanks!

redzwan affan, 2011
CTRL + Z Short Film