Wednesday, May 16, 2012

untuk SEMUA guru


Selamat Hari Guru atau Happy Teacher's Day. topik utama tiada sebarang kaitan dengan kumpulan Teacher's Pet. okay, di sini saya Kamaredzwan ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan pensyarah yang terlibat secara langsung dan 'tak langsung' mengajar saya selama ini. LOVE YOU lah cikgu!


kerjaya sebagai guru ni kerjaya yang mulia dan nak mendidik pelajar bukan senang dan ringan. lagi-lagi nak mengadap macam-macam ragam pelajar. ada yang baik, skema, kerek, mulut bising dan lain-lain. tengok jelah muka cikgu kat sekolah atau pensyarah. kadang-kadang sampai dah tak tau nak cakap apa.


kepada cikgu-cikgu SK (1) Taman Keramat : 1997-2002
terima kasih kerana mengajar saya menjadi manusia yang kenal huruf dan tahu membaca dengan lancar. jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan. kepada Cikgu Zukri dan Cikgu Adin, walaupun anda garang dan saya pernah merasa pelbagai sudut tamparan tangan kasar awak di pipi saya, barulah saya tau apa itu DUNIA. ada bintang, bulan bila kena penampar se-das. kawal emosi cikgu. saya hanya kanak-kanak ribena yang cuba untuk menghiburkan hati sendiri di sekolah. kami tidak matang seperti cikgu. kami hanya murid sekolah yang masih berhingus walaupun tidak selsema.




kepada cikgu-cikgu di SMART : 2003 - 2007
saya Kamaredzwan atau lebih mesra dikenali sebagai Kama atau Affan mengucapkan SELAMAT HARI GURU. terlebih ucapan juga kepada cikgu yang pernah mendidik saya sehingga saya ke tahap sekarang ni walaupun tidaklah setinggi langit. jasa cikgu-cikgu akan tetap saya kenang selamanya. kepada cikgu kelas, terima kasih kerana penat melayan saya masa di sekolah dulu. saya rindu sekolah. doakan saya untuk jadi Pengetua SMART walaupun itu hanya impian dan cita-cita yang sukar untuk saya capai. terima kasih kepada cikgu yang masih kenal dan ingat muka saya hingga ke hari ini. saya pelajar bertuah, bukan kerana saya kacak atau hebat, itu semua tolak tepi.





kepada pensyarah FACT (UiTM) : 2008 - 2011
terima kasih kerana mendidik saya dari semester satu hingga semester 6 Diploma. jasa kamu semua amatlah besar. saya sangat teruja dapat belajar dengan orang yang hebat seperti KAMU SEMUA. kamulah pensyarah yang berkaliber. terima kasih juga kepada PM Abdul Razak Mohaideen kerana menjaga kebajikan saya dan rakan sekelas masa praktikal Oktober hingga Disember 2010. tabik spring! kepada En Azizone anda masih berhutang Pizza Hut dengan saya hingga ke hari ini. anda berjanji nak belanja. sekian.





kepada pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (UiTM) : 2012
saya yang dikenali sebagai AFFAN mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah (dengan harapan boleh bagi markah lebih). terasa macam nak belajar dengan Tuan/Puan sampai semester 6. tapi apakan daya, itu semua mustahil akan terjadi. terima kasih kerana melayan kerenah saya di dalam kelas. sekiranya ada terhiris hati maafkan saya. saya hanya pelajar biasa yang kadang-kadang nampak seperti pelajar sekolah menengah.




SELAMAT HARI GURU SATU MALAYSIA 2012

No comments: