Sunday, April 7, 2013

Ceritera Basi 1


Assalamualaikum and Good Morning orang kampung!
Pa khabaq semua? Kalau bukan orang kampung aku pun mengaku jelah ya. Eh wait! Bila masa aku duduk area kampung ni. Okay, Hello warga kota. Whatsup? Haa.. Itu baru betul. (Affan sila jangan poyo sangat).


Alright, untuk entry kali ni aku nak cerita sikit pasal kejadian yang julung kalinya berlaku dalam sejarah hidup. Walaupun cerita ni dah basi, tapi aku tetap nak cerita kat y'all. Eh suka hati lah. Ni kan blog aku. HAHA. Cerita ni pasal kejadian aku dan 2 orang lagi rakan yang dalam perjalanan ke majlis perkahwinan sahabat kami iatu Rusydi Amir dan Abyan Munirah. Actually majlis ni dah sebulan berlalu, 9 Mac 2013. Tahniah korang. Baiklah kawan-kawan yang dikenali dan tidak dikenali yang sedang membaca entry ni, kita akan mulakan sesi bercerita sekarang. Cerita ini bermula ...


Pada suatu hari, seorang jejaka yang bernama Affan telah terbangun lewat dan terus message sahabatnya yang bernama Yo untuk bersiap dengan sepantas kilat, sebab dah lewat oi. Takkan nak melenggang kangkung pergi mandi kat toilet, gosok gigi pelan-pelan macam dalam iklan kat TV tu. Memang idok le kan. Inilah dia jejaka bernama Yo tu.


Macam handsome kan dia? Macam jelah.
Tak handsome mana pun. Comel itu mungkin ada.
p/s: Dia masih single. Sila PM dekat facebook kalau nak kenal. HAHA.


Baik, kita teruskan kisah pengembaraan kita. Dengan sepantas kilat aku bersiap dengan memakai t-shirt biru, kemeja biru dan jeans hitam serta berkasut Vans yang ayah aku bagi masa raya hari tu. Aku memecut kenderaanku dengan penuh kelajuan sampai meter berpusing dua kali untuk ke Puncak Perdana. Hebat kan hebat kan. Sampai je dekat Puncak Perdana, aku terus tukar seat. Suruh Yo yang drive. Alasan sebab aku penat sangat sebab lambat tidur malam semalam.


Masa kami melintasi bukit-bukit yang ada dekat area Damansara, kat DUKE Highway tu, satu surprise telah berlaku. Maaf, ni tiada kena mengena dengan surprise untuk birthday party or what so ever. Kereta aku secara tiba-tiba terputus bekalan hayatnya. Nak cakap battery problem, still boleh hon lagi. Nak cakap minyak habis, full tank. Kami ambil kata sepakat untuk pull over tepi highway tu. Dengan perasaan yang bercampur-baur kami terus telefon Plusline. Itupun after google. Harap je ada CCTV kat highway tu. HAMPEH.


Tempat kejadian.


Setelah menunggu begitu lama akhirnya Plusline tiba untuk memberi bantuan. Abang Polis Bantuan yang segak keluar dari kenderaan dengan penuh semangat dan bergayanya. Hebat bro hebat bro. Bila abang Polis tu check, dia pun tak tau apa problemnya. Maka kami ambil keputusan secara beramai-ramai untuk tow kereta aku setelah main lat tali tam plom tepi highway tu. Maka kereta aku di-tow sampai Highway Jalan Duta. Kami dengan ikhlas dan humble, mengucapkan ribuan terima kasih kepada 2 orang abang Polis Bantuan tu. aku pun dapat banyak info pasal job dorang.


Terasa macam naik Choo Choo Train wei.


Dalam setengah jam melepak tepi highway tu, jiran aku pun sampai. Dia bawa aku balik rumah dan aku start kereta mama terus pergi kenduri dekat Taman Maluri. Maaf Rusydi dan Abyan. Kami lewat. Tak sangka kereta nak broke down. Kawan aku yang bernama Yo tu pulak, dengan langkah yang gagah berlari anak masuk ke dalam dewan sebab dia yang akan membaca doa majlis tu. Aku pulak masuk ikut pintu depan ala-ala tetamu VVIP. Sampai je kat main entrance, ada gadis-gadis berdiri sambil bagi gula-gula dan bunga telur. Aku berlagak macho seolah-olah tak nampak mereka.


Dah laa comel. Pandai baca doa. HEBAT HEBAT.


Jejaka rebutan wanita Malaya:
Affan, Rusydi & Yo. 


Ini semua gadis-gadis MIAT.


Selepas sesi bersalam dengan abang pengantin perempuan yang bernama Adam, aku terus ke meja bebudak kelas masa diploma dulu. Aku disambut dengan begitu meriah sekali. Terasa macam artis popular pulak. Makanan dekat majlis tu memang sedap sebab ada ayam goreng. HAHA. Bagi aku apa-apa pun jadi sedap selagi ada ayam goreng.


Masa tengah makan dengan penuh selera, tiba-tiba aku terpandang seorang gadis comel duduk bertentang dengan aku. Aku buat dont know je, dan sambung makan balik dengan penuh tertib. Majlis hari tu sangat meriah. Dapat jumpa kawan-kawan masa diploma and tak sangka terjumpa Kak Ain AJ kat situ. Hari tu memang penat sangat. Bayangkanlah, travel dari Seksyen 7 Shah Alam ke Puncak Perdana, dan ke Taman Keramat seterusnya ke Taman Melati. Fuhh.. Inilah kali pertama aku rasa naik kereta sambil di-tow oleh Polis Bantuan. Pengalaman ni tak semua orang ada. Jadi aku dikira insan yang bertuah.


TAMAT sudah untuk ceritera basi kali ini. Sekian, terima kasih. Merci beaucoup mes amis. Au revoir.

6 comments:

Sarjan said...

haha...thanks sahabat...sory sbb tinggalkn kau sorg2 utk handle kereta kau..tp xpe, kau kan ramai bdk2...hehe

affan said...

HAHAHA sejak bila aku ramai bebudak ni :D tapi adegan dekat majlis aku tak nak cerita detail sangat. HAHAHA

aishah zawani said...

err, basi ke fan? haha tk la basi mne? kenyang jgk la perut tu makan nasi minyak. ohh, haha nk knalllll dgn org yg baca doa tua bole? hahah gurau gurau.

affan said...

hahahaha kenyang makan nasi minyak. tapi cerita dah basi :D nak kenal? sila add fb dia. atau pun blog dia kat atas tu haa, "Sarjan"

aishah zawani said...

err, gurau gurau meyh. skrg masih bercinta dengan buku2.

affan said...

come on laaaa.. AHAHAHA :D