Monday, June 24, 2013

FINAL EXAM is just around the corner


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terasa lama pulak aku tak update blog ni. Actually, dari 2 minggu lepas aku busy sangat-sangat. Sebab apa? Sebab ... selalunya 2 minggu sebelum final exam memang semua pelajar Universiti akan sibuk and stress nak submit semua assignment yang membukit. Masa tu laa nak submit individual and group assignment. Masa tu laa stress level memuncak to the max. Masa tu laa mental setiap pelajar dicabar sama ada boleh teruskan buat kerja ataupun meroyan sorang-sorang dalam bilik dan menangis.


Dalam 2 minggu ni, paling stress sekali bagi aku bila ada satu presentation ni terpaksa di-postpone sampai 3 kali. Rasanya bukan aku sorang yang stress. Semua orang pun stress. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi ... 3 kali! Dengan assignment lain nak kena submit lagi, boleh pulak nak postpone. Dah laa setiap hari ada presentation, tak pun hantar group assignment. YA ALLAH. Nasib baik mental kami masih kuat.


And.. And.. For the first time Ms F dengar aku cakap 'STRESS'. HAHA. Terima kasih dekat dia yang selama ni dengar luahan aku yang stress dengan assignment siang dan malam. HAHA. Bila aku ada problem mesti aku call dia. Tak pun text kalau dia busy. Bila dah call, stress tu makin kurang. Ibarat macam 'ubat penenang jiwa' orang kata. HAHA. Okay Affan, enough. Kontroversi makin bertambah ni. Oh ya, by the way ... Ms F dah habis final exam. Untung laa UMS cepat sikit daripada UiTM. Hmmmm..


Okay, rabu ni dah start dah final exam, sampai next week. Cool aite? So.. Wish me luck eh guys. Thank you and for those yang baru nak ambil final exam, good luck ya. Especially UiTM Students. Kalau dalam bahasa Perancis, kami cakap 'Bonne Chance'. MARI KITA STUDY!

Thanks for reading. Au revoir.

Sunday, June 16, 2013

program 'PANDU KERETA, CARI MAKANAN'


Cup baru Tutti Frutti
(Tutti Frutti near Wangsa Walk)



untuk entry kali ni, aku malas nak cakap panjang-panjang.
you all boleh tengok video ni dekat SINI.

or


Tuesday, June 11, 2013

nampak macam AWESOME. tapi ...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
What's up blogger! and hey! what's up SILENT READER. How was your day guys? AWESOME? Great. Syukur alhamdulillah. Well, who likes mondays? PLEASE TELL ME NOW. haha. Aku rasa ramai yang tak suka hari isnin. Confirm sesiapa pun kalau dengar hari isnin mesti rasa macam, "Wah! Kenapa cepat sangat hari isnin ni. Wahai waktu, sila berjalan laju sedikit sampai hari jumaat."




Okay, today was a hectic day for me. Nak tau kenapa? Aku ada class dari pagi sampai petang. Nampak macam AWESOME. tapi ... rasa macam nak tercabut segala sendi yang tegak berdiri. Masa kelas Ekonomi dah terbayang ada rama-rama terbang dalam kelas. Some part kelakar, some part macam boring sikit. After that, masuk kelas Marketing. Yeah, this class kan is one of my favourite class for this semester. Sebab lecturer ni kelakar sikit. And ... and ... dia suka melayan kerenah aku dalam class. Sebab aku suka bagi contoh sendiri. Haha. Thanks Encik Nor Shahrul Nizam.


How about my petang class? Okay, class petang ni memang buat kami semua kecut perut. Kami kena buat speech. Speech apa? Well, for this semester, kami diajar untuk buat speech sesuatu perasmian atau majlis. Ucapan setaraf dan dua taraf. Ucapan setaraf tu tak melibatkan Sultan dan kerabat sebagai perasmi, manakala ucapan dua taraf melibatkan Sultan dan kerabat sebagai perasmi. Nampak macam AWESOME. tapi ... jaga-jaga. Jangan buat banyak sangat kesalahan kalau tidak mahu mendengar ceramah free. Boleh berdesing telinga. Tapi, aku sayang lecturer aku tu. TEGAS. Alright, aku tak nak cerita lagi pasal ucapan dua taraf yang group kami kena buat. Biarlah cerita ni bersambung minggu depan.




Every week bila balik kelas je mesti kami akan singgah Medan Selera Seksyen 7. Dekat Jalan Plumbum tu. Bagi student UiTM Shah Alam mesti tahu punya area ni dekat mana. Kalau tak tahu, sila cucuk mata anda. Bila dah singgah kedai hujung sekali kat medan selera tu, mesti aku akan order roti canai. Minimum 2 keping. Nampak macam AWESOME. tapi ... berat badan naik sikit je. Bila laa aku nak join group boroi dalam kelas. HAHA. Ni kalau ada yang terbaca habis aku kena.


Bila balik rumah sewa je, aku terus turn on laptop and mulakan sesi online. Facebook and twitter. Saje nak update pasal si DIA. Walaupun DIA tak update apa-apa, cukup seronok bila tengok page dia. Tak kisahlah. Janji aku happy kan? Okay, bila dah sign in Facebook, terkesima pulak tengok Facebook Home aku. Keluar macam ni;


My lil sister punya pun ada ni.


Mesti korang pun tengok banyak kali kan gambar ni. And ... and ... maybe ada yang terkesima kejap tengok total friend request tu. Well, aku takdelah banyak sangat friend request macam kawan-kawan diploma aku yang hot-hot gitu. Nampak macam AWESOME. tapi ... aku tak tahu siapa yang add aku kat facebook ni. WEIRD.

p/s: For those yang nak add friend dekat facebook, mohon jasa baik kenalkan diri. Kalau tak kenalkan diri pun, sila tonjolkan diri anda itu siapa. Kawan ke, orang luar ke, blogger ke, PEMINAT ke. HAHA.

Thanks for reading, Au revoir.

Saturday, June 8, 2013

irama MENGGONCANG jiwa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera SEMUA.
Baru-baru ni kan, aku jatuh cinta dengan satu lagu Melayu. Well, kadang-kadang kita mesti support our local music kan. HEHE. Untuk jiwa aku yang macam orang tua ni, aku lagu suka lagu slow berbanding lagu rancak yang boleh buat jantung setiap orang macam nak tercabut. Okay, rasanya korang dah pernah dengar lagu Dwihati by Aizat Amdan and Yuna. Kalau tak pernah dengar pergi Youtube, and type Dwihati.





Well, aku suka lirik lagu tu. Macam artistik sikit liriknya. Nak tau part mana? Intro lagu pun dah artistik;

Dirimu bagaikan,
Sebuah lukisan,
Penuh warna penuh seni,
Tak layak aku miliki.

Serious aku kalau nyanyi asyik ulang part ni. HAHA. Sebabnya, kadang-kadang kan, bila kita betul-betul suka someone tu, kita akan rasa humble sikit. Ala-ala macam dialah terbaik untuk kita. Kadang-kadang rasa macam tak layak. Eh tepuk dada tanya diri sendiri laa.


Okay, actually aku pernah bagi lagu ni kat someone. Siapa? Eh buat tak tau pulak. Sudah gaharu cendana pula ... sudah makan sendawa pula. Bagi adik-adik yang masih bersekolah dan terbaca blog ni, jangan terpengaruh dengan ayat tadi tu. Tak betul. HAHA. Ada jugak kena marah dengan cikgu nanti.


Bila aku tanya Ms F, apa yang dia suka pasal lagu ni. Dia kata entah. Dia tak dengar sangat. Apa yang dia perasan, 'Robot'. Dengar macam tu, lagilah aku gelak. Aku rasa dia ni jenis suka robot laa. Dulu pun pernah cakap pasal robot. Takpelah, nanti Affan belikan Ms F robot eh. Yang masuk battery and ada suara tu, "Fire! Fire!" hahaha.

ROBOT

 ROBOT

Misai macam Aizat ni laa yang aku suka. Ala-ala French-man. HAHA.


So, bagi sesiapa yang tak pernah dengar lagu Dwihati ni, silakan dengar. Hayati lirik lagunya. Sebab salah satu keunikan lagu terletak pada lirik. Tahniah kepada penulis lirik, Anas Amdan.

p/s: Ms F mesti suka sangat lagu Arms by Christina Perri. Asyik tweet lagu tu je. HAHA.


Monday, June 3, 2013

kami SEMINGGU budak sekolah DUA MINGGU


Assalamualaikum HADIRIN dan HADIRAT sekalian.
Salam Sejahtera dan Salam Bangsa Malaysia.
Hello peeps! Dah seminggu aku cuti. Fuhh.. Tapi tak terasa  Well, as we all know yang UiTM baru habis cuti seminggu. Uni lain rasanya tak cuti, entahlah. Apa yang aku tau pelajar degree UiTM dapat cuti sempena Hari Wesak, Kaamatan and Gawai. So, kepada rakan-rakan yang meraikan salah satu perayaan tu, aku harap korang dapat beraya dengan penuh rasa gembira.


Okay, rasanya semua dah tau pasal Hari Wesak. Ke still ada yang tak tau pasal Hari Wesak? Baik mengaku cepat. Kalau tak tau sila gelengkan kepala anda kiri dan kanan. HAHA. Alright, for those yang tak tau, Hari Wesak merupakan hari perayaan dan hari terpenting bagi penganut agama Buddha. Negara kita hebat kan? Berbilang kaum dan agama. As long as kita respect each other tak jadi masalah duduk dalam negara yang warna-warni ni. I  Malaysia.


Gambar Hiasan


Alright, how about Hari Kaamatan? Siapa tahu? Kalau tahu raise your hand, atau dalam bahasa Melayu-nya angkat tangan! Eh kejap ... let me count first.

1 ...
2 ...
3 ... !!

Korang rasa ada tak yang betul-betul angkat tangan? HAHA. Tepuk dada kuat-kuat and tanya diri sakit ke tak. HEHE. Okay, Hari Kaamatan atau Pesta Menuai ni disambut di Sabah sejak dulu lagi. Pesta ni disambut oleh Kaum Kadazan-Dusun selepas selesai menuai padi. Well, aku tau pasal Hari Kaamatan ni pun sebab dulu aku dapat PLKN dekat Kota Belud, Sabah. Bagus jugak government bagi aku jauh-jauh. Dapat belajar and tahu pasal kaum lain, selain setiap malam rindu nak balik rumah sebab tak biasa. HAHA. Kalau nak tau lagi pasal Hari Kaamatan, boleh search kat web.


Gambar Hiasan


Macam mana dengan Hari Gawai pula? Rasanya semua orang dah serba tahu yang Hari Gawai disambut oleh kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Hari Gawai disambut bagi meraikan tamatnya musim menuai padi. Lebih kurang sama dengan Pesta Kaamatan. Dalam kelas aku ada dua orang yang celebrate Hari Gawai ni, Kak Lynn dengan Gerald. I hope both of you gembira balik Sarawak hari tu.


Gambar Hiasan


Okay, habis dah cerita pasal perayaan and hari menuai. Sekarang dah nak masuk sekolah balik. Assignments yang nak kena hantar minggu ni pun boleh tahan banyaknya. Buka mata, buka hati. Rajin Affan Rajin! So, nak wish selamat kembali ke sekolah wahai pelajar degree UiTM, terutamanya pelajar UiTM Shah Alam. Selamat berjumpa kembali dan berebut bas rapidKL pagi-pagi masa nak pergi kelas.


Ada kereta kenapa tak bawa pergi kelas? Soalan macam tu dah berbuih mulut nak jawab. Sebabnya, UiTM melarang pelajar bawa kereta. And... and... Aku tak ambil sticker kenderaan lagi kat pejabat Non-Resident (NR). HAHA.

Thanks for reading guys. Sekian, terima kasih. Merci beaucoup. Au revoir.
p/s: Jealous dengan budak sekolah sebab dorang dapat cuti dua minggu. Not fair! HAHA.