Saturday, June 8, 2013

irama MENGGONCANG jiwa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera SEMUA.
Baru-baru ni kan, aku jatuh cinta dengan satu lagu Melayu. Well, kadang-kadang kita mesti support our local music kan. HEHE. Untuk jiwa aku yang macam orang tua ni, aku lagu suka lagu slow berbanding lagu rancak yang boleh buat jantung setiap orang macam nak tercabut. Okay, rasanya korang dah pernah dengar lagu Dwihati by Aizat Amdan and Yuna. Kalau tak pernah dengar pergi Youtube, and type Dwihati.





Well, aku suka lirik lagu tu. Macam artistik sikit liriknya. Nak tau part mana? Intro lagu pun dah artistik;

Dirimu bagaikan,
Sebuah lukisan,
Penuh warna penuh seni,
Tak layak aku miliki.

Serious aku kalau nyanyi asyik ulang part ni. HAHA. Sebabnya, kadang-kadang kan, bila kita betul-betul suka someone tu, kita akan rasa humble sikit. Ala-ala macam dialah terbaik untuk kita. Kadang-kadang rasa macam tak layak. Eh tepuk dada tanya diri sendiri laa.


Okay, actually aku pernah bagi lagu ni kat someone. Siapa? Eh buat tak tau pulak. Sudah gaharu cendana pula ... sudah makan sendawa pula. Bagi adik-adik yang masih bersekolah dan terbaca blog ni, jangan terpengaruh dengan ayat tadi tu. Tak betul. HAHA. Ada jugak kena marah dengan cikgu nanti.


Bila aku tanya Ms F, apa yang dia suka pasal lagu ni. Dia kata entah. Dia tak dengar sangat. Apa yang dia perasan, 'Robot'. Dengar macam tu, lagilah aku gelak. Aku rasa dia ni jenis suka robot laa. Dulu pun pernah cakap pasal robot. Takpelah, nanti Affan belikan Ms F robot eh. Yang masuk battery and ada suara tu, "Fire! Fire!" hahaha.

ROBOT

 ROBOT

Misai macam Aizat ni laa yang aku suka. Ala-ala French-man. HAHA.


So, bagi sesiapa yang tak pernah dengar lagu Dwihati ni, silakan dengar. Hayati lirik lagunya. Sebab salah satu keunikan lagu terletak pada lirik. Tahniah kepada penulis lirik, Anas Amdan.

p/s: Ms F mesti suka sangat lagu Arms by Christina Perri. Asyik tweet lagu tu je. HAHA.


2 comments:

Pangeran Akram said...

Percepatkan "Istanbul Aku Datang". hahaha

affan said...

SABAR. jangan gelojoh. HAHA :D