Friday, March 16, 2012

Thursday, March 15, 2012

mulut orang bukan mulut aku


hello guys. apa yang kita buat hari hari dengan cara kita, itulah diri kita yang sebenar. pelik bila ada orang pertikaikan apa yang kita buat. kalau salah boleh laa kita terima sebagai teguran. tapi bila benda yang normal or just benda biasa pon orang nak cakap jugak tak faham apa masalahnya.

pakai baju ni nampak skema, pakai kemeja nampak buruk, rambut pendek nampak tak handsome, rambut wavy nampak tak cantik, 'gf/bf' kau 'lawa/handsome' tapi kau buruk. biarlah orang tu nak buat apa.

rasanya korang dah takde benda dah nak buat or nak cakap. sebab tu korang suka libatkan orang lain. or maybe korang rasa diri korang dah perfect. sangat sempurna. takde orang nilaikan korang sebab korang rasa diri korang bagus. bagus sampai tak pandang diri sendiri dekat cermin dulu.


kepada orang yang suka cakap pasal orang lain, pandang cermin. tengok diri sendiri. apa yang buruknya pasal diri korang. muhasabah diri, lepas tu betulkan. aku pon bukan baik sangat. tapi bila dah ada orang start cakap pasal aku, tiba tiba rasa tak senang la.

mulut tempayan boleh ditutup. mulut manusia? nak tutup guna apa? salotape? sekian terima kasih.


Saturday, March 10, 2012

kehidupan baru


LG2211B Boys

inilah classmate baru affan. dalam class kitorang bertujuh je. sikit kan? biasalah. lelaki makin pupus. sebab tu perempuan berebut-rebut nak tackle lelaki. eh ye ke? suka suka hati je buat fakta.

dalam class kitorang memang akan duduk sekali. yelah, takkan nak duduk dengan perempuan pulak. dah laa baru kenal. padahal sikit je yang affan ingat nama. hahaha. so, kitorang bermula 7 orang dan akan berakhir dengan 7 orang jugak. insyaAllah boleh kalau menyokong antara satu sama lain.

Thursday, March 8, 2012

sudah mula belajar. oh yeah!


AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM SHAH ALAM.
classmate sangat senyap kecuali geng geng lelaki. sebab kitorang ada 7 orang lelaki je dalam class. lagi 20 orang perempuan. mana laa agaknya kaum lelaki kat Malaysia ni. semua IPTA ramai perempuan. class baru start so agak awkward nak cakap dengan classmate. masih mencuba untuk hidup dekat rumah sewa. selalu duduk hostel je.

Sunday, February 26, 2012

hari minggu yang kosong


logo yang dibuat secara suka suki.
WOS = With One Soul
Group EST. (2007)

Wednesday, February 1, 2012

JANJI itu PROMISE


yeah, JANJI. ejaan dalam bahasa melayu dan PROMISE dalam bahasa inggeris. dalam hidup ni, mesti banyak benda yang kita dah buat per'janji'an. tak kiralah dengan diri sendiri, orang lain dan tuhan.


dalam hidup aku, dah macam macam janji dah aku buat. aku pernah berjanji dengan pak cik mak cik aku, selagi aku takde kereta aku takkan ada SPECIAL GIRLFRIEND. and now, dah ada kereta. tapi aku tak tau kenapa aku janji macam tu. maybe perempuan sekarang materialistik kot. entah laa.

kalau dah berjanji and bila orang tu mungkir janji mesti jadi macam macam. gaduh la. tak nak bertegur la. putus sahabat. break. dalam pepetah melayu pon ada sebut, KERBAU DIPEGANG PADA TALINYA, MANUSIA DIPEGANG PADA JANJINYA. pepatah tu je dah menunjukkan janji ni penting dan bukan senang senang nak cancel. sekian terima kasih.

Monday, January 16, 2012

tamadun yang hilang


manusia yang bertamadun majoritinya berfikiran rasional. tapi ada jugak yang mengaku atau menetap kat bandar termaju Malaysia, yakni KUALA LUMPUR, tingkah lakunya macam orang yang duduk kat dalam hutan. macam rusa masuk kampung.

inilah contoh perbuatan orang yang tidak bertamadun

punyalah besar tong sampah kat dalam toilet, ada jugak orang buang tisu dalam sinki. perbuatan yang sangat menjijikkan. kalau anda berfikiran rasional, sila jangan buat macam ni. sayangilah negara kita.