Wednesday, May 11, 2011

Affan's PLKN Story,


apa itu PLKN? PLKN tu Program Latihan Khidmat Negara. siapa pernah masuk PLKN? aku rasa ramai yang down bila tau dorang terpilih untuk masuk PLKN. sebab majoriti aku tanya kawan-kawan aku kat camp or kat sekolah semuanya tak nak pergi. termasuklah aku. hahaha. aku dipilih dengan jayanya untuk masuk program ni pada 18 Mac 2008 hingga 7 Jun 2008 (Kumpulan 2 Siri 5). time tu aku dah berhenti kerja kat KFC Setiawangsa. tengah syok-syok kerja kena berenti atas kerelaan hati.


pukul 3.40pagi (waktu Kuala Lumpur) aku dah bertolak dari rumah gi Stadium Bukit Jalil. aku rasa berat gila kaki nak keluar rumah. haish.. dah la aku dapat Kem Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah. jauh tu. aku gi Stadium Bukit Jalil dengan parents aku je. dah sign attendance, aku terus gerak gi kat bas. aku siap suruh parents aku balik awal lagi. takut kang aku sedih sebab confirm tiga bulan aku takkan jumpa dorang.


masuk je bas, aku rasa lain macam gila. sebab semua orang aku tak kenal ni. ade Melayu, Cina and India. rasa 1 Malaysia sangat2. haha. aku duduk la kat kerusi kosong. tiba2 ade la mamat India ni nak duduk sebelah aku. aku ok je. dia siap pasang lagu hip hop versi tamil. pergh.. sedap jugak. ala2 too phat. dia kata group hip hop Malaysia. tabik weh lagu dorang. aku kenal sorang je time tu. budak sekolah aku. Aen Fadhilah.


kitorang kena turun dekat LCCT. dengan bawak beg yang sarat dengan baju. pergh.. berat gila. mau patah jari aku nak usung sane sini. aku pon berat mulut nak tegur orang. al maklumlah aku ni jenis yang pendiam kalau aku duduk dengan orang yang tak kenal. yang paling dapat perhatian siapa lagi, si bado la. sebab rambut dia ade corak spider web. cool.


oh ya, time naik flight rasa best gila sebab tu first time aku naik flight. thank you Malaysia and Air Asia. haha. waktu nak gi Sabah aku rasa macam nak gi holiday. semua orang seronok je. senyum sampai telinga. paling best sekali bila kitorang sampai Kota Kinabalu (KK). semua orang dah hooraay! hooraay! seronok! jauh jugak dari KK nak sampai Kota Belud (KB). nak tidur rasa macam tak best sebab aku nak tengok macam mane rupa negeri di bawah bayu ni. dalam bas ade yang main gitar. menyanyi macam dah nak masuk Akademi Fantasia pulak. haha.


sejam setengah tak silap aku dari KK nak sampai KB. bila je dah ternampak signboard 'PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA, KEM SINAR JAYA', semua cakap benda yang same, 'wah.. ni ke kem dia?'. aku pulak dah rasa macam nak lari balik. sampai-sampai je terus daftar and kitorang dibahagikan 4 groups. Alpha, Bravo, Charlie and Delta. aku dapat group Charlie. dan macam Charlie Angels pulak rasa.


okay.. lepas amek baju PLKN semua and letak barang ade sikit taklimat kat Dewan Besar. sorry to all. at first, aku memang takde mood nak borak dengan wira or wirawati kat sana. sebab apa, sebab aku tak faham langsung apa yang korang cakap. aku ada tanya kawan sebelah katil aku. 'bro, kat mana tempat gosok baju?', lepas tu dia cakap kat dalam tandas. aku pergi la. eh.. takde pon. aku tanya la kawan dorm yang dalam toilet tu. kat mana tempat gosok baju. dorang tunjuk paip air. laa.. rupa-rupanya diorang ingat aku cakap nak basuh baju. padahal maksud aku nak 'iron or seterika baju'. hahaha. aku dah gelak sorang-sorang dah time tu.


kat sana kena botak. sampai turn aku je aku rasa macam nak menangis sebab ni lah first time aku botak. aku masuk je dalam toilet aku terus jerit 'tiiiiiidaaaaaaaakkk!!'. anuar dah gelak-gelak dah. dia boleh lah. dah biasa botak. aku mana pernah. ergh..





dari PLKN la aku belajar banyak benda and try berdikari sorang-sorang. mana taknya. aku datang sorang-sorang. aku buat benda sorang-sorang. semua sorang-sorang. bestfriend aku din dengan wawan. lepas tu baru aku boleh masuk dengan dullah, kimi, abai, anuar, hanif, jerry, alex, and semua yang dalam dorm. aku bukanlah orang yang famous sangat kat camp. aku dah boleh communicate dengan semua orang bila aku ringan-ringankan mulut nak tegur orang kat sana. banyak bahasa aku belajar. bahasa bajau, kadazan and macam-macam lagi.


jurulatih kat sana semua best2. ada yang kelakar. ada yang sporting habis. ada yang bercakap kadang-kadang aku tak faham. haha. aktiviti paling best hari minggu bagi semua wira ialah tengok cerita hindustan. hahaha. nak tido dah muak pulak. erm, setiap orang akan merasai berkawal malam. nama masing-masing akan naik kat papan kenyataan. so, semua akan tau. setiap company akan hantar wakil 2 orang untuk berkawal malam. aku siap kena 2 kali. tapi best. kalau pengawal malam berkawal, pagi tak payah gi latihan pagi. jogging, pumping and buat aktiviti pagi yang ala-ala boleh buat badan tough macam tentera. ade satu malam aku berkawal seram gila. ade satu dorm ni takde orang. aku orang yang paling belakang sekali berjalan. aku dengan kawan aku terdengar bunyi macam ada orang pulas tombol pintu. kitorang tengok and buat derk jelah. haha.


kat sana baju kena basuh sendiri. dah lah t-shirt PLKN tu dia bagi 2 pasang je. baju lain tak dibenarkan. so, pandai-pandai la arrange masa bila nak basuh baju-baju tu. kena basuh satu-satu. sebab tak boleh pakai baju biasa pergi dewan. nanti kena denda. yang paling best kena jemur tilam hari minggu. bagi tak bau and bersih sikit. satu dorm kena jaga kebersihan masing-masing. kalau tak bersih kena denda lagi. yang tu paling aku tak suka. sebab penat. suruh lari dari padang kawad, then tukar baju ikut arahan, then kena lari balik kat padang kawad. letih laa siol. dah la dorm aku paling jauh and belakang. ergh.. sakit buah pinggang aku nak lari. apa daa..


so, dari situ kitorang dah belajar pembahagian masa, kerjasama and kebersihan. kasut kena selalu kilat. cadar kena steam tak nak kendur-kendur, kasut kena susun. pergh.. sebijik macam drama dalam tv pasal askar. hahaha. makan kena basuh sendiri, nak makan kena beratur, apa makanan yang bagi tu korang kena makan. aku yang paling sedih bila dapat mee goreng. aku dah la tak boleh makan mee goreng. nanti aku muntah. nak tak nak terpaksa makan. kalau tak nanti aku lapar.


kat dewan pulak ada la satu kedai ni. aku suka kakak tu. sebab dia peramah. dia convert masuk Islam. so, comel tengok muka kakak tu pakai tudung. hehe. sampai sekarang aku tak boleh lupa macam mana kawasan dalam kem. setiap inci, setiap lekuk-lekuk tanah. kitorang ada jugak masuk hutan and menembak. masuk hutan buat khemah sendiri. masak sendiri. aku dengan wawan kongsi bekas. satu bekas masak nasi. satu bekas masak sardin. sedap.. tulah first time aku belajar masak nasi. haha. time wira-wira lain sibuk dok buat operasi burung hantu, aku dengan sedapnya tidur dalam khemah yang kitorang buat guna canvas. dah la tak bertutup, tak berlapik. pandai-pandai laa nak hidup. aku yang tak bolehnya kena gigit dengan nyamuk. allergic.


bila time cuti aku la antara insan yang berduka. sebab aku tak boleh balik KL. malas nak susahkan parents aku bank in duit nak balik KL kejap. dah la seminggu je pun. baik tak payah. yang bestnya.. siapa duduk dalam camp dapat gi jalan. Muzium Sabah, Zoo and banyak lagi. time malam la best sebab tak ramai orang dalam camp. makan sedap. tido sedap. tak bising. aktiviti takde. hahaha. dah duduk ramai-ranai mana ada yang tak bergaduh ye tak. aku pernah ala-ala nak bergaduh dengan satu group ni. entah dorang tak puas hati apa dengan aku pun aku tak tau. tapi aku malas nak ambil port. biar jelah. janji dorang happy.


at the end of the day, orang yang nak bergaduh dengan aku tu menangis bila nak tamat latihan. siap peluk aku lagi. lu terbaik bro. haha. kat sana aku kenal ramai orang bila mulut aku dah ringan sangat nak tegur orang. aku kenal amicrona, bibie, alo, and ramai lagi la. aku baik gila dengan sorang budak sabah ni. nama dia berron. tapi sekarang dah lost contact. haish.. handphone pulak kena serah kat office. hari minggu je boleh guna. pukul 5 petang sabtu ambil phone kat office, then kena pulang balik 5 petang ahad. satu hari je boleh guna. dah lah nak berebut plug lagi nak charge phone. dalam dorm ade 2 plug je. so terpaksa la duduk dalam toilet nak charge. tu pon berebut.




aku sedih gila bila kawan yang aku anggap special time tu, AMICRONA, nak keluar camp sebab dapat tawaran belajar. separuh jiwa aku dah pergi time tu. dah lah lagi sebulan nak habis. kenapa la dia pergi awal sangat. tapi takpe. hidup mesti diteruskan. aku start rapat dengan dia time kelas kenegaraan. aku suka tengok dia. cute. hehe. kitorang jadi partner waktu bercakap bahasa asing. masa dalam class.


dari sekuat-kuat lelaki aku kenal sampai la selembut-lembut lelaki, Suki. kau best lah suki. walaupon ramai orang pandang slack kat kau waktu kau masuk. tapi kau boleh buat orang tabik and kenal kau dalam masa yang singkat. salute! KENANGAN PALING MANIS ialah company CHARLIE dinobatkan JUARA kawad kaki kategori wira Kem Sinar Jaya. and paling best bila company CHARLIE menang dan JUARA keseluruhan. thanks guys. we did it!


malam terakhir kat camp ialah malam dan pagi yang sangat hiba. mana tak nya. nak tinggalkan tempat yang dah korang duduk selama 3 bulan. aku rindu kawan-kawan sabah aku. aku rindu tempat tu. aku rindu semuanya. malam tu semua orang tak tidur. siapa tidur kena conteng dengan marker pen. aku ingat lagi. siapa ntah tidur kena conteng. hahaha. best malam tu. kat dewan besar semua komanden camp siap karaoke lagi. semua menari-menari. nyanyi lagu yang satu ayat pun aku tak faham. tapi bestlah. hehe. pagi nak keluar camp je, semua rasa sedih sangat. yang gangster menangis, yang nampak tough menangis. semua menangis. aku pon menangis sekali walau aku ni susah nak menangis. salam jurulatih, kawan-kawan and bestfriend.


sampai je kat Airport Kota Kinabalu, kitorang bersorak. bila jurulatih sebut 'PERHATIAN!!', kitorang akan balas 'KHIDMAT NEGARA!!'. benda tu dah diajar sejak masuk lagi. kata-kata semangat untuk wira and wirawati. kitorang diajar sekali lagu rasmi PLKN and lagu negeri SABAH. sampai je kat LCCT, aku dah rasa seronok. Kuala Lumpur.. i'm BACK! yiiihaaa..


kitorang naik bas sampai Stadium Bukit Jalil and ikut parents masing-masing. kesian anuar takde transport nak balik. so aku pakat dengan dia balik je dengan aku. aku suruh mama hantar sampai rumah dia. kau bestfriend aku terhebat anuar. haha. aku teringat time kau kena rasuk tu. seram bro. tapi aku buat derk je. sebab abang kau si anep kan ade. hahaha. paling best time kita semua lepak kat padang kawad. lepak kat stage. main volleyball. main bola. gi sembahyang jumaat kat masjid luar camp. pergh.. SEMUANYA KENANGAN.

6 comments:

my sweet azza said...

waaaa~ cite lame ni..heheh~
teringat plk aku kat camp aku..huhu~
best kan time kat PLKN.. :)

affan said...

hahaha. kan.. aku teringat pasal ni semalam. so dengan kegigihan aku post la. hahaha. :D

my sweet azza said...

heheh~ dasyat kau..

nabill_90 said...

best..koe memang ingat semua kan rez..budak comell tue :D

nabill_90 said...

the best moment..hehehehe..aku xlupa juga rez..rez memang budak cumill kat PLKN , botak :D

affan said...

reez comel ke?
macam tak je nabill. HAHA :D