Saturday, May 28, 2011

kita, lesen dan kehidupan


LESEN. aku rasa semua orang tau pasal lesen. kalau lesen motosikal dah boleh amek time form4. and lesen kereta dah boleh amek time form 5. aku pulak lambat amek lesen dari kawan-kawan lain sebab birthday aku hujung tahun, bulan december. so, tengok jelah kawan-kawan tayang lesen masing-masing depan mata. haish.. ruginya orang yang lahir hujung tahun ni. -.-


Affan's 'L' and 'P' Driving License


first skali aku amek lesen motor. actually mama tak bagi aku amek lesen motor. sebab bahaya bawak motor ni. kalau jatuh ke senang patah tangan la, bahu la, kaki la. tu belum lagi masuk yang extreme punya. ayah pulak menyokong dengan penuh kepastian aku amek lesen motor. sebabnya senang sikit kalau ada emergency ke apa ke. lagi pun aku lelaki. so, lelaki dengan motor kan tak boleh dipisahkan. ayah kata kalau ada banyak lesen lagi bagus. sebab senang kalau ada apa-apa emergency.


aku tak dibenarkan langsung bawak motor selagi takde lesen. sama jugak dengan kereta. tapi yang aku peliknya. budak-budak zaman sekarang ni dengan selambanya tanpa mengira segan dan silu bawak motor tanpa lesen yang sah. dah la bawak motor takde lesen, tak pakai helmet pulak tu. dorang rasa kepala, badan, tangan dengan kaki dorang keras kot. kalau jatuh motor takde apa-apa. takpun dorang rasa pemakaian helmet terlampau panas kat Malaysia ni. takpe adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, dan lain-lain. satu hari saya akan buat satu helmet yang ada air-cond kat dalam tu. kan sejuk. ye tak? lepas tu sorang-sorang kulit kepala kering sebab ada air-cond dalam helmet.


first time bawak motor rasa menggelabah semacam. tapi buat cool jelah. sebab buat apa nak takut. selagi ada rasa takut selagi tu aku takkan maju and terror bawak motor macam orang lain. aku bawak motor pun dekat-dekat je. tak jauh pun. sebab mama and ayah tak bagi bawak jauh-jauh. bahaya katanya. lepas amek lesen motor, aku amek pulak lesen kereta. first time pegang stering memang menggeletar jugak. belajar pasal clutch. pasal gear. semua benda la senang.


aku amek lesen kereta atas duit sendiri. malas nak menyusahkan mama aku. murah je sebab aku dah ada lesen P motor. memang gugup jugak and heartbeat aku dah laju semacam. macam F1 pun ade. belajar la sampai test JPJ semua. akhirnya lulus jugak. "dah lulus and dapat lesen jangan ingat boleh nak terus bawak kereta", itulah kata-kata mama aku. aku ingatkan bila dapat lesen excited lah boleh bawak kereta. hmm...


Affan's Competent Driving License


dah lama-lama aku ada lesen barulah aku boleh dapat kereta. and kereta tu sekarang di bawah penjagaan aku. memandangkan aku sorang yang ade lesen dalam adik beradik aku (sekarang dorang tengah amek lesen kereta). kereta PERODUA KEMBARA tu sangatlah aku sayang. mana tak nya. macam-macam kenangan aku dengan kereta tu. gi UiTM kat Shah Alam. bawak gi shooting. bawak kawan-kawan lepak mamak. bawak gi UM kat Bangsar and macam-macam lagi. pergi mana semua dengan kereta tulah. sampai aku bawak motor pon kadang-kadang dah kekok. sorry YAHAMA 135LC. sebab ayah selalu guna kau so aku terpaksa guna KEMBARA.


my sweetheart #2


ayah cakap kalau bawak kereta mata kena tengok jauh ke depan. jangan just tengok view depan kereta je. mata kena alert dengan signboard and traffic light. mata kena alert dengan side mirror yang ada dalam kereta. dah macam cerita snow white pulak. -.- janji kena sentiasa alert la. kalau tak.. tu yang jadi accident kat mane-mane tu. tengok la berita or suratkhabar sekarang. kan banyak accident sane sini. tak tau lah ape masalah dorang sampai boleh accident.


kalau signboard macam ni aku pun pening


Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah accident. jatuh motor tu adelah. tu pun kawan aku yang bawak. time kat bumper dia break and press throttle agak kuat sebab nak naik bukit. aku pun tak sangka dia nak press macam tu dah tercampak kat belakang motor. nasib baik aku sempat mengiring. kalau tak habislah kepala aku. benjol-benjol. dia ingat file aku jatuh. lepas tu aku tunjuk yang tangan dah koyak, lengan baju dah carik. tak sakit time tu sebab aku ni orang yang jenis tahan sakit. dah lah jatuh depan sekolah. nasib baik time tu tak ramai orang. so yang nampak classmate aku je. haha.


kepada yang suka bawak laju-laju kat luar sana, tolong la bawak slow sikit ikut limit yang kerajaan dah tetapkan. laju-laju nak gi mana? sampai jugak kan destinasi korang. daripada ke destinasi alam barzakh. kepada yang suka buat zig-zag, silalah memandu dengan cara yang betul. sebab korang, ade jugak orang lain jadi mangsa. macam mana korang nak minta maaf dengan orang tu kalau orang tu dah takde kat dunia ni? kepada yang suka bukak lampu high-beam time malam, silalah rendahkan lampu korang. aku tau, tak semua boleh beli sportlight mahal macam kau.


kepada yang suka 'speed' time lampu kuning, get ready la nak berenti. just agak-agak je kelajuan korang dengan time traffic light tu. kepada yang suka potong queue kat highway or jalan raya, silalah ikut line korang ye. semua orang memang tak suka nak beratur lama-lama kat highway ni. aku tau. lagi-lagi bila time cuti raya. pergh. macam anak kambing sekor-sekor. masing-masing nak mencelah masuk kiri. tempat emergency.

lampu kuning tanda apa? teruskan pecutan ke?
tak kan. so bersedialah untuk berhenti.


kepada yang baru nak bawak kereta or baru dapat lesen kereta, janganlah bawak macam orang yang dah PRO. kalau dah rasa diri tu layak nak lekat sticker P lekatlah. tak salah pon kalau korang lekat. at least orang tau korang noob, or beginner. tak kena saman dengan polis or JPJ. kan lagi best. takkan sebab nak rasa handsome or korang rasa 'ala, tak best la pasang. ala, apa ada hal kalau tak lekat. ala, aku tak nak orang takut bila aku lekat sticker P.' itu adalah statement yang salah wahai saudara dan saudari sekalian.


aku sangat-sangat risau dengan siblings aku yang tengah amek lesen sekarang ni. for your info my sister and little sister, jangan harap lepas korang dapat lesen aku akan bagi korang drive kembara. korang kena bawak dulu dengan ayah macam aku mula-mula dulu. barulah korang boleh drive lepas ayah puas hati dengan cara korang bawak kereta. bukan macam penyamun or macam noob sangat.


so, apa-apa pun janganlah menyusahkan orang lain bila korang memandu atau menunggang. janganlah buat orang menyumpah seranah dengan korang. dan paling penting sekali jangan lah buat orang lain tak dapat jumpa family dorang disebabkan salah korang. sekian terima kasih.

2 comments:

farah.razali said...

cewaaaahhh cantik header bangg ! haha. aku yg ada lesen ni pun tak start bwk keta sebab ayah aku keta manual. kalau keta auto bolehlah, takde lah nak gagap2 tukar clutch bagai. haishhh, hahaha. about perempuan drive tu, aku setuju. ceyceyceyyy~ haha, takde lah sebab aku tgk mak aku drive, aku yg seriau. hahaha.

LARA ZIZIE said...

Garang betollah hang! he3..=p