Thursday, May 9, 2013

Pilihan Raya Umum 13 (PRU13)


Assalamualaikum HADIRIN dan HADIRAT sekalian.
Sorry ya blog ni kekadang hidup kekadang nyawa-nyawa ikan. Banyak assignment dengan kerja nak kena buat. So, blog dah macam tak terlayan sangat. Kat sini aku just nak share pasal PRU13 atau General Election 13 (GE13). Seperti mana yang kita semua tau, PRU13 berlangsung pada 5 Mei 2013. Dan kemenangan berpihak kepada parti Barisan Nasional. Aku tak nak bukak debate club kat sini. So parti mana yang korang support tu, simpan dalam hati jelah. Aku tak nak timbul isu politik semasa kat sini.


Untuk entry kali ni, aku nak share gambar je dengan korang. Cerita-cerita takde. Nanti laa aku bukak cerita dekat korang. Ada banyak cerita sebenarnya. TUNGGU... hehehe. Hidup ni kan, bila kita ceria mesti ada benda kelakar yang jadi kat sekeliling kita. Buat apa nak bersedih, asyik sentap bila kena bahan, cepat marah. Eh relax laa adik abang kakak semua. Hidup ni cuma sekejap je. Tak lama mana pun. Jadi, kita kena rasa bahagia dan ceria. Itukan lebih elok.


Alright, masuk balik cerita PRU13. Untuk PRU13, ni first time aku keluar pergi vote. Orang kata nak jadi warganegara yang bertanggungjawab. So masuk je umur aku 21 tahun, aku terus daftar kat SPR. Semangat sangat nak mengundi. So, kat sini aku nak share gambar je. Jangan tengok lama-lama gambar aku. Nanti terpesona or tergoda habis aku. HAHA.


Kiri: Ni masa aku beratur dengan kakak aku and kawan dia.
Kanan: Orang SPR tu letak banyak ink kat jari. 


 Kiri: Muka kekonon puas dapat mengundi.
Kanan: Dengan Kak Mira yang tinggi secara tiba-tiba.


This is my sister, Maria.
Dia pun first time pergi vote.


TAMAT sudah untuk entry kali ni. Sekian terima kasih.Merci beaucoup a tous. Au revoir.

No comments: