Friday, September 6, 2013

budak LELAKI dan Mainan Episod 2


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Jumaat.
Hi guys! Macam entry yang sebelum ni, aku dah pernah cerita pasal budak Lelaki dan Mainan. So tak perlu laa nak cerita panjang lebar lagi. Untuk entry kali ni, aku nak share dengan you all pasal Eiffel Tower. Rasanya kebanyakan orang dah tau pasal Eiffel Tower. Kalau tak tau, boleh search kat internet and baca. Eiffel Tower ni ada dekat Paris, Perancis. Kalau kat Perancis, dorang panggil 'La Tour Eiffel'.


Actually, aku minat sangat nak pergi Paris. Teringin nak tengok menara tu macam mana, suasana kat sana macam mana. Sebab tu dekat Universiti aku ambil French Language as Third Language. Minat punya pasal. Bahasa Perancis ni ada perkataannya lebih kurang dengan Bahasa Inggeris. So, senang nak faham berbanding Mandarin.


Alhamdulillah, selama 2 semester yang wajib ambil third language ni, aku dapat A untuk French Language. Bukan nak berlagak ke apa. Aku yakin orang lain yang ambil French Language pun boleh dapat A macam aku juga. Usaha kuat sikit. InsyaAllah sem kali ni boleh dapat A lagi, 'kalau' usaha kuat.


Alright, disebabkan minat dengan Eiffel Tower ni, aku ada beli wooden toy dekat bookstore masa awal sem lepas. Sekarang ni baru nak buat. HAHA. Busy punya pasal. Dah stop laa typing, malas pulak nak type ni. Meh kita tengok macam mana aku buat Eiffel Tower.

Eiffel Tower masa tahun 1887-1889

Maka, jadilah ia; Eiffel Tower. Made by Affan.

Oh ya, mama ada suruh buat menara lain pula. Aku cakap tunggu bila aku dapat cari menara kayu lain, and yang paling penting ... kena betul betul free masa tu. Nak buat menara kayu ni macam memancing. Perlukan kesabaran yang tinggi. Kena fokus. Yang susahnya nak buat menara ni, takde instruction. Pepandai kome laa fikir macam mana nak buat. HAHA.

Rasanya ramai juga yang suka dengan Eiffel Tower ni. Kan?
Kalau tak suka pun tak mengapa. Tak paksa. Janji you all happy.
Thanks for reading guys. Au revoir.

2 comments:

farah.razali said...

mainan zaman dulu2. kau beli mana? bookstore kat jusco ke apa?

affan said...

takde kat jusco. bookstore kat shah alam. sebok nak beli. ahhhh takde takde. HAHA.