Sunday, August 18, 2013

budak LELAKI dan Mainan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hi guys! Untuk entry kali ni aku nak cerita pasal budak lelaki dan mainan. As we all know lah kan, budak lelaki dan mainan tak boleh dipisahkan. Tak percaya cuba tengok adik kita yang kecik lagi tu. Bila berjalan mana-mana mesti nak beli mainan. Kalau takde adik, tengok adik sedara. Kalau takde jugak, pergi rumah jiran korang. Gigih sikit cari budak lelaki sampai dapat. HAHA.


Apa yang pernah aku dengar, budak-budak yang main mainan ni akan ada imaginasi yang tinggi berbanding budak yang duduk senyap je dekat satu sudut. Tak percaya, cuba korang kaji sikit budak-budak ni. Oh ya, patut laa imaginasi aku tinggi, banyak main permainan masa kecik dulu. Ada laa someone tu cakap aku ni imaginasi tinggi. Suka daydream katanya. HAHA.


Alright, dua hari lepas aku pergi Jusco AEON AU2 dengan Kacang. Actually kitorang nak pergi Kg. Baru, pergi makan ais kepal. Tapi tutup pulak kedai tu. Owner kedai masih beraya. HAHA. Then kami pergi laa Old Town dekat Jusco. Saje nak minum-minum. Dah takde tempat lain terasa nak pergi. You all nak tau Kacang tu mana satu orangnya?


ya, inilah dia makhluk tuhan yang bernama Sharul Nizam
atau lebih dikenali sebagai Kacang.
p/s: he's still single. PM me if you're interested.


Alright, dah lepas minum-minum, cerita panjang berjela sampai keluar nama orang tu, macam dah jadi topik utama perbualan setiap masa, kami pun masuk dalam Jusco nak tengok apa yang menarik. Tengok-tengok ada orang jual toys. Yang paling menarik ada mainan yang kena pasang macam LEGO tu. Masa aku tengok tu dah macam hilang pedoman sikit. Terasa nak beli semua je. You all boleh tengok muka excited aku.


Cuba tengok akak sebelah tu tergelak dengar aku bercakap.

2 orang promoter kat tempat ni best.
Boleh pulak layan kerenah aku. Nasib laa. HAHA.


Aku pun beli laa 3 model Avengers. Tapi yang best model ni kena pasang sendiri. Bukan dah siap pasang. Haa.. lagi laa aku suka. Bila dah tengah malam baru aku pasang. Nak cari ketenangan orang kata. HAHA. Maka, siaplah tengah malam tu jugak. Mesti you all nak tengok kan. Okay, nikmatilah gambar keriangan berganda kat bawah ni.



Captain 'A' : Captain Affan


Ironman


Incredible Hulk


MAKA ... JADILAH MEREKA ...


The Avengers


Cantik kan? HAHA. Tunggu laa nanti aku nak kumpul lagi. Tak rugi pun beli. Satu hari nanti kalau ada anak, merasa jugak laa dorang ada mainan. InsyaAllah kalau ada rezeki ye dak? Kalau orang lelaki beli mainan, jangan cakap mereka masih ada sifat kebudak-budakan. Sebab, ada di antara mereka yang suka buat koleksi sebagai minat atau hobi. Kalau sesiapa yang belajar psychology, mesti tau yang kehidupan kita sebagai manusia akan ada sifat kebudak-budakan sampai kita tua atau akhir hayat.

Oh ya, you all ingat lagi pasal Ms F?
Dia pun suka jugak robot-robot ni. Nanti laa belikan dia satu.
Mesti dia suka. HAHA.
Thanks for reading guys. Au revoir.

No comments: