Sunday, January 8, 2012

ini salah, itu salah.


Benda kecik bila dah jadi pelik boleh jadi besar. Sama jugak macam hal yang kitorang gelak sampai guling-guling dalam fitting room Tropicana Life. Bagi pendapat korang, apa yang kita patut panggil benda ni?

A : Tin Mister Potato
B : Bekas Mister Potato
C : Balang Mister Potato
D : Kesemua di atas

Mister Potato bukanlah penaja blog ini.
terima kasih daun bawang, blog ini sudah bersawang.

Saturday, January 7, 2012

budak-budak tak pandai menipu


DISAAT 4 JEJAKA DUDUK DI DALAM SEBUAH BUTIK,
SEORANG BUDAK LELAKI MENJADI PENGADIL,
TENTANG SIAPAKAH STAFF PALING HANDSOME DALAM BUTIK ITU.

affan : adik.. abang ni handsome tak? (tunjuk ke Nizam)
BUDAK LELAKI : tak nampak muka laa bang.
affan : (paksa Nizam menoleh) haa.. handsome tak abang ni?
BUDAK LELAKI : TAK. (Gelak ramai-ramai)

affan : abang ni dik? (tunjuk ke Naim)
BUDAK LELAKI : LANGSUNG. (Gelak ramai-ramai)
affan : abang handsome? (tunjuk diri sendiri)
BUDAK LELAKI : BOLEHLAH. (affan sedikit bangga, gelak lagi)

affan : abang ni pulak dik? (tunjuk ke Ikal)
BUDAK LELAKI : BOLEHLAH SIKIT. (Gelak lagi ramai-ramai)

so, budak-budak memang tak pandai menipu.
nasib tak bagi gula-gula tadi. kalau tak entah apa dia comment pasal aku.

STAFF:

Nizam

Naim

Affan

Ikal

Tahun Selepas 2011


bermulanya tahun baru. perasaan macam rojak. best ke tahun ni. ke 2011 lagi best. boleh ke aku happy macam 2011? apa yang aku kena buat tahun ni. yeah.. semua dah main dalam kepala. slow slow pancing bak kata orang. kalau terus tarik joran memang la berangin. ikan takde.

permulaan yang cantik untuk tahun 2012. WOS kembali bersatu setelah sekian lama tak lepak and enjoy ramai ramai. thanks guys! rasanya semua orang excited nak celebrate NEW YEAR EVE kan? dah masuk pukul 12 semua jerit, HAPPY NEW YEAR! tak tau apa yang nak di raikan sebenarnya. haha. umur makin meningkat. muka je macam budak sekolah. untuk semua BLOGGER, HAPPY NEW YEAR and GOOD LUCK untuk semua. kita boleh merealisasikan impian masing masing tahun ni.


burn it! wohooo..

dia kawan kecil saya




couple of the day

WOS + close friends



affan, 2012

Sunday, December 25, 2011

Monday, November 28, 2011

si budak comel

Nur Adriana Sofea
6 Tahun

yana, 2010

yana, 2011

bagai irama dan lagu


toilet adalah tempat yang memerlukan ketenangan kepada manusia yang tengah dilamun rasa nak MEMBUANG HAJAT. cuba bayangkan kalau korang kat shopping mall, korang masuk toilet, time nak membuang hajat tiba-tiba ada budak try nak intai korang ikut bawah pintu. rasa macam nak bagi kaki je kan? bukan rekaan cerita tapi ada sorang kawan affan yang cerita pasal ni.

bagai irama dan lagu, kita akan dengar banyak kali bunyi air bila duduk dalam toilet kat shopping mall. bunyi flush, bunyi air kat sink, bunyi-bunyian orang cirit birit. okay STOP! dah mula rasa loya tekak.

pernah tak dalam hati diri sendiri yang kurang cerdik dan masih banyak yang kena belajar ni, terfikir kenapa shopping mall pasang radio kat toilet? siap ada lagu macam-macam lagi. old school ada, newest song ada.

seronok betul kalau ada macam ni. haha.

hebat betul dalam toilet pon still boleh dengar lagu. tak perlu nak feeling sorang-sorang bawak MP3 dalam pocket seluar then dengar time nak membuang secara duduk or cangkung. macam laa orang sebelah tak dengar lagu apa yang korang nyanyi pelan-pelan tu.

tapi rasanya ada sebab kenapa kat shopping mall dorang letak radio. antara sebab-sebabnya :

1) nak memeriahkan or menceriakan environment dalam toilet

2) nak promote lagu baru artis tempatan or antarabangsa

3) kalau ada manusia cirit birit kurang laa sikit bunyi ciritnya

4) cuba untuk melahirkan lebih ramai penyanyi yang berbakat di negara kita melalui bakat terpendam yang diluahkan di dalam toilet

5) beri kepuasan kepada mat bangla or minah indon untuk berkerja sambil bukak lagu penyanyi negara dorang.

hebat shopping mall negara kita. sangat kreatif. so, bila dengar je ada lagu kat dalam toilet, jangan ingat benda lain dah. ingat apa? INGAT AFFAN! sekian terima kasih.

Friday, November 18, 2011

Affan's Convocation


Convocation : Session 10
Date : 27th October 2011
Time : 7.30am
Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam