Tuesday, March 20, 2012

ke-KAKI-an


hari dalam sejarah affan menghiburkan diri bersama classmate nya. secara teknikalnya aku di ajak oleh Kak Lynn untuk join misi mencari bahan rujukan kat UKM, Bangi.


jarak di antara UiTM dengan UKM sangatlah jauh. lebih daripada sekangkang mahupun dua kangkang kera. maka kami beramai ramai naik public transport untuk meneruskan usaha murni.


alangkah malangnya, kawan kawan terpaksa melihat telatah aku dengan rakan yang lain membuat lawak yang sukar difahami oleh segala lapisan masyarakat. kami tidak dipandang serong tetapi dipandang dengan mata yang bulat oleh semua orang.


ya, KAMI KECOH. tapi takde signboard yang dilekat "Jangan Bising", jadi kami tak patut dipandang sedemikian. maaf ya warga KTM.


kami bebas mengkecohkan diri kerana tiada signboard ini ya kawan kawan


satu keindahan ialah library kat UKM. memang tabik laa. BESAR GILA. COMFORT. semua laa. terima kasih UKM kerana mempunyai bahan rujukan mengenai Bahasa dan Linguistik (Language and Linguistics).


library UKM juga mempunyai nama tersendiri iaitu Perpustakaan Tun Seri Lanang (Perpustakaan yang Terbesar di Asia Tenggara). cuma yang jadi susah sikit dekat sana sebab nak kena tunggu bas, lama. redha jelah nak buat macam mana.



terima kasih diatas layanan baik oleh pihak UKM


masuk KTM je macam macam bau kita boleh hidu. bau ketiak. bau perfume entah jenis apa pun tak tau. bau stokin busuk pun kadang kadang termasuk jugak dalam lubang hidung yang dah sedia mampat. oh tidak. aku tak sanggup kalau nak kena duduk dalam KTM lagi 10 minit. rasa loya semacam tekak.


dengan maskulin nya mendedahkan air perahan ketiak


kepada sesiapa yang selalu naik KTM tu, cuba bau ketiak dan baju masing masing. kalau bau boleh buat kambing surrender pakai laa deodorant dengan perfume. kalau rasa bau perfume anda buat orang jauhkan diri, sila laa tukar. mungkin tak sesuai untuk semua golongan masyarakat. sekian untuk berita semalam.

Saturday, March 17, 2012

dunia sabtu-ku


HARI SABTU.. errr.. boleh kata hari bosan aku kat Shah Alam ni. tak tau nak buat apa. cuba bagi suggestion apa yang best kat Shah Alam? nothing. itulah adat sebagai pelajar. bosan dah jadi asam garam kehidupan.


kat sini aku nak share pasal hari sabtu. dulu masa aku kecik cenonet, aku suka Hari Sabtu. sebabnya hari cuti bagi semua yang bersekolah. rasa heaven gila. dah la hari sabtu tu ada cerita Dragon Ball pukul 9.30am and ada Mighty Morphin Power Rangers pukul 7pm.


bila lepas balik main basikal or main bola, cepat cepat terus mandi and mengadap depan tv nak tengok Power Rangers. padahal cerita dia same je. last sekali Power Rangers menang.




bila dah besar sikit, hari sabtu activity aku apa lagi. keluar dengan girlfriend. lepak dengan kawan tengok bola. enjoy sana. enjoy sini. main bowling. lama lama benda ni buat kita rasa masa laju sangat berjalan. rasa seronok macam masa kecik cenonet dah takde.


dah besar nak fikir apa lagi, masa depan la. salah langkah terumbang ambing. masa kecik dulu ingat main je. isnin sampai jumaat sekolah. dah takde nak fikir buat assignment ke apa.


bila hari sabtu je mesti aku rasa HOMESICK. sebab duduk Shah Alam tak tau nak buat apa. kalau duduk kat rtumah at least boleh keluar pergi Wangsa Walk, Jusco Wangsa Maju, KLCC, Pavilion, BB or lepak mana mana je. kat sini terus blur nak buat apa. terima kasih kerana membaca.

Friday, March 16, 2012

Thursday, March 15, 2012

mulut orang bukan mulut aku


hello guys. apa yang kita buat hari hari dengan cara kita, itulah diri kita yang sebenar. pelik bila ada orang pertikaikan apa yang kita buat. kalau salah boleh laa kita terima sebagai teguran. tapi bila benda yang normal or just benda biasa pon orang nak cakap jugak tak faham apa masalahnya.

pakai baju ni nampak skema, pakai kemeja nampak buruk, rambut pendek nampak tak handsome, rambut wavy nampak tak cantik, 'gf/bf' kau 'lawa/handsome' tapi kau buruk. biarlah orang tu nak buat apa.

rasanya korang dah takde benda dah nak buat or nak cakap. sebab tu korang suka libatkan orang lain. or maybe korang rasa diri korang dah perfect. sangat sempurna. takde orang nilaikan korang sebab korang rasa diri korang bagus. bagus sampai tak pandang diri sendiri dekat cermin dulu.


kepada orang yang suka cakap pasal orang lain, pandang cermin. tengok diri sendiri. apa yang buruknya pasal diri korang. muhasabah diri, lepas tu betulkan. aku pon bukan baik sangat. tapi bila dah ada orang start cakap pasal aku, tiba tiba rasa tak senang la.

mulut tempayan boleh ditutup. mulut manusia? nak tutup guna apa? salotape? sekian terima kasih.


Saturday, March 10, 2012

kehidupan baru


LG2211B Boys

inilah classmate baru affan. dalam class kitorang bertujuh je. sikit kan? biasalah. lelaki makin pupus. sebab tu perempuan berebut-rebut nak tackle lelaki. eh ye ke? suka suka hati je buat fakta.

dalam class kitorang memang akan duduk sekali. yelah, takkan nak duduk dengan perempuan pulak. dah laa baru kenal. padahal sikit je yang affan ingat nama. hahaha. so, kitorang bermula 7 orang dan akan berakhir dengan 7 orang jugak. insyaAllah boleh kalau menyokong antara satu sama lain.

Thursday, March 8, 2012

sudah mula belajar. oh yeah!


AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM SHAH ALAM.
classmate sangat senyap kecuali geng geng lelaki. sebab kitorang ada 7 orang lelaki je dalam class. lagi 20 orang perempuan. mana laa agaknya kaum lelaki kat Malaysia ni. semua IPTA ramai perempuan. class baru start so agak awkward nak cakap dengan classmate. masih mencuba untuk hidup dekat rumah sewa. selalu duduk hostel je.

Sunday, February 26, 2012

hari minggu yang kosong


logo yang dibuat secara suka suki.
WOS = With One Soul
Group EST. (2007)