Thursday, May 27, 2010

enjoy cuti sem

sedar tak sedar dah sebulan lebih aku cuti sem. banyak benda dah aku buat time cuti ni. maen futsal. bowling. jalan2. maen PES 2010. lepak kedai. tido panjang kat umah. macam2 ar. aku macam tak terasa nak masuk sem blek. macam nak cuti tros je. habeskan boreh. haha.

pada pagi (actually petang eh) yg mulia ini, tengah sedap2 tido, tetiba dengan rancaknya henfon ku berbunyi. kang kalau tak jawab lak, trauma bila dengar lagu 'semalam i call u, u tak answer'. haha. dengan nada yang sumbang dan memecahkan keheningan petang, aku amek jawab cepat2 sebelum henfon tu melayang kat bawah katil. tengok nama, si fareez yang call. ajak kuar. dengan sepantas kilat aku bersiap macam pompuan. petang ni aie x ikot skali coz dia pon tengah tido kat umah. yang laen lak gi umah riduan kat perak. best btol dorang.

kitorang bertiga naek laa moto. nak naek kete memang tak ar. tengok laa KL kalau petang camne. ok, first gi titiwangsa dulu. nak gi TM Point. tengok kat dalam TM Point tu dah macam kat pasar malam. ramai gila. pegi la kami bertiga naek moto lagi masuk Kg Baru. motifnya, ape lagi. ais kepal laa (promote kedai wani ni). hehe. dah lame aku tak datang kedai dia. datang je tros order macam2. ais kepal koko. nasi goreng jepun. ais kepal strawberry laa. sedap2. sape nak gi bley laa datang. dekat je. seblah LRT Kg Baru.

fareez & kacang

ais kepal koko, my favourite.

after makan, dengan tak semenanya terpergi lak TS. fareez nak carik kasut. pusing punya pusing, pening aku. masuk kedai NIKON laa. kedai SONY laa. ECHO PARK. last2 blek umah semua macam orang baru jogging. letih. padan muka masing2. ahaha. ape yang korang buat lak time semester break? sekian trimas. =)

Saturday, May 22, 2010

selipar


friday, may 21, 2010.

awal-awal pagi lagi aku dah plan ngan kacang and fareez nak gi masjid sama-sama. naik apa? motor la apa lagi. nak jalan kaki confirm sampai masjid dah macam baru lepas mandi sunat solat jumaat. okay, pasal tajuk selipar, ada benda sikit nak cakap. pernah tak korang hilang selipar kat masjid? lagi-lagi waktu solat jumaat. tak pun letak selipar tempat lain, after solat je selipar kat tempat lain.


selalu orang pergi solat jumaat tak pakai selipar lawa-lawa (mahal). takut hilang. lagi-lagi tengah ramai-ramai. siapa ada perasan.


selipar jamban or selipar jepun


menjadi selipar terhangat di pasaran dan diminati ramai. kalau aku tokey selipar ni aku up lagi harga sampai RM5. hehe. ramai orang pakai sebab best. mane taknya. murah. sedap pakai. simple. kalau nak rembat pun pikir dua tiga kali.


selipar atau kasut crocs


selipar terhensem abad ini, CROCS. selipar ni memang tak sesuai laa nak pakai and letak kat tempat selipar masjid masa solat jumaat. memang lebur ler. aku rasa anak-anak orang kaya pon tak sanggup. yang beli kat pasar malam or uptown pon belum tentu dorang nak pakai. :)


hari ni hari dalam sejarah. aku, kacang and fareez gi solat sama-sama. after that baru jumpa adeq, hilmi and aie kat masjid. okay, pasal selipar ... my bestfriend punya selipar hilang kat masjid tengah hari tadi. agak kelakar jugak laa. tapi kalau kena kat diri sendiri memang rasa nak bagi je orang yang rembat tu makan selipar. after solat, aku dengan nervous nya carik selipar. camni lah dialognya:


affan : wei fareez, mane selipar aku?! alamak, macam hilang je. tadi aku letak kat sini. adoi!
fareez : tu haa selipar kau. kat tengah2 (tempat orang letak selipar banyak2).
affan : fuh! nasib baik. ade lagi selipar aku.


after that, kacang datang kat kitorang. "selipar wa hilang bro". aku pun tolong lah carik sekali cause aku yang tau dia pakai selipar macam mana. cari-cari takde. "sah2 selipar lu kene kebas bro, haha". dengan tanpa segan silu dan dalam keadaan redha nya, kacang naik je motor macam biasa and hantar aku balik rumah. dulu selipar aie hilang. sekarang kacang pulak. after that, kitorg pergi wangsa walk. bowling.!! macam biasa. :)


p/s: bagi sesiapa yang suka 'rembat' selipar orang kat masjid, insaflah. tak berkat kau amik. buat kena sumpah seranah je. sekian, terima kasih. :)

Tuesday, May 18, 2010

aku, mereka dan bowling

date : 16th May 2010
place : wangsa bowl, wangsa walk, wangsa maju.
time
: 10am-2pm

kegilaan

dato' fareez dan anaknya

shahrul nizam

fareez and affan

pameran baju

sebelum mula, kita tido dulu..

aksi bermula

ini dia model2 saya. :)

aku memang pecinta wanita..
namun ku bukan buaya. ;)

selamat hari guru cikgu rani

Friday, May 14, 2010

bowling time

day : wednesday
place : wangsa walk
time : 10pm-12.50am
team : with one soul (WOS) vs All Strike

WOS Bowlers : Kacang, Adeq, Affan, Wan Pak Don and Fareez

All Strike Bowlers : Odtz, Awal, Muz, Fcuk, Kamal and Pjal


Sunday, May 9, 2010

kawan

semua orang ada kawan. kawan baik. kawan biasa. kawan jahat (musuh). kawan imaginasi. tak kisah la. aku ada kawan baik. yang terbaik pernah aku dapat and kitorang ada nama group sendiri. with one soul (WOS), 2007.


actually group ni tertubuh sebab riduan yang bagi nama. dia kata macam best. and then kitorg masuk treasure hunt kat bukit jalil under rakan muda. dengan ahli 4 orang iaitu adek (c), aku, aie ngan amsyar. bertungkus lumus lari satu bukit jalil. penatnya hanya orang lembik je yang tak tau. sampai last checpoint pon dalam group yang ke10. memang dah hampa sangat. bila umum sape yang menang memang kitorang terkejut sebab dapat no2. bersorak macam orang menang loteri lah.

dengan perasaan bangga dan bongkaknya, aku amek hadiah tu. sorang dapat RM50 ngan tuala. sekarang amsyar dah tak join kitorang dah. sibuk dengan member2 dia lak. biar ah. tinggal lah kitorang enam orang (adeq, fareez, azwan, riduan, aku, aie and tambah sorang lagi, kacang). dari form 5 sampai la sekarang kitorang still kawan. every day, week, month and year, kitorang still lepak same2. kawan2 skola dulu mane ade macam kitorang. semua bawak haluan masing2 bila dah masuk ipta/ ipts. kakak aku slalu kata "affan ni sayang betul kat member2 dia. siap letak pic kat desktop. hangout same2".


yes, memang aku sayang member2 aku. tanpa diorang, hidup aku bosan. tanpa diorang, hidup aku macam tak complete. dah ibarat macam satu family dah. bila susah semua tolong. bila senang blanje shisha. macam2 la. walaupun esok bukan friendship day, aku tetap nak post pasal ni gak. suka hati aku la, blog aku. haha. ok, tu all blogger. HAPPY MOTHERS DAY.!! sekian, trimas.

Tuesday, May 4, 2010

laptop dan mcd

lame x update blog. argh! janggal lak nak tulis intro. ceh! yesterday (takde kene mengene ngan lagu yesterday), tengah aku sedap2 maen PES2010 tetiba hang plak. adoi. on off on off laptop dah jadi blek laptop aku macam dulu. documents hilang. siot btol. dengan segera aku gi umah adeq. try restore pon tak bley gak. terpaksa la format.

suoh si kacang ngan azwan format. hebat dorg ni. tak taw lak aku. haha. format punya format makan masa sampai maghrib. yg azwan lak tuition math ngan bella sambil dipantau oleh aie. ketua kelas katekan. haha. pastu aku ngan bella balik umah. dah pkol 9 lbey datang lagi umah azwan nak abeskan format laptop ni. buat itu ini sampai pkol 12.

and then adeq lak datang umah. ajak gi McD Setiawangsa. aku pon on je. haha. secara beramai-ramai kitorg gi. ngan mak jan skali. fareez lak tak taw kemane and menghilang. haha. yang dorang banyak duit makan double spicy chicken mc deluxe. aku makan biasanya je. azwan makan big mac. paling klaka waktu kitorang suoh dia makan besar2. puas aku gelak. hahaha. pastu blek ar. dengan pantas aku blek umah coz dah pukul 0130. sekian, trimas. :)

yes! itulah aku yg berbaju MU.

the WOS