Saturday, May 22, 2010

selipar


friday, may 21, 2010.

awal-awal pagi lagi aku dah plan ngan kacang and fareez nak gi masjid sama-sama. naik apa? motor la apa lagi. nak jalan kaki confirm sampai masjid dah macam baru lepas mandi sunat solat jumaat. okay, pasal tajuk selipar, ada benda sikit nak cakap. pernah tak korang hilang selipar kat masjid? lagi-lagi waktu solat jumaat. tak pun letak selipar tempat lain, after solat je selipar kat tempat lain.


selalu orang pergi solat jumaat tak pakai selipar lawa-lawa (mahal). takut hilang. lagi-lagi tengah ramai-ramai. siapa ada perasan.


selipar jamban or selipar jepun


menjadi selipar terhangat di pasaran dan diminati ramai. kalau aku tokey selipar ni aku up lagi harga sampai RM5. hehe. ramai orang pakai sebab best. mane taknya. murah. sedap pakai. simple. kalau nak rembat pun pikir dua tiga kali.


selipar atau kasut crocs


selipar terhensem abad ini, CROCS. selipar ni memang tak sesuai laa nak pakai and letak kat tempat selipar masjid masa solat jumaat. memang lebur ler. aku rasa anak-anak orang kaya pon tak sanggup. yang beli kat pasar malam or uptown pon belum tentu dorang nak pakai. :)


hari ni hari dalam sejarah. aku, kacang and fareez gi solat sama-sama. after that baru jumpa adeq, hilmi and aie kat masjid. okay, pasal selipar ... my bestfriend punya selipar hilang kat masjid tengah hari tadi. agak kelakar jugak laa. tapi kalau kena kat diri sendiri memang rasa nak bagi je orang yang rembat tu makan selipar. after solat, aku dengan nervous nya carik selipar. camni lah dialognya:


affan : wei fareez, mane selipar aku?! alamak, macam hilang je. tadi aku letak kat sini. adoi!
fareez : tu haa selipar kau. kat tengah2 (tempat orang letak selipar banyak2).
affan : fuh! nasib baik. ade lagi selipar aku.


after that, kacang datang kat kitorang. "selipar wa hilang bro". aku pun tolong lah carik sekali cause aku yang tau dia pakai selipar macam mana. cari-cari takde. "sah2 selipar lu kene kebas bro, haha". dengan tanpa segan silu dan dalam keadaan redha nya, kacang naik je motor macam biasa and hantar aku balik rumah. dulu selipar aie hilang. sekarang kacang pulak. after that, kitorg pergi wangsa walk. bowling.!! macam biasa. :)


p/s: bagi sesiapa yang suka 'rembat' selipar orang kat masjid, insaflah. tak berkat kau amik. buat kena sumpah seranah je. sekian, terima kasih. :)

8 comments:

Afzainizam said...

Untuk tatapan sahabat semua ~~~@@@~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

soory lama tak ziarah kat sini, sorry...sibuk sangat sekarang

woooo aku gi masjin pun pakai slipar jamban aje... bukan ape baik-baik pakai slipar cun tip top balik kaki ayam... haram sape yang rembat...

affan said...

sokong. haha.
dapat sape yg rembat tu kita rembat selipar dia balik.

bella lim said...

hahhaha. title je gempak. cerita padahal pasal selipar kacang ilang je,. bangang. haha. kenapa dia tak rembat balik org lain punya.

affan said...

title mesti kene gempak ngek. haha.
betambah laa dosa dia kalau rembat selipar org. kang kalau dah terembat selipar pak imama memang banjir setiawangsa-taman keramat-jelatek. hahaha.

SarjaN yO said...

selipar jepun aku yg mcm tu la dh hilang kat puncak tau...sedih dow...

affan said...

selipar jepun kau pon kene rembat.
gila laa yo. aku ingat taste2 dak
puncak cam selipar PDI ke. ape ke.
ahaha.

my sweet azza said...

hahaha~
kelakar btl cerita ni...
kesian pd owner yg hilang kst tu...
harap dia pasrah...
hehehe
:) :) :)

affan said...

dah mmg muka redha da. ahaha.
naseb baek si kacang x pakai selipar
tropicana life dia tu.
kalau x konpem nanges. :)