Wednesday, July 28, 2010

kawan seperjuangan mencari ilmu, 2010

dari hujung sana : intan, mukmin, ary, gee, epul & ain

dari hujung sini : petchai, ashmeer, danial, azie, azfar,
iyda, isha & may


dari depan ini : oden, affan, kira, rizal, rusydi & wafa
camera : sarjan yo


I LOVE U GUYS.!!

Sunday, July 18, 2010

kusut musut busut..

akibat banyak masalah, hidup aku dah jadi makin kusut. kusut ibarat anai-anai ingin membuat sebuah busut yang baru. eh, jap2. why bahasa aku dah macam bahasa sarjan yo lak ni. haha.


meja study yang bersepah.
sape nak tolong
kemas angkat angkat kaki

btw,ape motif meja aku nak ade cermin? sape punya ni? tolong angkat ye.
ok,inilah harta yang aku ada kat kolej. jangan harap sesape nak tido kat katil aku. aku letak paku nanti. ahaha.


hari pertama masuk. bukan maen lawa lagi lipat comforter

sekarang, dah macam busut anai2 dah. minggu pertama hari2 lipat comforter. pastu dah malas nak lipat dah. ape nak jadi ni affan.. ish3.


Monday, July 12, 2010

cerita jiwang seorang student

hello ladies and gentleman. aku baru sahaja kembali menjalani kehidupan sebagai pelajar UiTM. pada mulanya aku rasa sem baru ni macam tak seronok. siap menjerit kuat2 dalam bilik. aku BOSAN.!!

akan tetapi, segalanya berubah. aku rasa permulaan sem ni adalah yang terbaik aku pernah lalui selama 5 sem sebagai seorang pelajar. aku berkenalan dengan sebilangan besar junior yang aku anggap macam adik beradik. walaupun ada diantara dorang yang tak kenal nama aku disebabkan aku jarang bersuara. al maklumlah.. biro OUTDOOR. hanya mendapat sedikit kuasa untuk bersuara pada hari sabtu.


kami tidur lambat hanya untuk kamu wahai
sekalian mentee.

biro outdoor yang terbaek

mentee mentee ku yang kacak dan cun

KAMI sedih bila program mentor mentee dah tamat

Friday, July 2, 2010

tahap DEWA punya..

month of JULY, 2010


bila aku on laptop, bulan JULY. bila aku tengok henfon, bulan JULY. aku benci btol bila tengok perkataan JULY tu. tahap DEWA punya benci. benci tu seolah2 buat aku lemas perut. kadang2 sampai memulas. tahap DEWA yang aku maksudkan ialah sama erti dengan 'super duper' atau yang seangkatan dengannya.

bila teringat je bulan JULY mesti dalam kepala otak fikir. assignment ape laa lecturer nak bagi bila dah masuk sem ni. pastu mesti aku terfikir, macam mane laa aku nak bangun pagi nak gi class nanti. selalu bangun tengah hari. bertuah punya budak. hehe. mane tak nye, lepak McD or lepak kedai sampai 3-4 pagi baru blek umah. tapi aku bukan buat keje tak senonoh, tengok bola daa. world cup. bukan gi merewang macam pelesit2 kota (rempit) tu. walaupun kat umah dah complete semua channel ASTRO, tapi aku suka tengok bola kat luar dengan kawan2 (WOS).

ok,aku mengaku aku memang tahap DEWA punya malas nak masuk sem baru ni. pikir gak, nanti aku tak bleh laa selalu online facebook. tak bleh selalu update blog. tak bleh tgk kosmo online & metro online. tak bleh visit and comment blog korang. tidaak.!! rasa2 nya, semua yang dah masuk kolej or U nanti mesti 'semangat online' tu akan kurang. blog pon sekali dua je update. facebook pon macam maen tak maen je.

dalam dua bulan aku cuti ni, memang tahap DEWA punya best. pegi karoke, pegi maen bowling, hangout malam2, tengok world cup, macam2 lagi laa. confirm aku rindu semua tu. korang pon mesti rindu blek kan ape yang korang buat waktu cuti sem. kalau korang rindu.. aku lagi tahap DEWA rindu.. macam nak pusing balik masa.


FLASHBACK....








aku rindu semua tu.. apa2 pon, good luck kepada semua follower and blogger yang nak masuk sem baru & yang dah masuk sem. sekian, terima kasih.