Monday, July 30, 2012

Mercun, Mercun dan Mercun.


MERCUN. bukan singkatan MEReka yang CUN. ia adalah benda yang boleh meletup, membahayakan dan mudah terbakar. mercun ni antara benda yang selalu orang main masa perayaan. paling banyak kita tengok orang main masa Hari Raya Aidilfitri. ada mercun bola, mercun naga, mercun mancis dan lain-lain. masa


Hari Raya Cina pula kita boleh tengok kaum Cina main mercun papan yang panjang tu. dia gantung dekat batang penyapu atau lidi dan bakar. dua tahun lepas first time aku tengok masa Deepavali pun ada orang main mercun depan rumah. kalau dekat KLCC tu tak heran laa. every new year mesti ada fireworks.


mercun papan


hari ni bila aku baca kosmo online ada laa keluar kes pasal mercun. kejadian berlaku dekat Alor Star, Kedah (menurut Kosmo). sorang buta mata, sorang lagi cedera. dia nak bakar mercun dan tak sangka sumbu yang nak dibakar tu terjatuh dalam plastik yang ada 40 mercun bola yang dia beli dan lepas tu meletup.


aku rasa confirm masa tu macam bunyi bom. kesian masa bulan Ramadan jadi benda tak diingini macam ni. jadi, ambillah iktibar. korang boleh baca berita dekat sini.


mercun bola


aku pelik kalau tengok orang main mercun. dah tau yang mercun tu bahaya. boleh jadi buta, boleh jadi pekak takpun boleh bawa kita terbang ke alam barzakh. paling teruk bila dengar dekat sekolah ada pelajar main mercun. dia tak tau yang dia buat tu bahaya kalau terkena dekat orang lain. apa yang seronok pun aku tak tau.


setiap tahun mesti ada kes dekat surat khabar ada orang cedera pasal main mercun. semua orang yang main mercun tak pernah serik. dah kena kat diri sendiri baru nak menyesal. pihak kerajaan dan pihak berkuasa dah ingatkan mercun tu benda bahaya, benda yang diharamkan. tapi ada juga orang nak main. tepuk dada tanya diri.




dulu masa kecik-kecik aku pun main mercun jugak. semua orang pernah main mercun takpun bunga api. kalau budak kecik bagi main pop-pop je. sebab tak bahaya sangat. bila fikir balik baru rasa mercun tu bahaya. lepas tu aku dah tak nak main mercun lagi. takut jugak jari putus ke apa ke. susah nak dapat GIRLFRIEND bila dah besar.




kepada individu yang masih beli dan bermain mercun, silalah hentikan perbuatan korang tu. fikir akibatnya. kenapa perlu ambil risiko? dan paling penting jangan main meriam buluh. kalau meletup satu benda tak berguna. sekian terima kasih.

2 comments:

SarjaN yO said...

ooo...klau putus jari main mercun, besar nnti susah nk dpt girlfriend ek?
(sambil dok bilang jari tangan aku)
aku rasa jari aku cukup je....
tapi....
hahahaa..(paham2 la ek)

affan said...

itu mungkin kelakar yo. hahaha.
mungkin skill kurang.