Monday, July 23, 2012

bahan mudah terbakar




ROKOK. benda yang dah tak asing lagi dalam hidup semua orang. di sekeliling kita kebanyakannya perokok. depan, belakang, kiri dan kanan. tak percaya tengok orang sebelah. oh ya, bulan puasa takde orang merokok di khalayak ramai.


kepada yang masih bersekolah mesti korang pernah tengok kawan-kawan korang kantoi merokok dalam tandas kan? tak pun dekat tangga. lepas tu kena rotan dengan cikgu. masuk kelas buat muka, ada yang senyum-senyum. ada yang buat muka bangga. pelik betul.


boleh jamin setiap sekolah mesti ada pelajar kantoi merokok. yang peliknya, macam la dekat rumah masa habis sekolah tak boleh nak merokok. nak jugak merokok masa dalam sekolah. apa yang seronok merokok dalam sekolah? ada sesiapa nak bagi tau aku? bagi sebab yang relevan sikit. kalau dekat rumah nak merokok sampau habis 5 kotak pon takde hal. tapi aku pernah dengar kawan aku kata kalau merokok dekat rumah nanti kantoi dengan mak. nampaknya kau hanya tunjuk berani depan kawan-kawan dengan depan cikgu kat sekolah. konon rasa diri tu macho la merokok dalam sekolah.



"oh nikmatnya hisap rokok dalam toilet".

"wei, bak sepam rokok".

"lighter ada?".

"wei man pancung rokok sikit".


kepada pelajar yang merokok rasanya dah biasa dengar ayat-ayat tu. biasalah, masa dekat sekolah bukan semua yang bawak rokok. kadang-kadang sebatang rokok boleh hisap lebih dari 5 orang. lepas habis sesi merokok, masuk dalam kelas. hah tu dia. masing-masing baju bau macam orang baru lepas main bunga api. bau terbakar. dulu aku boleh la hidup dalam suasana asap rokok. sekarang ni kalau terbau asap sikit mesti rasa nak selsema. kepada pelajar sekolah tolong fikir balik apa yang seronok merokok tu. kalau ada protein atau kalsium aku pon nak merokok sama.


pelik bila dengar perokok berkata tak boleh berhenti merokok. semua tu merepek. bak kata orang putih 'bullshit'. alasan semata-mata. bak kata pepatah orang Melayu pula 'nak seribu daya tak nak seribu dalih' dan 'di mana ada kemahuan di situ ada jalan'. berhenti perlahan-lahan boleh. bukan tak boleh. kalau nak berhenti atas kemahuan sendiri. sahutlah cabaran berhenti merokok.


khas untuk perokok tegar dan yang baru belajar merokok


cuba kira berapa banyak duit korang habis nak beli rokok. sehari sekotak. kalau takde duit mula la beli rokok seludup. sebab murah sikit. takde la mahal macam nak beli Dunhill. kepada per0kok di luar sana yang rasa diri anda tu macho bila merokok atau mungkin perempuan suka tengok korang merokok, dijemput untuk menonton video di bawah ini. sekian terima kasih.


video
Wong Fu Productions - The Turn Off

4 comments:

ai shah zawani said...

Kita yg tak merokok takut. Org yg merokok, humphhh. Pandang sebelah mate jeee. Ni la hupe manusia nk meninggal awal. Hohoho

affan said...

tak tau apa yang sedap sangat rasanya. rasa macam makan surat khabar hangus :D

Syf serabai. said...

more to judgemental. good job

affan said...

muchas gracias :)