Wednesday, July 25, 2012

BB itu Bantal Busuk


BANTAL BUSUK. betul ke sinonim dengan budak manja? siapa ada bantal busuk? mengaku cepat. confirm tak ramai yang berani nak mengaku ada bantal busuk. yang rasa diri cantik dan kacak lagi tak berani nak mengaku. bila orang tanya


'wei, kau ada bantal busuk tak?'

mesti kau jawab

'mana ada. aku dah besar la. tak cun la ada bantal busuk'.


kalau kawan aku cakap macam tu memang aku kahak hijau dekat tangan dia. padahal malam-malam cari bantal busuk tu jugak. sebelum tidur mesti cium atau bau dulu bantal busuk, 'gentel-gentel' bucu bantal busuk, lepas tu peluk kuat-kuat. eleh, aku pun buat benda sama jugak tiap-tiap hari.


tu dia bantal busuk aku. since 1994 lagi.


okay, soalan umum. kalau individu yang ada bantal busuk memang nampak lembut ke? not 'jantan'enough? ha..ha.. bullshit la weh. aku dulu siap ada patung GARFIELD besar lagi. tapi kecik sikit daripada kakak punya bear. bear dia tu dah sama besar dengan Bella dah aku tengok. bayangkan sendiri dak Bella tu besar mana. dah Affan jangan buat kontroversi dekat sini.


okay, ada orang bantal busuk dia jenis panjang. yang boleh kepit guna kaki tu. ada yang kecik macam aku punya. ada yang besar macam bantal kepala. ikut kepada taste masing-masing. takde siapa nak halang. kebebasan hak asasi manusia.


bear busuk kakak


bagi aku bantal busuk ni best jadi teman, tak kira masa dan tempat. teman yang takkan tikam belakang kita. sentiasa dengar masalah kita. teman rapat yang kesat air mata kita bila menangis. aku boleh rasa sampai kahwin bantal busuk ni melekat dengan aku. antara keistimewaan bantal busuk ni pada aku :


kalau sejuk boleh peluk kuat-kuat.

kalau rasa bosan boleh 'gentel-gentel' bucu dia.

nak menjerit hanya tekapkan muka sahaja. ringkas dan mudah.

air liur tak merebak dekat cadar katil.
bak kata pepatah mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

dan

boleh jadi teman tidur untuk lelaki sebab nampak lagi kelakar kalau ada bear di sisi.


kesimpulannya, kepada individu yang ada bantal busuk. kita jangan malu. kita mesti bangga. kalau boleh jerit kuat-kuat 'AKU ADA BANTAL BUSUK, SO WHAT!' bila ada orang tanya kita ada bantal busuk ke tak. tak salah nak ada bantal busuk. biarkan apa orang nak kata. janji kita straight bukan bengkok-bengkok. sekian terima kasih.


zaqwan pun nak jugak ada bantal busuk. kuatnya pengaruh aku.
#senapang tu nak bawak kenapa woi.

2 comments:

aishah zawani said...

Amboiii. berBB bagai. tapi kak marya punyer bantal busuk mmg superb la kan. HAHA. kalah nisha punyer yg warna pink tuuu. :)

affan said...

dari kecik lagi ni. hehe. ececeh.. confirm ada BB jugak :D kakak tu saje tak nak kalah. ntah2 dia nampak nisha dapat yang warna pink dia mintak BF dia :D