Thursday, July 25, 2013

bilik berNYAWA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hello and Hi to all bloggers and silent readers! Lamanya aku tak update blog. HAHA. Macam mana yang berpuasa? Okay tak setakat ni? Semakin sihat kan? Bagus bagus.. Setakat ni dah baru 4 bazar Ramadan aku dah pergi. Ada yang best, and ada yang tak best. Biasalah tu kan, adat duniawi. Bazar mana yang aku pergi?

1. Bazar Taman Keramat AU1
2. Bazar Taman Setiawangsa
3. Bazar Taman Melawati
4. Bazar Wangsa Melawati

Kepada sesiapa yang dah pergi Bazar Taman Setiawangsa mesti dapat tengok kan ada 2 tempat. 1 tempat kat backlane belakang CIMB Bank tu, and 1 lagi dekat tapak Sekinchan Ikan Bakar. Best jugak laa Bazar Taman Setiawangsa ni. Sebab every year confirm ramai orang berniaga and ramai orang datang bazar ni. Lagi pun dekat je dengan rumah aku. 3 minit dah sampai dah. Depan rumah je pun.

STAR: Bazar Taman Setiawangsa
CIRCLE: Bazar Taman Keramat AU1

Bazar Taman Melawati macam jauh sikit dari rumah aku. Saje je pergi sana nak tengok bazarnya macam mana. Bila sampai Bazar Taman Melawati ni, fuiyoooo.. Best best makanan kat sana. Variety betul. Tak macam bazar-bazar yang lain. So, sila laa singgah sana jugak ya kawan-kawan.


Okay, back to the main topic. Bilik bernyawa? Apakah itu? Mesti ada yang tertanya-tanya pasal tu. Kalau tak tertanya-tanya pun, buat -buat tanya jelah. Ini takde kena mengena atau ada hubung kait dengan cerita Monster House ya, rumah yang bernyawa. HAHA.

Cerita ni best. Walaupun kartun, ada unsur seram sikit. HAHA. 

Alright, semalam kan for the first time, kawan-kawan datang melepak bilik aku. Bella pun siap join sama. Memang kecoh habis. Gelak sana, gelak sini. Kenakan orang tu, kenakan orang ni. Actually, aku ajak Kacang dulu datang sebab nak tengokkan pasal laptop, dah tetiba Izzat pulak cakap nak join sekali. Bila dah ramai-ramai mula laa tak ingat dunia. Menyanyi laa. Tangkap gambar laa. Lawak betul.


Kacang paling hebat sebab dia stay sampai sahur. Izzat dah balik dulu. Dia lepak 2 jam je dari pukul 12am. Next time lepak lagi rumah aku. Tunggu aku beli BBQ set kita main bakar-bakar nanti kat atas tu. HAHA. Inilah muka-muka yang buat bilik aku berNYAWA. Maksud bernyawa dekat sini ialah, HIDUP. Jadi, kepada sesiapa yang tak faham lagi, sila ketuk dahi and cakap, "Kenapalah aku slow sangat." HAHA.



Happy Time in Affan's Room
July 25, Ramadan 16, 1.30am.

Kepada sesiapa yang teringin nak merasa lepak sekali, mai mai datang. Kita kasi gegar satu taman. HAHA.
Thanks for reading. Au revoir.

No comments: