Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua kawan-kawan yang beragama Islam. Macam mana hari pertama puasa korang semalam? Okay? Rasanya semua excited nak puasa tahun ni. Bila dah sebulan berpuasa, lepas tu raya! HAHA. Pahala yang dibuat masa bulan puasa akan dilipat gandakan. Best kan bulan Ramadan ni. Ada juga yang best masa bulan puasa, petang -petang kita akan nampak ramai orang akan cari makanan sama waktu dengan kita. Hari-hari biasa jarang nak nampak macam tu. Yang paling ketara sekali, malam-malam akan ramai orang datang masjid or surau daripada bulan yang lain. Alhamdulillah.
Okay, buat masa sekarang semua pelajar degree Universiti seluruh Malaysia tengah cuti semester. Best cuti masa bulan Ramadan ni. Teringat pulak masa diploma dulu. Berpuasa dekat hostel. Malam-malam beli nasi dekat dining hall untuk makan masa sahur. Lauk aku laa paling senang nak order and cari. Simple je. Beli nasi putih, kuah kari or apa-apa kuah, AYAM GORENG, sayur and sos cili. Dah, tu je. Simple ye dak? HAHA.
Bila terkenang kenangan puasa masa kat hostel dulu, teringat pula satu situasi ada siswa tak puasa. Nama confirm lah tak boleh bagi tau. Kalau bagi tau nanti, ada yang kenal pula. Bagi sesiapa yang baca and terasa macam, 'Eh teruknya bebudak Universiti ni. Tak puasa.' Okay macam ni, manusia yang tak berpuasa ni ada dimana-mana. Tak kira laa kat Uni ke, kat Kolej ke, even kat office pun ada. Tepuk dahi lihat sendiri.
Alright, back to the main topic, TAK PUASA. Ada satu hari tu aku baru balik dari kelas. Aku ajak laa sorang classmate aku ni datang rumah aku (hostel versi apartment) sebab nak minta tolong tengokkan printer. Bila naik tangga je, aku dah terbau something. Korang rasa apa? Bau 'MAGGI CURRY' weh. Dalam kepala terfikir, siapa pula masak maggi tengah-tengah hari masa bulan puasa ni. Kuat pulak tu baunya. Bila buka pintu rumah je, alangkah terkejutnya bila ternampak housemate dengan kawan-kawan satu course-nya tengah duduk depan mangkuk yang ada maggi dalam tu.
Tanpa berlengah, dorang terus tutup muka dengan bantal. Ada yang buat-buat tak tau. Ada yang tiba-tiba terus baca buku. Then, aku pun terus masuk bilik tanpa cakap apa-apa. Segan laa jugak. Dah laa bawa kawan datang rumah, lepas tu housemate pulak dengan Maggi Curry-nya. HAHA. Lepas classmate aku dah balik. Mula laa dialog ni,
"Weh, kenapa kau bawa kawan kau datang tak bagi tau? Malu kitorang."
"Kenapa korang makan korang tak cakap awal-awal dengan aku? Padan muka."
Semua terdiam.
Kepada semua yang tengah berpuasa, jangan ponteng or curi-curi makan. Nampak tak elok sangat-sangat. Kalau terasa nak makan juga masa bulan puasa, korang tengok video kat bawah. Insaflah. HAHA.
Thanks for reading. Au revoir.
Sumber: Youtube
No comments:
Post a Comment