Tuesday, August 13, 2013

INI KISAH AFFAN: 1 Syawal, 1434 Hijrah.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hi guys! As we all know, bagi yang Muslim baru sahaja menyambut Aidilfitri pada hari khamis yang lepas. So, macam mana dengan Aidilfitri you all? Best dapat beraya dekat kampung? Makan nasi impit, ketupat, lemang, rendang ayam, kuih raya, dodol.. Pergh! Macam-macam laa. HAHA. Tahniah kepada sesiapa yang meraikan Aidilfitri dengan meriah tetapi bersifat sederhana.


Tahun ni merupakan pengalaman kedua aku beraya dekat KL. Bukan Kuala Lipis ya, tapi Kuala Lumpur. Apa yang menarik tahun ni berbanding tahun 2011 masa first time aku beraya dulu, tahun ni ramai orang beraya kat KL. Macam tak ramai yang balik kampung masa raya pertama. Maybe ramai yang tak dapat cuti atau tak suka highway jam macam sebelum-sebelum ni.


Alright, untuk entry kali ni, aku nak membebel panjang sikit. Kalau nak baca sila teruskan, kalau terasa malas nak baca, tutup laptop letak dalam almari sampai labah-labah buat sarang. HAHA. Baiklah, mari kita mulakan sesi penceritaan Aidilfitri tahun ini.


PAGI: Bila pergi masjid masa raya pertama, terpacul keluar perkataan "Fuiyooo!", tak sangka ramai pulak orang beraya kat sini. And.. and.. first time aku belajar bayar zakat. Selalu ayah yang bayarkan. Tahun ni aku nak try belajar macam mana cara-cara nak bayar zakat. HAHA.


Alright, aku pergi masjid dengan Kacang and Mirul, adik sedara dia. Duduk dalam masjid seronok bila dapat takbir raya ramai-ramai. Masa bertakbir tu, aku rasa kat area aku, suara aku dengan kacang paling kuat. Excited kot sampai abang sebelah aku dah tengok aku senyum-senyum lagi. HAHA. Tak payah nak cerita panjang lebar, moh kita layan gambar-gambar masa raya pertama.


 Masjid Al-Ansar, Taman Keramat

Dari kiri: Kacang, Affan, Adam, Aie
p/s: Kepada sesiapa yang rapat dengan aku,
mesti tau yang susah sangat nak tengok aku bersongkok.


Gambar kat atas ni masa pergi masjid. Sempat lagi bergambar masa baru sampai and nak balik. Pantang jumpa kamera katakan. Walaupun snap pakai phone je. Handsome boy kan kami? Oh, tak perlu jawab cause I don't need your answer guys. HAHA. Masa ni ayah Adam pun ada sekali. Sporting juga ayah dia. Thumbs up pak cik. Bila dah sampai rumah, makan lagi. Makan je. Tapi tak gemuk pun. Makin berisi adalah. Tu pun sikit je rasa effect-nya.


PETANG: Yes! Kita masuk sesi petang pula. Ini yang buat senyuman aku tak lekang sampai raya ketiga ni. HAHA. Nak tau sebab apa? Sebabnya, ada kawan jemput datang beraya sekali dekat Putra Heights, Subang Jaya. Mula-mula ingatkan dia main-main, rupanya serius. HAHA. Aku pun terus call Kacang tanya boleh keluar ke tak sebab nak ajak teman pergi sana. Before pergi dah tengok map kat google siap-siap dah. Ala, Subang Jaya je pun. Senang.


For the first time aku beraya dengan kawan perempuan masa raya pertama. Selalunya dengan kawan lelaki. Yang best-nya, aku tak sesat nak pergi Putra Heights tu. Tapi tanya jugak laa dekat gas station kat Subang Jaya. Takut terlajak masuk Puchong je. Dengan menggunakan  kepakaran sixth sense dan instinct yang kuat dalam diri yang wujud tanpa aku sedari, kitorang sampai juga dengan jayanya. Bila dah sampai je, aku terus call Fari cakap dah sampai. Jantung masa tu, dup dap dup dap dengan lajunya. Lari habis tempo heartbeat. Bila dah berdiri dekat pagar rumah, aku ternampak Fari dekat depan pintu tunggu aku dengan Kacang. And.. and.. wahai Fari,




Itu yang terpacul dalam hati bila ternampak dia dekat depan pintu. HAHA. Cantik sangat. Family dia pun tersangatlah okay, sedara-mara dia pun okay. Hebat layanan yang diberikan, kami dilayan seperti ahli keluarga. Terharu sangat. Terima kasih semua. Bila tengok orang tua bersembang and gelak-gelak, masa tu laa tetiba aku teringat family dekat Melaka. Kemeriahannya hampir sama.


Kami sampai dekat Putra Heights dalam pukul 4pm dan balik KL dalam pukul 6pm. Tak sedar pula lama juga kami duduk dekat sana. Actually nak tunggu abah Fari balik. Nak jumpa juga abahnya. Sebab susah nak jumpa dah lepas ni. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah, akan berjumpa lagi. To Puan Norlida, terima kasih kerana menjemput kami dan atas layanan yang telah diberikan.





Kenapa laa dak Kacang ni tinggi sangat.
Semoga berjumpa lagi Fari dan Puan Norlida.


Ada sedikit persamaan atau 'kebetulan' antara aku dengan Fari, kami beraya di negeri yang sama dari tahun 2010. HAHA. Tahun 2010 di Perak, 2011 di Selangor, 2012 di Perak dan 2013 di Selangor, bersama-sama. 


Sekian sahaja celoteh untuk entry kali ni.
Sebab mata dah terasa berat nak menaip panjang-panjang.
Thanks for reading. Au revoir.

2 comments:

aishah zawani said...

selamat hari raya, affan.

affan said...

selamat hari raya :)