Friday, January 4, 2013

Sentiasa Baru


1 JANUARI setiap tahun.
Yup, tengok ramai yang dok tunggu tarikh ni. PELIK. Dekat twitter, dekat facebook, dekat blog. Semua bercerita pasal NEW YEAR. Actually, apa yang seronok sangat? Entahlah. Aku pun tak tau. Bila kawan-kawan cakap 'HAPPY NEW YEAR AFFAN!', aku pun balas jelah balik 'HAPPY NEW YEAR TOO'. Padahal sikit pon tak rasa nak celebrate ke apa.




Tahun lepas paling seronok aku rasa. Bukannya sebab celebrate new year denga kawan-kawan, tapi aku seronok sebab semua orang dapat kumpul sekali. Buat BBQ, makan marshmallow bakar, program bakat nyanyian terpendam diserlahkan dan lain-lain lagi. Tak perlulah aku nak cerita semua. Kang siapa yang baca muntah pulak.




Bila berkumpul sekali macam-macam cerita keluar. Gosip sana, gosip sini. Baik lelaki, baik perempuan. Takpe, kita kawan-kawan. Dah terbiasa benda ni semua and dah kental bila kena attack dengan soalan panas. Wa caya sama lu orang. Eh sejak bila bahasa aku kasar semacam ni? Alright, kat sini aku nak share sikit gambar dengan siapa yang follow aku mahupun SILENT READER. nampak tak motif aku bold kat situ. haha. Kalau nak tengok apa yang aku update boleh pergi dekat January 2012 Link.




dura di pelosok batin



Hati yang jahil dan gelap,
sejemput kilau terbit,
entah dari mana hadirnya,
mengubah sedikit demi sedikit,
hati yang gelap menjadi sinar.


Dua kuntum bunga yang dipetik saban hari,
tak tau yang mana segar dan matang,
apa layunya sehari dua,
atau bertahun hingga mengeluarkan benih baru.


Rusuh hati,
apakah benar kerjaku,
menabur baja dengan penuh kasih,
namun tanah tidak mengizinkan,
sia-sialah tenggangku.

- Affan, 2013

Monday, December 31, 2012

OFFICE 69

sorry kalau tak best. kalau best sila comment. eh, tak kisahlah. ikut pendapat masing-masing laa. ye dak? selamat menonton. oh ya, sorry kalau kualiti kurang memuaskan. masalah teknikal. upload dekat youtube pun pixel pecah jugak.


OFFICE 69 Trailer



OFFICE 69 : 1




OFFICE 69 : 2

Sunday, December 30, 2012

Video OFFICE 69 (Part 2)



kalau tak best jangan marah. hehe.

biarkanlah


andai hati ini kosong, biarkanlah,
andai hati gembira, biarkanlah,
andai ku bertemu yang lain, biarkanlah.

merah menyala ku gembira, biarkanlah,
duka di hati diganti semula, biarkanlah,
terusik di kalbu, biarkanlah.

engkau yang di hati kini, ku harap kau sedari,
yang kau bermakna diangkat tinggi.

Sunday, December 16, 2012

OFFICE 69 Trailer


maaf sekiranya montaj ni tak hebat, tak cantik, kurang kreatif dan lain-lain. nak kutuk lihat diri sendiri dulu. sekian.

Tuesday, December 11, 2012

Andai


Andai suka biar bertempat,
Andai suka biar berakal,
Andai suka biar berkira,
Andai suka biarkan saja.

- Affan, 2012


Sekiranya ayatku tidak gramatis, maafkan aku. Aku hanya seorang manusia yang tidak hebat berkata-kata. Aku bukan seorang penulis, bukan penyajak, bukan penyantun dan bukan penyair. Aku hanya orang yang suka mengekspresikan perasaan melalui kata-kata. Sekian.