Sunday, June 16, 2013

program 'PANDU KERETA, CARI MAKANAN'


Cup baru Tutti Frutti
(Tutti Frutti near Wangsa Walk)



untuk entry kali ni, aku malas nak cakap panjang-panjang.
you all boleh tengok video ni dekat SINI.

or


Tuesday, June 11, 2013

nampak macam AWESOME. tapi ...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
What's up blogger! and hey! what's up SILENT READER. How was your day guys? AWESOME? Great. Syukur alhamdulillah. Well, who likes mondays? PLEASE TELL ME NOW. haha. Aku rasa ramai yang tak suka hari isnin. Confirm sesiapa pun kalau dengar hari isnin mesti rasa macam, "Wah! Kenapa cepat sangat hari isnin ni. Wahai waktu, sila berjalan laju sedikit sampai hari jumaat."




Okay, today was a hectic day for me. Nak tau kenapa? Aku ada class dari pagi sampai petang. Nampak macam AWESOME. tapi ... rasa macam nak tercabut segala sendi yang tegak berdiri. Masa kelas Ekonomi dah terbayang ada rama-rama terbang dalam kelas. Some part kelakar, some part macam boring sikit. After that, masuk kelas Marketing. Yeah, this class kan is one of my favourite class for this semester. Sebab lecturer ni kelakar sikit. And ... and ... dia suka melayan kerenah aku dalam class. Sebab aku suka bagi contoh sendiri. Haha. Thanks Encik Nor Shahrul Nizam.


How about my petang class? Okay, class petang ni memang buat kami semua kecut perut. Kami kena buat speech. Speech apa? Well, for this semester, kami diajar untuk buat speech sesuatu perasmian atau majlis. Ucapan setaraf dan dua taraf. Ucapan setaraf tu tak melibatkan Sultan dan kerabat sebagai perasmi, manakala ucapan dua taraf melibatkan Sultan dan kerabat sebagai perasmi. Nampak macam AWESOME. tapi ... jaga-jaga. Jangan buat banyak sangat kesalahan kalau tidak mahu mendengar ceramah free. Boleh berdesing telinga. Tapi, aku sayang lecturer aku tu. TEGAS. Alright, aku tak nak cerita lagi pasal ucapan dua taraf yang group kami kena buat. Biarlah cerita ni bersambung minggu depan.




Every week bila balik kelas je mesti kami akan singgah Medan Selera Seksyen 7. Dekat Jalan Plumbum tu. Bagi student UiTM Shah Alam mesti tahu punya area ni dekat mana. Kalau tak tahu, sila cucuk mata anda. Bila dah singgah kedai hujung sekali kat medan selera tu, mesti aku akan order roti canai. Minimum 2 keping. Nampak macam AWESOME. tapi ... berat badan naik sikit je. Bila laa aku nak join group boroi dalam kelas. HAHA. Ni kalau ada yang terbaca habis aku kena.


Bila balik rumah sewa je, aku terus turn on laptop and mulakan sesi online. Facebook and twitter. Saje nak update pasal si DIA. Walaupun DIA tak update apa-apa, cukup seronok bila tengok page dia. Tak kisahlah. Janji aku happy kan? Okay, bila dah sign in Facebook, terkesima pulak tengok Facebook Home aku. Keluar macam ni;


My lil sister punya pun ada ni.


Mesti korang pun tengok banyak kali kan gambar ni. And ... and ... maybe ada yang terkesima kejap tengok total friend request tu. Well, aku takdelah banyak sangat friend request macam kawan-kawan diploma aku yang hot-hot gitu. Nampak macam AWESOME. tapi ... aku tak tahu siapa yang add aku kat facebook ni. WEIRD.

p/s: For those yang nak add friend dekat facebook, mohon jasa baik kenalkan diri. Kalau tak kenalkan diri pun, sila tonjolkan diri anda itu siapa. Kawan ke, orang luar ke, blogger ke, PEMINAT ke. HAHA.

Thanks for reading, Au revoir.

Saturday, June 8, 2013

irama MENGGONCANG jiwa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera SEMUA.
Baru-baru ni kan, aku jatuh cinta dengan satu lagu Melayu. Well, kadang-kadang kita mesti support our local music kan. HEHE. Untuk jiwa aku yang macam orang tua ni, aku lagu suka lagu slow berbanding lagu rancak yang boleh buat jantung setiap orang macam nak tercabut. Okay, rasanya korang dah pernah dengar lagu Dwihati by Aizat Amdan and Yuna. Kalau tak pernah dengar pergi Youtube, and type Dwihati.





Well, aku suka lirik lagu tu. Macam artistik sikit liriknya. Nak tau part mana? Intro lagu pun dah artistik;

Dirimu bagaikan,
Sebuah lukisan,
Penuh warna penuh seni,
Tak layak aku miliki.

Serious aku kalau nyanyi asyik ulang part ni. HAHA. Sebabnya, kadang-kadang kan, bila kita betul-betul suka someone tu, kita akan rasa humble sikit. Ala-ala macam dialah terbaik untuk kita. Kadang-kadang rasa macam tak layak. Eh tepuk dada tanya diri sendiri laa.


Okay, actually aku pernah bagi lagu ni kat someone. Siapa? Eh buat tak tau pulak. Sudah gaharu cendana pula ... sudah makan sendawa pula. Bagi adik-adik yang masih bersekolah dan terbaca blog ni, jangan terpengaruh dengan ayat tadi tu. Tak betul. HAHA. Ada jugak kena marah dengan cikgu nanti.


Bila aku tanya Ms F, apa yang dia suka pasal lagu ni. Dia kata entah. Dia tak dengar sangat. Apa yang dia perasan, 'Robot'. Dengar macam tu, lagilah aku gelak. Aku rasa dia ni jenis suka robot laa. Dulu pun pernah cakap pasal robot. Takpelah, nanti Affan belikan Ms F robot eh. Yang masuk battery and ada suara tu, "Fire! Fire!" hahaha.

ROBOT

 ROBOT

Misai macam Aizat ni laa yang aku suka. Ala-ala French-man. HAHA.


So, bagi sesiapa yang tak pernah dengar lagu Dwihati ni, silakan dengar. Hayati lirik lagunya. Sebab salah satu keunikan lagu terletak pada lirik. Tahniah kepada penulis lirik, Anas Amdan.

p/s: Ms F mesti suka sangat lagu Arms by Christina Perri. Asyik tweet lagu tu je. HAHA.


Monday, June 3, 2013

kami SEMINGGU budak sekolah DUA MINGGU


Assalamualaikum HADIRIN dan HADIRAT sekalian.
Salam Sejahtera dan Salam Bangsa Malaysia.
Hello peeps! Dah seminggu aku cuti. Fuhh.. Tapi tak terasa  Well, as we all know yang UiTM baru habis cuti seminggu. Uni lain rasanya tak cuti, entahlah. Apa yang aku tau pelajar degree UiTM dapat cuti sempena Hari Wesak, Kaamatan and Gawai. So, kepada rakan-rakan yang meraikan salah satu perayaan tu, aku harap korang dapat beraya dengan penuh rasa gembira.


Okay, rasanya semua dah tau pasal Hari Wesak. Ke still ada yang tak tau pasal Hari Wesak? Baik mengaku cepat. Kalau tak tau sila gelengkan kepala anda kiri dan kanan. HAHA. Alright, for those yang tak tau, Hari Wesak merupakan hari perayaan dan hari terpenting bagi penganut agama Buddha. Negara kita hebat kan? Berbilang kaum dan agama. As long as kita respect each other tak jadi masalah duduk dalam negara yang warna-warni ni. I ❤ Malaysia.


Gambar Hiasan


Alright, how about Hari Kaamatan? Siapa tahu? Kalau tahu raise your hand, atau dalam bahasa Melayu-nya angkat tangan! Eh kejap ... let me count first.

1 ...
2 ...
3 ... !!

Korang rasa ada tak yang betul-betul angkat tangan? HAHA. Tepuk dada kuat-kuat and tanya diri sakit ke tak. HEHE. Okay, Hari Kaamatan atau Pesta Menuai ni disambut di Sabah sejak dulu lagi. Pesta ni disambut oleh Kaum Kadazan-Dusun selepas selesai menuai padi. Well, aku tau pasal Hari Kaamatan ni pun sebab dulu aku dapat PLKN dekat Kota Belud, Sabah. Bagus jugak government bagi aku jauh-jauh. Dapat belajar and tahu pasal kaum lain, selain setiap malam rindu nak balik rumah sebab tak biasa. HAHA. Kalau nak tau lagi pasal Hari Kaamatan, boleh search kat web.


Gambar Hiasan


Macam mana dengan Hari Gawai pula? Rasanya semua orang dah serba tahu yang Hari Gawai disambut oleh kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Hari Gawai disambut bagi meraikan tamatnya musim menuai padi. Lebih kurang sama dengan Pesta Kaamatan. Dalam kelas aku ada dua orang yang celebrate Hari Gawai ni, Kak Lynn dengan Gerald. I hope both of you gembira balik Sarawak hari tu.


Gambar Hiasan


Okay, habis dah cerita pasal perayaan and hari menuai. Sekarang dah nak masuk sekolah balik. Assignments yang nak kena hantar minggu ni pun boleh tahan banyaknya. Buka mata, buka hati. Rajin Affan Rajin! So, nak wish selamat kembali ke sekolah wahai pelajar degree UiTM, terutamanya pelajar UiTM Shah Alam. Selamat berjumpa kembali dan berebut bas rapidKL pagi-pagi masa nak pergi kelas.


Ada kereta kenapa tak bawa pergi kelas? Soalan macam tu dah berbuih mulut nak jawab. Sebabnya, UiTM melarang pelajar bawa kereta. And... and... Aku tak ambil sticker kenderaan lagi kat pejabat Non-Resident (NR). HAHA.

Thanks for reading guys. Sekian, terima kasih. Merci beaucoup. Au revoir.
p/s: Jealous dengan budak sekolah sebab dorang dapat cuti dua minggu. Not fair! HAHA.

Friday, May 31, 2013

muka KERETA


Assalamualaikum HADIRIN dan HADIRAT sekalian,
Salam Sejahtera dan Salam Bangsa Malaysia.
Untuk entry kali ni aku nak cerita pasal persepsi orang dekat aku. Tapi bukannya persepsi yang buruk ke apa. Saje nak borak-borak kosong. Okay, actually aku nak cerita takdelah cerita yang gempak sangat pun. Saje nak update blog ni. Nanti berabuk susah nak kemas. HAHA.


Okay, di kalangan belia remaja yang masih bergetah macam kita semua ni. Confirm ramai yang dah ada lesen. Betul? Kalau takde lesen boleh pergi daftar kat Driving School. Rugi betul kalau ambil lambat-lambat. Lagi-lagi LELAKI. Bagi aku nampak loser sangat kalau takde lesen. Sorry ya wahai kaum adam yang takde lesen. Dah umur 20 pun takde lesen. Eh tepuk dada tanya diri laa.


Okay, dalam kelas aku, tak ramai yang pernah tengok aku naik motor and tau aku ada lesen motor. Sebab dorang pernah tengok aku bawak kereta je. Sampailah last week, for the first time dorang tengok aku naik motor. Tu pun scooter Shahida, pinjam kejap nak balik rumah sewa sebab tertinggal handphone. Lepas tu dorang tanya aku,

"Kau betul ke ada lesen motor ni Fan?"
"Eh, adalah. Aku memang ada 2 lesen."
"Ye ke? Muka kau macam orang tak reti bawak motor je."
"Habis tu muka aku macam reti bawak apa pulak?"
"Muka  kau macam jenis geng bawak kereta je. HAHA"
"Haiyaaaaaa ..."

Muka pun boleh kelaskan kita. Aku baru tau ni. kenapa dengan muka aku? Memang muka yang jenis bawak kereta je eh? Actually, dulu mama tak bagi nak ambil lesen motor. Tapi dah aku nak sangat terpaksa laa. Mungkin korang boleh baca entry aku yang lepas-lepas pasal lesen. Boleh click dekat sini

.
Last tuesday kan, for the first time aku dapat bawak motor yang CC tinggi. Motor siapa? Motor Fareez laa motor siapa lagi. Dia baru beli motor. Oh ya, banyak perbezaan antara motor CC tinggi dengan motor biasa. Kalau nak tau, korang boleh google. Nanti kalau aku cerita jadi panjang pulak walaupun aku bab-bab motor ni tak berapa arif sangat.


Kawasaki Ninja 250R (2013)


Yang bestnya kan, Fareez percaya pulak aku nak bawak motor baru dia. Padahal aku ni tak pernah bawak motor yang ada clutch. Motor yang biasa tu selalulah. Tapi jarang. Aku banyak bawak kereta daripada motor. Lebih selamat bak kata mama, Ms F dan kawan-kawan yang lain. HAHA. Oh ya, Ms F tak bagi aku bawak motor. Bahaya katanya. Lebih baik bawak kereta je.

"Bagi kan Affan bawak motor?"
"Eh suka hatilah nak bawak ke tak. HAHA"
"Cakap jelah ... Tak bagi kan? HAHA"
"Tak payah laa. Bahaya."

Ms F ni tak suka cakap straight forward, mesti ada pusing-pusing sikit. Malu kot. HAHA. Okay, sampai sini jelah nak cerita. Malas nak cerita panjang. Balik solat jumaat rasa lapar. So, mari kita makan dulu!


Oh ya, nak berkongsi sikit pasal khutbah jumaat yang aku dengar tadi. Tajuk khutbah jumaat hari ni Wakaf Simpanan Akhirat. Senang cerita kita jangan kedekut dan jangan sayang harta sangat. Semua tu duniawi belaka. Jadi, lebih baik muhasabah diri dan selamat beramal. Au revoir.

Sunday, May 26, 2013

tamat tempoh SEMINGGU


Assalamualaikum hadirin dan hadirat sekalian.
Ahad. May 26.
Dari minggu lepas lagi aku tunggu bila laa nak sampai tarikh ni. Yelah, sehari tak dengar suara aku jadi rindu. Kalau tak dapat dengar suara, dapat message pun okay laa. Ni baru tak message dua hari, aku dah jadi tak tentu arah. Okay, statement ni kelakar tapi benar. HAHA.


Bila pergi kelas, kadang-kadang aku diam. Selalunya aku bising sikit. Bila duduk sorang-sorang mula laa aku teringat pasal Ms F tu. Bila ada free time, aku online. Tengok twitter, tengok facebook. Walaupun dia jarang update apa-apa dekat facebook. Eh wait wait wait ... Ni kes angau ke apa ni. HAHA.




So, bila dah habis tempoh seminggu malam tadi, aku rasa excited sesangat. Rasa macam hari ni birthday aku pulak. Rasa macam nak buat fireworks je. HAHA.


TAMAT sampai sini. Nanti timbul kontroversi. HEHE.
Thanks for reading. Sekian, terima kasih. Merci beaucoup. Au revoir.

Tuesday, May 21, 2013

Mesej Awal Pagi


Assalamualaikum hadirin dan hadirat sekalian.
Untuk entry kali ni aku nak cerita pasal 'Ms F'. Kepada sesiapa yang dah baca entry sebelum ni mesti dah tau siapa Ms F tu. Hehe. Okay, hari ni hari viva presentation dia. Rasanya dia dapat buat dengan baik sebab dah terbaca kat twitter dia. Baguslah kalau macam tu. Seronok dengar, lega hati. Hehe.


Oh ya, actually pagi tadi aku berbelah bahagi sama ada nak mesej Ms F ke tak. Yelah, kan kitorang still dalam '1 week break'. So sebab tu laa aku berbelah bahagi nak mesej ke tak. Kalau aku mesej, dah break promise. Kalau tak mesej, nampak macam tak ambil berat pasal dia. That is my point of view laa.


Then, aku pun mesej dia, wish good luck apa semua. And.. and.. kena cakap sorry jugak sebab dah janji dengan dia seminggu no call, no message and blablabla tu. After that, dia pun reply, "... terharu pagi pagi ni". Lagi laa kita berbunga-bunga bila baca dia reply macam tu. Dalam kepala dah macam main lari-lari kat taman dah. HAHA.


nak bagi gambaran dengan lebih jelas apa yang aku rasa


Itu je nak cerita kat sini. So, ada lagi 4 days left aka 105 hours and 18 minutes left. Wahai masa, sila berjalan dengan cepat sikit. Kalau boleh berlari lagi pun bagus. Sekian terima kasih kerana baca entry ni. Siapa ada cerita menarik meh cerita kat aku. Aku belanja choki-choki. Merci beaucoup. Au revoir.

p/s: Ms F is not my girlfriend, just a friend of mine. I mean, SOMEONE SPECIAL.