Sunday, February 21, 2010

lelaki dan futsal

korang taw tak ape itu futsal? ok, permainan futsal dimainkan di dalam kawasan yang kecil atau tidak besar dan biasanya dimainkan di dalam bangunan (indoor). permainan futsal dimainkan oleh 2 pasukan yang mempunyai 5 orang pemain, tidak termasuk pemain simpanan. futsal sangat unik kerana pemain2 akan menunjukkan kreativiti masing2 di dalam mengawal dan menghantar bola serta menjaringkan gol. memang susah laa nak gol coz padang futsal pon tak lah sebesar mane.

creative technique


semenjak, 2 menjak, 3 menjak ni. aku dan rakan2 WOS dah ada activity malam yang sihat nak buat. ape lagi. futsal laa. walau pon kitorang maen lapan orang jer, tapi berpeluh bukan main. kalau kumpul boleh buat air basuh kereta. haha. tiap2 malam kitorang maen. baru lah LELAKI. aku tak faham kenapa ade sesetengah lelaki tak maen futsal or bola sepak. sape ade reason?

aku rasakan, lelaki dan bola tak boleh dipisahkan. cuba korang try kat member2 laki korang. korang letak bola sebijik kat atas padang. konpem berebut nak maen. fakta tu. haha. ok, seperti hari2 biasa, kitorang akan maen pkol 12am. midnight futsal. nak carik ahli team senang jer. lat ta li lat ta li tam plom lah. haha. mmg creative tgk member2 aku maen. ade yang tergolek (affan). ade yang senak perut kena rembat (fareez). ade yang buat tarian singa (pak don). ade yang sakit kaki (aie). ade yang main rempuh (kacang), dan lain2. haha.

hari ni ade satu keajaiban. Ahmad Fareez bin Abdul Kadir berjaya membolosi gawang. satu goal pon jadi lah. ye tak? huhu. dah goal terus menjerit. haha. semua pemain akan dikenakan kad kuning kalau maen tournament. sebab nyer, semua tak pakai baju. panas oh. kalau pakai baju nanti basah, pastu perah. wat lap kereta. tak pon lap moto. haha. agak2 sape nak challenge kitorang bagi taw je laa. anytime. huhu. sekian, trimas.

Thursday, February 18, 2010

kereta

bercerita mengenai kereta, hari ni dan semalam merupakan hari yang sangat2 kelakar. pasal kejadian semalam, some of 5D student lepak kat ali B (setiawangsa). kira macam reunion lah bagi sem ni and celebrate birthday faley skali. first planning nak lepak Bangi Kopitiam. last2 tutup lak. cis! yang datang ramai lah jugak.

boys :
aku, aie, faley, khamarul, fareez, azwan, pak don, epit and (kacang, odtz, apiz).
girls :
sheza, mas, fatin, aza, nor, fara ain, atiqah.

after lepak jer kitorg ramai2 gi kat car park and then nyanyi lagu birthday kat faley. memang seronok lah tengok ramai2 nyanyi. siap wat photoshoot lagi. haha. after that, diorang plan nak gi dataran. waktu tu dah ade 3 kereta. so, muat lah untuk kitorg. on the way jer nak gi sane, sampai kat Jelatek kereta yang kitorg naik tak bley start. laju dah laju dah. siap potong hyundai sonata fareez lagi. bak kata kacang "kereta ni ade horse power,kereta lamo". haha.

terpaksa laa tolak tepi. i thought minyak abes, and then gi isi minyak takde mende pon. ade laa sorg abang ni tolong check. dia kata batery kong. adoi ai. terpaksa laa sume balik umah. haha. cancel planning nak gi dataran.

petang hari ni lak, kitorg ramai2 gi celebrate lagi skali birthday faley. aku laa yang bawak faley naek kembara aku. ingat nak wat surprise. last2 kantoi gak. hahaha. dalam pkol 7pm, semua balik umah. aku ngan faiz gi anta mas dulu kat damai. and then kitorg lepak Pak Ya. nak start blek kereta x bley dah. adoi ai. call parents settle. tinggal je laa kat situ. semalam pak don and ari ni aku. Bang Bang Boom lah. haha. next time jangan laa mati lagi cam tadi. nak kena kereta kembara aku ni. wat hal lak. huhu. =) sekian, trimas.

Thursday, February 11, 2010

filem muallaf

hari ni kat bilik seminar kolej puncak perdana ade wat screening/Q&A filem Muallaf arahanAllahyarhamah Yasmin Ahmad. Filem ni memang best dan menarik perhatian semua penonton dalam bilik seminar. Bagi aku, semua filem beliau memang best. semua aku tengok. sangat2 admire kat beliau. ok,aku still tunggu sampai abis screening and Q&A. aku tak jangka plak Sharifah Aleysha and Sharifah Aryana datang. aku dah laa minat gler kat adek bradek dorg. =)

pas abes Q&A jer, aku,ary,abg epul ngan gee lalu kat aleysha and aryana. pastu tetiba jer ary gi tangkap gambar ngan dorg. jeles aku tengok. haha. pastu sampai luar jer aku suoh ary masuk balik coz nak suoh tangkapkan gambar ngan aleysha and aryana. punya laa EXCITED. haha.

aleysha, affan & aryana

bley lak gee panggil aku boboy time tu. tak nak segan lak. haha. for the reason, dia kate aku plg muda dalam kelas. yup,thats true. aku lahir 15th dec 1990. pas tangkap gambar dgn "dorg", aku beli air tin kat koop. pastu lepak kat luar bilik seminar balik. and then aleysha ngan aryana lalu, tegur lagi. nak tangkap gambar lagi. haha. taksub2. aku suka sgt coz dorg CUTE.!! =) nice to meet you aleysha and aryana. hope we will meet again. =)

Friday, February 5, 2010

kegiatan malam SISWA

best ke dok hostel? bagi aku kadang2 best and kadang2 tak. feel dok hostel siswa ngan hostel aspura laen sgt. bak kata member aku laa coz hostel aspura kau kene gigih panjat pagar. nak lari dari warden. kat sini senang sgt.. tp aku tak bley citer ar. cube sendiri. malam2 kat hostel aku memang hambar. lagi2 after rules dah makin banyak and golongan siswa2 dah kurang. aku ngan member2 satu umah ngan umah atas cuba wat satu benda yang bley hilang rasa bosan. ape dia? pc game laa ape lagi. ape yang kitorg maen?


cs : condition zero

memang game ni dah lame. sejak aku skola lagi dah ade. tapi ape kan daya. game ni jer yang ramai orang ade. so, maen jelah. kitorg maen pakai wireless LAN. sorang server and yang lain join. standard kitorang maen pkol 12am. hubungan antara siswa2 jadi rapat bler maen game ni. mane tak nye. jumpa jer citer pasal tembak2 malam tadi. tapi best laa, baru ade activity cket malam2. takde laa rase cam dok kat "sekolah agama". ok, sekian. (Hitman)