Monday, March 26, 2012

program khas untuk orang kacak dan orang cantik


di sini affan nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua Seketariat dan senior yang mengendalikan Program Pemantapan Wawasan di Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam pada sabtu yang lepas. terima kasih juga kepada kawan kawan yang menghadirkan diri secara sengaja dan tidak sengaja.




program tu sangat seronok walau pada paginya affan rasa mengantuk yang tak terhingga sampai tak boleh nak buat chicken dance. sorry ye abang dan akak senior. saya tak berapa cergas pagi tu.




lepas aktiviti pagi ada program motivasi dan psikologi dalam auditorium. best jugak tapi affan rasa macam nak muntah masa tu sebab budak yang duduk belakang kerusi affan yang rasanya kaki tak pernah kena bedung waktu kecik main gerak gerak kerusi. pening kepala.


tengok gelagat kelas lain pon pening jugak. mulut tak pernah diam. bersyukurnya dapat classmate yang cool, senyap sikit. tak lah setiap masa mulut nak bertanya itu ini. tanya benda yang merepek pulak tu.




pukul 2 paling seronok sebab aktiviti explorace. satu uitm shah alam kena pusing cari checkpoint. dah laa shah alam sekarang ni makin panas. rasa macam kena bbq tengah hari tu.


fasi yang menguruskan kumpulan affan (Kumpulan Tikus Liar) sangat best. siapa lagi kalau bukan "Kak" Ain. dia ikut je mana yang kitorang pergi. tabik spring! dengan melayan celoteh sorang sorang. layan jelah "Kak" Ain ye.


program tamat pada pukul 6 petang dan bermulalah cuti sekejap di rumah. homesick katanya. sekian.

No comments: