Thursday, March 22, 2012

tabik di dahi


aku tak pernah mintak kau menyanjung aku. sikit pun takde. buat apa kau nak sanjung aku. aku bukannya sesiapa pun. aku hanya insan yang tiada gelaran Doktor (Dr.), Professor (Prof.), Dato', Tan Sri, Tun, Sheikh, Tuan Haji apa semua ni. lagi sekali aku sebutkan TIADA.




aku tak pernah paksa orang untuk sanjung aku. sekadar menunjukkan rasa hormat sudah memadai. sekurang-kurangnya tunjukkan sikap yang baik dalam diri kau walau kau tak suka pun. takdelah rasa diri kau hina. aku tak pernah rasa yang aku tak harus sanjung atau hormat orang. semua insan di dunia kita kena hormat. tak kisahlah dia kerja Alam Flora ke, tukang kayu ke, security guard ke. sekurang-kurangnya kita boleh tunjuk paras mana akhlak dan kematangan kita.


kematangan akan menunjukkan siapa sebenarnya diri kita. bukan untuk menunjuk baik. tapi sekadar menunjukkan kematangan kita yang semakin dewasa ini. cuba kita lihat, orang muda zaman sekarang ada tak salam orang lagi tua macam masa kita kecik-kecik dulu kena salam dan cium tangan orang tu. susah kan? cuba tanya diri sendiri. ada kita buat tak?


bukan suruh cium tangan sampai kaki. sekadar menunjukkan apa yang diajar masa kecik dulu dipraktikkan sampai dewasa. takde dosanya salam dan cium tangan yang lagi dewasa. tapi dalam hubungan mahram dan muhrim la.


kalau salam pun kena bayar lain cerita la. yang menghairankan, kalau kita jumpa tokoh korporat, laju je kita berebut dengan orang lain nak bersalam. kenapa bukan dengan atuk, nenek, ibu dan bapa kita atau saudara yang tua? sebab tokoh korporat susah nak jumpa? macam tu? tepuk dada tanya hati.




kekalkanlah dalam diri dengan prinsip, 'hormatlah orang lain dahulu untuk orang lain menghormati kita kembali'. tak kisah lah siapa hormat siapa dulu. macam dapat duit pun kalau siapa yang lambat hormat orang lain. sekian.

1 comment:

Rapunzel Cikilolo said...

masing-masing ada limit. so, respect!