Sunday, May 9, 2010

kawan

semua orang ada kawan. kawan baik. kawan biasa. kawan jahat (musuh). kawan imaginasi. tak kisah la. aku ada kawan baik. yang terbaik pernah aku dapat and kitorang ada nama group sendiri. with one soul (WOS), 2007.


actually group ni tertubuh sebab riduan yang bagi nama. dia kata macam best. and then kitorg masuk treasure hunt kat bukit jalil under rakan muda. dengan ahli 4 orang iaitu adek (c), aku, aie ngan amsyar. bertungkus lumus lari satu bukit jalil. penatnya hanya orang lembik je yang tak tau. sampai last checpoint pon dalam group yang ke10. memang dah hampa sangat. bila umum sape yang menang memang kitorang terkejut sebab dapat no2. bersorak macam orang menang loteri lah.

dengan perasaan bangga dan bongkaknya, aku amek hadiah tu. sorang dapat RM50 ngan tuala. sekarang amsyar dah tak join kitorang dah. sibuk dengan member2 dia lak. biar ah. tinggal lah kitorang enam orang (adeq, fareez, azwan, riduan, aku, aie and tambah sorang lagi, kacang). dari form 5 sampai la sekarang kitorang still kawan. every day, week, month and year, kitorang still lepak same2. kawan2 skola dulu mane ade macam kitorang. semua bawak haluan masing2 bila dah masuk ipta/ ipts. kakak aku slalu kata "affan ni sayang betul kat member2 dia. siap letak pic kat desktop. hangout same2".


yes, memang aku sayang member2 aku. tanpa diorang, hidup aku bosan. tanpa diorang, hidup aku macam tak complete. dah ibarat macam satu family dah. bila susah semua tolong. bila senang blanje shisha. macam2 la. walaupun esok bukan friendship day, aku tetap nak post pasal ni gak. suka hati aku la, blog aku. haha. ok, tu all blogger. HAPPY MOTHERS DAY.!! sekian, trimas.

Tuesday, May 4, 2010

laptop dan mcd

lame x update blog. argh! janggal lak nak tulis intro. ceh! yesterday (takde kene mengene ngan lagu yesterday), tengah aku sedap2 maen PES2010 tetiba hang plak. adoi. on off on off laptop dah jadi blek laptop aku macam dulu. documents hilang. siot btol. dengan segera aku gi umah adeq. try restore pon tak bley gak. terpaksa la format.

suoh si kacang ngan azwan format. hebat dorg ni. tak taw lak aku. haha. format punya format makan masa sampai maghrib. yg azwan lak tuition math ngan bella sambil dipantau oleh aie. ketua kelas katekan. haha. pastu aku ngan bella balik umah. dah pkol 9 lbey datang lagi umah azwan nak abeskan format laptop ni. buat itu ini sampai pkol 12.

and then adeq lak datang umah. ajak gi McD Setiawangsa. aku pon on je. haha. secara beramai-ramai kitorg gi. ngan mak jan skali. fareez lak tak taw kemane and menghilang. haha. yang dorang banyak duit makan double spicy chicken mc deluxe. aku makan biasanya je. azwan makan big mac. paling klaka waktu kitorang suoh dia makan besar2. puas aku gelak. hahaha. pastu blek ar. dengan pantas aku blek umah coz dah pukul 0130. sekian, trimas. :)

yes! itulah aku yg berbaju MU.

the WOS

Saturday, April 10, 2010

apabila aku..

apabila aku di UiTM, time mengangkat barang2 teknikal untuk class project, aku rasa aku lah antara insan yang paling kuat sekali mengangkat barang2 tersebut walaupun berat box nya macam berat sekor anak kerbau.



apabila aku
di sacred garden, aku menolong sahabat aku mengangkat barang kat rumah kakak dia untuk sesi berpindah randah, aku rasa aku antara insan yang lemah sekali. nak mengangkat peti ais pon kena angkat dua orang. alahai!

apabila aku sakit atau luka, aku rasa aku lah antara insan yang tahan sakit. walaupun luka tu berdarah sampai nampak isi2 kat dalam. 'sakit sikit je, relax lah'. itulah yang selalu aku cakap. aku tak nak tunjuk diri aku ni lembik.

apabila aku dikerumuni dengan orang yang ramai macam kat kenduri tu. aku rasa aku lah insan yang paling lemah sekali. al maklum lah aku cepat pening bila ada kat tempat yang ramai orang.

apabila aku main game PES kat UiTM, aku rasa aku lah antara insan yang terror main game bola tu. tetapi apabila aku main ngan sahabat aku kat sacred garden, baru aku tahu. mereka lagi terror main.

ada kalanya aku lemah dan ada kalanya aku kuat. semua insan begitu. sekian, trimas.
salam pagi LENS-CAP fm.

Sunday, March 28, 2010

perkhabaran hari ini

permulaannya, kami (6 ahli utama WOS), bercadang nak gi maen bowling kat wangsa walk. pergilah kami 6 bersaudara ke wangsa walk yang terletak di wangsa maju. masuk je kat tempat bowling tu tengok kat dalam. ya ALLAH. ramainya. macam ada konsert lak. isilah name kat waiting list. waktu no 20. kitorang no 55. memang tak ar. jauh sangat. aku mula lah fikir nak gi tempat maen nak gi maen bowling. gian sangat. bola pon dah siap bawak. tapi bukan bola aku ah.

after that, kitorang beramai2 konvoi gi Flamingo Superbowl. tengok ramai gak. tapi takde waiting list. seronok. haha. maen 3 game. sorang rm20 termasuk kasut. bedal je ah. letih tangan aku nak maen 3 game. last game baru laa aku dapat point tinggi sikit. haha. dengan bangganya. fareez ngan aie paling best, sebab beza 1 mata. haha.

itu dia. haha.

azwan and ahli alam flora

malamnya, after abes maen bowling pkol 9 lbey lepak jap kat kedai. minum dulu. and then siap2 amek kasut nak gi maen futsal. cam bese ar. lalalitamplom. dapat teammates tros maen. maen sampai 10 goal je. aku team ngan adek and aie. team lagi satu izzat, flattop and riduan. aku score 6 goal and kitorang menang 10-4. caya ar. haha. second game plak aku dah score 2 tetiba ade lak sorang mamat ni dengan tak perasannya rembat bola ala2 cristiano ronaldo. pap! kene kat tepi dahi aku. berpinar mata. tros baring. pening ooo.

macam kene ketuk ngan hammer kat kepala. sakit dia, fuiyoo. hanya sape yang penah kene je yang taw. dah laa dia rembat tonjol. aiyoo. for the first time aku kene rembat. haha. btw, manchester united menang pagi tadi. bolton wanderes 0-4 man utd. =) sekian, trimas.

Friday, March 19, 2010

hari kelembikan dan mencipta sejarah kembali

hari ni memang penat gler. budak kelas banyak yang tak tido coz nak siapkan MTV and assignment En. Zack yang nak kene hantar. memang tak cukup tido. pkol 2 ade kelas cik jijone lak. esok shooting short film. letih + lembik. mati aku. abes klas pkol 5. pastu amek time laa nak tido. pkol 9pm konon nye ade nak angkat barang. last2 silap. pkol 9am. aiyoo. ape laa dorg x bagi taw btol2.

pastu naek dining atas. ade Road Tour MPP. seronok ar macam last year. tengok macam2 ragam orang yang wat aduan. haha. dah dok kat dining atas tu mula laa aku pening coz ramai orang. terpandang laa sorg GIRL yang jaga2 kat situ. WOW.! haha. dah abes tu aku nak kuar ar tron bawah. dia ade lagi aku pandang je DIA. dia pandang je aku. ade respon laa. LOL. hahaha.

after that aku ajak laa si BELL yang malas gler ni tron gi koop teman aku nak beli gam. blanje dia air coke. pastu ajak dia round2 kolej. last2 pegi court badminton. maen laa satu set. set pertama kitorg kalah tipis. 20-22. maen lagi coz aku tak puas hati. dulu aku, bell ngan fizie LEGEND kat court tu. tapi tu citer last year ar. aku dah x pegang racket setahun. memang tak ar.

atlit terhebat


masuk second set aku suoh dak bell ni maen btol2. segan ar. kate champion dulu2. maen jer. menang. bape ntah tak kira. masuk third set or rubber set. aku maen2 gak tapi ade semangat kesukanan lagi. menang besar. 8-21 kot. aku tak sangka. wakaka. pasni nak bawak racket blek. champion bakal menggegar KEMBALI.

Friday, March 12, 2010

kau

setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. ada segelintir yang guna kehebatan dan kelebihan diri sendiri untuk memangkin orang lain untuk jadi berjaya. tak kira lah dalam apa jua keadaan pun. tapi ada juga yang guna kehebatan diri sendiri untuk tindas orang lain, untuk menunjuk2 apa yang kau ada dan orang lain tak ada, nak nampak kau hebat depan mata orang lain dan sebagainya.

orang2 yang ada banyak kelebihan memang bagus tapi apabila kau guna macam yang kat atas sebenarnya nampak sangat kau macam sampah. buat apa kau nak orang sanjung kau tinggi2 sangat. buat apa kau nak tunjuk kau ni hebat or master segala benda? buat apa kau nak tunjuk kau keras kepala? buat apa nak tunjuk kau kuat? buat apa?!

kau ada IQ yang tinggi dari orang lain. so, apa salahnya kau tunjuk ajar kat orang lain secara ikhlas. kalau orang tanya kau satu benda, kau tarik muka. dengan nada kau yang macam marah. bila orang tanya kau lagi sekali sebab tak dapat tangkap apa yang kau ajar, kau mengeluh atau mendengus. dah ramai orang yang macam ni aku jumpa.

kau ada otak dan akal. kau boleh bezakan yang mana baik dan buruk. sebab apa nak keras kepala? kau suka orang tengok kau keras kepala? tak suka terima cadangan atau nasihat orang lain. tak suka berbincang. tak suka bila kena tegur. tak suka bila orang lain lebih dari kau. tak suka tengok orang senang. tu semua perangai buruk kau.

kau ada geng ramai. memang kau nampak hebat sebab kau dalam kumpulan yang besar. ramai. tapi, kau still nampak hebat ke kalau kau sorang2? atau kau juga akan ditindas atau dipijak oleh orang lain? boleh kau hidup?

jadi muhasabah lah diri sendiri. tak semua orang perfect. sekian, trimas.

Saturday, March 6, 2010

idola


setiap orang mesti ade idola tersendiri. sape idola korang? atau korang memang tak pasti sape idola korang. idola aku antaranya ialah LIONEL MESSI. sesape yang minat bola memang dah biasa dengar name dia. sesape yang baru dengar atau agak tak kenal ngan name ni, memang korang jenis kaki bangku, kaki meja and memang tak minat ngan sukan yang paling famous kat dunia ni.

bagi aku, idola tersohor ni memangkin aku untuk terus memperbaiki teknik dribbling, passing and shooting. cara dia dribble memang hebat and teknik dia shoot memang power. on target semua. dia ngan cristiano ronaldo dua2 same hebat. tu yang berebut nak dapat FIFA World Player of the Year. tahun (2007-2008) cristiano ronaldo menang. tahun (2008-2009) messi lak menang. 2009-2010 tak taw sape lak menang.

lionel messi

ronaldo (real madrid) : messi (barcelona)

argentinian