Saturday, May 22, 2010

selipar


friday, may 21, 2010.

awal-awal pagi lagi aku dah plan ngan kacang and fareez nak gi masjid sama-sama. naik apa? motor la apa lagi. nak jalan kaki confirm sampai masjid dah macam baru lepas mandi sunat solat jumaat. okay, pasal tajuk selipar, ada benda sikit nak cakap. pernah tak korang hilang selipar kat masjid? lagi-lagi waktu solat jumaat. tak pun letak selipar tempat lain, after solat je selipar kat tempat lain.


selalu orang pergi solat jumaat tak pakai selipar lawa-lawa (mahal). takut hilang. lagi-lagi tengah ramai-ramai. siapa ada perasan.


selipar jamban or selipar jepun


menjadi selipar terhangat di pasaran dan diminati ramai. kalau aku tokey selipar ni aku up lagi harga sampai RM5. hehe. ramai orang pakai sebab best. mane taknya. murah. sedap pakai. simple. kalau nak rembat pun pikir dua tiga kali.


selipar atau kasut crocs


selipar terhensem abad ini, CROCS. selipar ni memang tak sesuai laa nak pakai and letak kat tempat selipar masjid masa solat jumaat. memang lebur ler. aku rasa anak-anak orang kaya pon tak sanggup. yang beli kat pasar malam or uptown pon belum tentu dorang nak pakai. :)


hari ni hari dalam sejarah. aku, kacang and fareez gi solat sama-sama. after that baru jumpa adeq, hilmi and aie kat masjid. okay, pasal selipar ... my bestfriend punya selipar hilang kat masjid tengah hari tadi. agak kelakar jugak laa. tapi kalau kena kat diri sendiri memang rasa nak bagi je orang yang rembat tu makan selipar. after solat, aku dengan nervous nya carik selipar. camni lah dialognya:


affan : wei fareez, mane selipar aku?! alamak, macam hilang je. tadi aku letak kat sini. adoi!
fareez : tu haa selipar kau. kat tengah2 (tempat orang letak selipar banyak2).
affan : fuh! nasib baik. ade lagi selipar aku.


after that, kacang datang kat kitorang. "selipar wa hilang bro". aku pun tolong lah carik sekali cause aku yang tau dia pakai selipar macam mana. cari-cari takde. "sah2 selipar lu kene kebas bro, haha". dengan tanpa segan silu dan dalam keadaan redha nya, kacang naik je motor macam biasa and hantar aku balik rumah. dulu selipar aie hilang. sekarang kacang pulak. after that, kitorg pergi wangsa walk. bowling.!! macam biasa. :)


p/s: bagi sesiapa yang suka 'rembat' selipar orang kat masjid, insaflah. tak berkat kau amik. buat kena sumpah seranah je. sekian, terima kasih. :)

Tuesday, May 18, 2010

aku, mereka dan bowling

date : 16th May 2010
place : wangsa bowl, wangsa walk, wangsa maju.
time
: 10am-2pm

kegilaan

dato' fareez dan anaknya

shahrul nizam

fareez and affan

pameran baju

sebelum mula, kita tido dulu..

aksi bermula

ini dia model2 saya. :)

aku memang pecinta wanita..
namun ku bukan buaya. ;)

selamat hari guru cikgu rani

Friday, May 14, 2010

bowling time

day : wednesday
place : wangsa walk
time : 10pm-12.50am
team : with one soul (WOS) vs All Strike

WOS Bowlers : Kacang, Adeq, Affan, Wan Pak Don and Fareez

All Strike Bowlers : Odtz, Awal, Muz, Fcuk, Kamal and Pjal


Sunday, May 9, 2010

kawan

semua orang ada kawan. kawan baik. kawan biasa. kawan jahat (musuh). kawan imaginasi. tak kisah la. aku ada kawan baik. yang terbaik pernah aku dapat and kitorang ada nama group sendiri. with one soul (WOS), 2007.


actually group ni tertubuh sebab riduan yang bagi nama. dia kata macam best. and then kitorg masuk treasure hunt kat bukit jalil under rakan muda. dengan ahli 4 orang iaitu adek (c), aku, aie ngan amsyar. bertungkus lumus lari satu bukit jalil. penatnya hanya orang lembik je yang tak tau. sampai last checpoint pon dalam group yang ke10. memang dah hampa sangat. bila umum sape yang menang memang kitorang terkejut sebab dapat no2. bersorak macam orang menang loteri lah.

dengan perasaan bangga dan bongkaknya, aku amek hadiah tu. sorang dapat RM50 ngan tuala. sekarang amsyar dah tak join kitorang dah. sibuk dengan member2 dia lak. biar ah. tinggal lah kitorang enam orang (adeq, fareez, azwan, riduan, aku, aie and tambah sorang lagi, kacang). dari form 5 sampai la sekarang kitorang still kawan. every day, week, month and year, kitorang still lepak same2. kawan2 skola dulu mane ade macam kitorang. semua bawak haluan masing2 bila dah masuk ipta/ ipts. kakak aku slalu kata "affan ni sayang betul kat member2 dia. siap letak pic kat desktop. hangout same2".


yes, memang aku sayang member2 aku. tanpa diorang, hidup aku bosan. tanpa diorang, hidup aku macam tak complete. dah ibarat macam satu family dah. bila susah semua tolong. bila senang blanje shisha. macam2 la. walaupun esok bukan friendship day, aku tetap nak post pasal ni gak. suka hati aku la, blog aku. haha. ok, tu all blogger. HAPPY MOTHERS DAY.!! sekian, trimas.

Tuesday, May 4, 2010

laptop dan mcd

lame x update blog. argh! janggal lak nak tulis intro. ceh! yesterday (takde kene mengene ngan lagu yesterday), tengah aku sedap2 maen PES2010 tetiba hang plak. adoi. on off on off laptop dah jadi blek laptop aku macam dulu. documents hilang. siot btol. dengan segera aku gi umah adeq. try restore pon tak bley gak. terpaksa la format.

suoh si kacang ngan azwan format. hebat dorg ni. tak taw lak aku. haha. format punya format makan masa sampai maghrib. yg azwan lak tuition math ngan bella sambil dipantau oleh aie. ketua kelas katekan. haha. pastu aku ngan bella balik umah. dah pkol 9 lbey datang lagi umah azwan nak abeskan format laptop ni. buat itu ini sampai pkol 12.

and then adeq lak datang umah. ajak gi McD Setiawangsa. aku pon on je. haha. secara beramai-ramai kitorg gi. ngan mak jan skali. fareez lak tak taw kemane and menghilang. haha. yang dorang banyak duit makan double spicy chicken mc deluxe. aku makan biasanya je. azwan makan big mac. paling klaka waktu kitorang suoh dia makan besar2. puas aku gelak. hahaha. pastu blek ar. dengan pantas aku blek umah coz dah pukul 0130. sekian, trimas. :)

yes! itulah aku yg berbaju MU.

the WOS

Saturday, April 10, 2010

apabila aku..

apabila aku di UiTM, time mengangkat barang2 teknikal untuk class project, aku rasa aku lah antara insan yang paling kuat sekali mengangkat barang2 tersebut walaupun berat box nya macam berat sekor anak kerbau.



apabila aku
di sacred garden, aku menolong sahabat aku mengangkat barang kat rumah kakak dia untuk sesi berpindah randah, aku rasa aku antara insan yang lemah sekali. nak mengangkat peti ais pon kena angkat dua orang. alahai!

apabila aku sakit atau luka, aku rasa aku lah antara insan yang tahan sakit. walaupun luka tu berdarah sampai nampak isi2 kat dalam. 'sakit sikit je, relax lah'. itulah yang selalu aku cakap. aku tak nak tunjuk diri aku ni lembik.

apabila aku dikerumuni dengan orang yang ramai macam kat kenduri tu. aku rasa aku lah insan yang paling lemah sekali. al maklum lah aku cepat pening bila ada kat tempat yang ramai orang.

apabila aku main game PES kat UiTM, aku rasa aku lah antara insan yang terror main game bola tu. tetapi apabila aku main ngan sahabat aku kat sacred garden, baru aku tahu. mereka lagi terror main.

ada kalanya aku lemah dan ada kalanya aku kuat. semua insan begitu. sekian, trimas.
salam pagi LENS-CAP fm.

Sunday, March 28, 2010

perkhabaran hari ini

permulaannya, kami (6 ahli utama WOS), bercadang nak gi maen bowling kat wangsa walk. pergilah kami 6 bersaudara ke wangsa walk yang terletak di wangsa maju. masuk je kat tempat bowling tu tengok kat dalam. ya ALLAH. ramainya. macam ada konsert lak. isilah name kat waiting list. waktu no 20. kitorang no 55. memang tak ar. jauh sangat. aku mula lah fikir nak gi tempat maen nak gi maen bowling. gian sangat. bola pon dah siap bawak. tapi bukan bola aku ah.

after that, kitorang beramai2 konvoi gi Flamingo Superbowl. tengok ramai gak. tapi takde waiting list. seronok. haha. maen 3 game. sorang rm20 termasuk kasut. bedal je ah. letih tangan aku nak maen 3 game. last game baru laa aku dapat point tinggi sikit. haha. dengan bangganya. fareez ngan aie paling best, sebab beza 1 mata. haha.

itu dia. haha.

azwan and ahli alam flora

malamnya, after abes maen bowling pkol 9 lbey lepak jap kat kedai. minum dulu. and then siap2 amek kasut nak gi maen futsal. cam bese ar. lalalitamplom. dapat teammates tros maen. maen sampai 10 goal je. aku team ngan adek and aie. team lagi satu izzat, flattop and riduan. aku score 6 goal and kitorang menang 10-4. caya ar. haha. second game plak aku dah score 2 tetiba ade lak sorang mamat ni dengan tak perasannya rembat bola ala2 cristiano ronaldo. pap! kene kat tepi dahi aku. berpinar mata. tros baring. pening ooo.

macam kene ketuk ngan hammer kat kepala. sakit dia, fuiyoo. hanya sape yang penah kene je yang taw. dah laa dia rembat tonjol. aiyoo. for the first time aku kene rembat. haha. btw, manchester united menang pagi tadi. bolton wanderes 0-4 man utd. =) sekian, trimas.