Sunday, July 24, 2011

mangsa langgar, buat dunno dan ditinggalkan


tragedi ni terjadi malam tadi. time tu aku dengan kawan-kawan WOS serta masyarakat KL yang lain. tengah semua sedap melayan perasaan Skuad Harimau Malaya tumbang 5 - 3 kepada Skuad Singapore, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi satu break ala-ala nak emergency. aku pon heran la. kenapa semua bangun. kecoh sikit time tu.

tengok-tengok satu lembaga kecik tengah tercungap-cungap dan tergolek-golek ala-ala macam dalam english movie. baru aku tau lembaga kecik tu seekor KUCING. kesian gila. orang tu macam takde perasaan. angkat kucing tu letak kat tepi then belah macam tu je. letak la kucing tu kat tanah ke ape ke. geramnya!! gambar kat bawah ni lah kucing tersebut setelah berusaha menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keazaban. kesian dia kena tinggal kat depan workshop Ah Seng (main bedal je nama kedai). sekian.


semoga kucing ni bersemadi dengan aman.

Saturday, July 23, 2011

Versi Akustik Kami Sendiri

saya KAMAREDZWAN atau AFFAN suka buat benda yang pelik-pelik. so, untuk sesiapa yang memang dah lama kenal saya tu memang dah sedia maklum perangai saya ni macam mane. a happy go luck boy. teramat suka gelak sampai boleh guling-guling. suka buat kelakar kadang-kadang. suka perli-perli orang dan memerli bersama rakan-rakan yang lain. so, harap korang tengok la video kat bawah ni. siap ada link lagi. kalau ada youtube account sila lah add or subscribe. thanks guys!

Saksikanlah.. Comment kalau suka dan tak suka. yakni menyampah pon :)

Wednesday, July 20, 2011

youtube account :)


sila lihat. follow pon cun jugak. terfikir nak buat satu video untuk diri sendiri nanti. tunggu.. :) sila tekan sini untuk ke account affan

Saturday, July 16, 2011

bola itu bulat


futsal. rasanya semua tau pasal futsal. okay, buat masa la ni. aku dah lama tak berfutsal. aku dah banyak komitmen lain yang nak dibuat. so, dah takde masa macam dulu malam-malam nak main futsal. gelak-gelak time main. rembat sekuat hati. dribble. lari selaju angin. semua dah takde dah.

hari tu aku terkejut bila kawan-kawan WOS ajak aku main balik. friendly dengan group KDK. so,aku pon 'ya' kan jelah. time tu hari sabtu. 9 Julai 2011. takde kena mengena dengan BERSIH 2.0 ye kawan-kawan. pagi-pagi lagi aku dah gi Wangsa Walk sorang-sorang. nak tengokTransformers. padahal takde best mana cerita tu.

aku beli large popcorn set. balik je aku online sampai dekat nak Maghrib. aku tak makan ape pon time tu. yang aku makan satu hari popcorn tu jelah. then, kawan aku call. dia suruh siap cepat. nak terus gi Ampang Sun Suria or Sports Planet Ampang. aku dengan tak makannya minum la Gatorade. ingatkan boleh tahan. time main muka dah pucat gila. bibir jadi kelabu. aku nampak 'noise'. kelabu-kelabu. sebelum aku tersungkur kat court baru aku keluar.

memang aku dah Give Up nak main. buatnya jadi apa-apa nanti susah. kesian kawan-kawan aku main dengan muka letih masing-masing. so, satu peringatan untuk diri sendiri dan blogger-blogger. sebelum bersukan isi perut dulu. jangan terus nak bersukan je. nanti korang akan nampak noise and kelabu macam aku. sekian.

affan, 7.

With One Soul (WOS)

Kawan Dari Kecil (KDK)

Saturday, July 2, 2011

affan la tu sape lagi


kepada sape2 yang pernah nampak macam aku je kat F.O.S Jusco Wangsa Maju tu, memang aku laa. takde orang lain dah. dengan berbaju hijau nya. alolo. yeah, kerja sebagai part-timer shop assistant sangat penat. lagi-lagi kerja yang tak boleh nak duduk or rehat sekejap. aku suka jugak kerja sini sebab dapat layan pelanggan. customer service la katekan.

aku boleh tengok kerenah manusia yang tengah shopping kat sini. ade yang main bongkar je bila tengok2 baju. ade yang lipat balik. ade yang main campak je. ade yang gelak2. ade yang cakap ''dik, kenapa design2 dia semua tak cantik,''. aku senyum je. tak nak comment apa2.

paling kelakar sekali bila jadi macam ni, ''dik,ade tak saiz XS? tak pon S pon ok jugak," aku nak tergelak time tu. sebabnya akak tu nak carik saiz XS or S. padahal badan kecik haa. kang jadi macam sarung nangka pulak. aku bagi la dia saiz S dengan M. sah2 la saiz S dia tak muat sebab saiz M pon dah macam sendat je aku tengok.

ade yang datang muka masam. pelik. ade ke orang nak shopping muka masam2? ke memang dia dah ditakdirkan muka macam tu? come on guys and ladies. cuba senyum sikit. tak salahkan. kenapa nak menegangkan otot2 muka nak buat muka ketat? tak elok la.

aku terkilan satu benda je sampai sekarang. aku tak kisah kalau ade kawan2 F.O.S terbaca pasal ni. sebab ape, korang still tak tau aku resign sebab ape kan. aku resign sebab Supervisor or Executive yang incharge kat situ tak suka cara aku. sorry to say la. aku ni memang suka senyum and gelak memanjang. buat ape kerja nak serious sangat? tension and kau kerja akan rasa tak ikhlas. kerja tak ikhlas kan duit tu jadi tak halal. so, dia ni seorang yang serious. tapi janganlah nak buat semua staff ikut gaya kau. setiap orang ade kelebihan masing2.

bukan nak berlagak atau cakap besar atau cakap kosong. dah berapa banyak customer yang datang suka dengan cara aku layan dorang. dah berapa banyak regular customer yang ingat muka aku kat F.O.S? dah berapa ramai customer yang gelak2 dengan aku time aku kerja? kau tak pernah ambil tahu wahai Lady Boss. aku tak nak ade racist kat situ. sebab tu aku kawan baik dengan semua orang. sebab tu time hari last aku kerja semua macam sedih je. sorry guys. aku terpaksa. aiyoo, asal sebak semacam ni. semmmpuuuttt.... apa2 pon, thanks for everything F.O.S! i LOVE you! aku rindu F.O.S Wangsa Walk. kenapa aku ditukarkan ke Jusco Alpha Angle. kenapa korang mesti rampas aku dari jadi staff kat sane? kenapa? aku pon tak faham. sekian.

F.O.S Jusco Alpha Angle,Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Friday, July 1, 2011

JUMAAT itu friday


aku tak tau kenapa hari jumaat berbeza dengan hari2 yang lain. satu, sebab hari jumaat merupakan penghulu segala hari. hari jumaat juga berbeza bagi aku sebagai seorang manusia. sebab hari jumaat sunyi, aman dan sebagainya. kalau korang perasan la. hari jumaat sunyi je selalu. cuba try tengok kat tingkap rumah korang. korang boleh dengar bunyi burung berkicauan. angin sepoi-sepoi bahasa. dah macam nak belajar bab2 Bahasa Melayu la pulak.

hari jumaat juga berbeza kerana kita akan tengok setiap kaum Adam akan pergi ke masjid. barang siapa yang tak pergi masjid akan di pandang serong. tak kiralah kat mana2 pon. berbeza kan dengan hari2 biasa. kalau hari biasa orang tak pergi masjid orang macam tak kisah sangat. tapi kalau hari jumaat? mesti orang pandang pelik.

hari jumaat pon best jugak untuk budak2 sekolah rendah dan menengah. sebab ape? sebab diorang masuk lambat bagi yang sesi petang. pukul 2 baru masuk sekolah. selalunya pukul 1. untuk yang sesi pagi pulak dapat balik awal setengah jam. kan seronok tu. semua happy.

hari jumaat juga kita akan lihat ramai kaum Adam pakai Baju Melayu, berkain pelekat dan sebagainya. hari2 biasa susah sangat nak tengok dorang pakai macam tu. hari jumaat juga selalunya ada orang sedekah pisang kat masjid. rata2 kat Malaysia ni semua bagi pisang. sebab ape? sebab senang. takkan nak bagi durian pulak. sape pulak la nak mengopeknya.

the conclusion is, aku suka hari jumaat. iaitu FRIDAY! ni takde kena mengena dengan lagu Rebecca Black ye. sekian.