aku tak tau kenapa hari jumaat berbeza dengan hari2 yang lain. satu, sebab hari jumaat merupakan penghulu segala hari. hari jumaat juga berbeza bagi aku sebagai seorang manusia. sebab hari jumaat sunyi, aman dan sebagainya. kalau korang perasan la. hari jumaat sunyi je selalu. cuba try tengok kat tingkap rumah korang. korang boleh dengar bunyi burung berkicauan. angin sepoi-sepoi bahasa. dah macam nak belajar bab2 Bahasa Melayu la pulak.
hari jumaat juga berbeza kerana kita akan tengok setiap kaum Adam akan pergi ke masjid. barang siapa yang tak pergi masjid akan di pandang serong. tak kiralah kat mana2 pon. berbeza kan dengan hari2 biasa. kalau hari biasa orang tak pergi masjid orang macam tak kisah sangat. tapi kalau hari jumaat? mesti orang pandang pelik.
hari jumaat pon best jugak untuk budak2 sekolah rendah dan menengah. sebab ape? sebab diorang masuk lambat bagi yang sesi petang. pukul 2 baru masuk sekolah. selalunya pukul 1. untuk yang sesi pagi pulak dapat balik awal setengah jam. kan seronok tu. semua happy.
hari jumaat juga kita akan lihat ramai kaum Adam pakai Baju Melayu, berkain pelekat dan sebagainya. hari2 biasa susah sangat nak tengok dorang pakai macam tu. hari jumaat juga selalunya ada orang sedekah pisang kat masjid. rata2 kat Malaysia ni semua bagi pisang. sebab ape? sebab senang. takkan nak bagi durian pulak. sape pulak la nak mengopeknya.
the conclusion is, aku suka hari jumaat. iaitu FRIDAY! ni takde kena mengena dengan lagu Rebecca Black ye. sekian.
No comments:
Post a Comment