hari tu aku terkejut bila kawan-kawan WOS ajak aku main balik. friendly dengan group KDK. so,aku pon 'ya' kan jelah. time tu hari sabtu. 9 Julai 2011. takde kena mengena dengan BERSIH 2.0 ye kawan-kawan. pagi-pagi lagi aku dah gi Wangsa Walk sorang-sorang. nak tengokTransformers. padahal takde best mana cerita tu.
aku beli large popcorn set. balik je aku online sampai dekat nak Maghrib. aku tak makan ape pon time tu. yang aku makan satu hari popcorn tu jelah. then, kawan aku call. dia suruh siap cepat. nak terus gi Ampang Sun Suria or Sports Planet Ampang. aku dengan tak makannya minum la Gatorade. ingatkan boleh tahan. time main muka dah pucat gila. bibir jadi kelabu. aku nampak 'noise'. kelabu-kelabu. sebelum aku tersungkur kat court baru aku keluar.
memang aku dah Give Up nak main. buatnya jadi apa-apa nanti susah. kesian kawan-kawan aku main dengan muka letih masing-masing. so, satu peringatan untuk diri sendiri dan blogger-blogger. sebelum bersukan isi perut dulu. jangan terus nak bersukan je. nanti korang akan nampak noise and kelabu macam aku. sekian.
affan, 7.
With One Soul (WOS)
Kawan Dari Kecil (KDK)
2 comments:
Okay, aku dah pernah jadi mcmni byk kali ! Pandangan kabur. kelabu asap jadinya. tak nampak apa. kepala punyalah pusing. bila jalan je rasa nak tumbang. tapi 1 je teknik dia bila kau jadi mcm tu, kau kena pandang warna hijau. paksa jugak mata kau cari warna hijau. sebab hijau tu warna natural. warna alam semula ajdi. Tu yg doktor ckp kat aku :)
owh tau. tapi dalam Sports Planet mana nak dapat warna hijau? haa.. setiap kali nak main futsal aku pakai underwear warna hijau. HAHAHA :D bila pening je pandang bawah. mane ade lucah :D
Post a Comment