Sunday, July 24, 2011

mangsa langgar, buat dunno dan ditinggalkan


tragedi ni terjadi malam tadi. time tu aku dengan kawan-kawan WOS serta masyarakat KL yang lain. tengah semua sedap melayan perasaan Skuad Harimau Malaya tumbang 5 - 3 kepada Skuad Singapore, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi satu break ala-ala nak emergency. aku pon heran la. kenapa semua bangun. kecoh sikit time tu.

tengok-tengok satu lembaga kecik tengah tercungap-cungap dan tergolek-golek ala-ala macam dalam english movie. baru aku tau lembaga kecik tu seekor KUCING. kesian gila. orang tu macam takde perasaan. angkat kucing tu letak kat tepi then belah macam tu je. letak la kucing tu kat tanah ke ape ke. geramnya!! gambar kat bawah ni lah kucing tersebut setelah berusaha menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keazaban. kesian dia kena tinggal kat depan workshop Ah Seng (main bedal je nama kedai). sekian.


semoga kucing ni bersemadi dengan aman.

4 comments: