Assalamualaikum HADIRIN dan HADIRAT sekalian,
Salam Sejahtera dan Salam Bangsa Malaysia.
Untuk entry kali ni aku nak cerita pasal persepsi orang dekat aku. Tapi bukannya persepsi yang buruk ke apa. Saje nak borak-borak kosong. Okay, actually aku nak cerita takdelah cerita yang gempak sangat pun. Saje nak update blog ni. Nanti berabuk susah nak kemas. HAHA.
Okay, di kalangan belia remaja yang masih bergetah macam kita semua ni. Confirm ramai yang dah ada lesen. Betul? Kalau takde lesen boleh pergi daftar kat Driving School. Rugi betul kalau ambil lambat-lambat. Lagi-lagi LELAKI. Bagi aku nampak loser sangat kalau takde lesen. Sorry ya wahai kaum adam yang takde lesen. Dah umur 20 pun takde lesen. Eh tepuk dada tanya diri laa.
Okay, dalam kelas aku, tak ramai yang pernah tengok aku naik motor and tau aku ada lesen motor. Sebab dorang pernah tengok aku bawak kereta je. Sampailah last week, for the first time dorang tengok aku naik motor. Tu pun scooter Shahida, pinjam kejap nak balik rumah sewa sebab tertinggal handphone. Lepas tu dorang tanya aku,
"Kau betul ke ada lesen motor ni Fan?"
"Eh, adalah. Aku memang ada 2 lesen."
"Ye ke? Muka kau macam orang tak reti bawak motor je."
"Habis tu muka aku macam reti bawak apa pulak?"
"Eh, adalah. Aku memang ada 2 lesen."
"Ye ke? Muka kau macam orang tak reti bawak motor je."
"Habis tu muka aku macam reti bawak apa pulak?"
"Muka kau macam jenis geng bawak kereta je. HAHA"
"Haiyaaaaaa ..."
"Haiyaaaaaa ..."
Muka pun boleh kelaskan kita. Aku baru tau ni. kenapa dengan muka aku? Memang muka yang jenis bawak kereta je eh? Actually, dulu mama tak bagi nak ambil lesen motor. Tapi dah aku nak sangat terpaksa laa. Mungkin korang boleh baca entry aku yang lepas-lepas pasal lesen. Boleh click dekat sini
Last tuesday kan, for the first time aku dapat bawak motor yang CC tinggi. Motor siapa? Motor Fareez laa motor siapa lagi. Dia baru beli motor. Oh ya, banyak perbezaan antara motor CC tinggi dengan motor biasa. Kalau nak tau, korang boleh google. Nanti kalau aku cerita jadi panjang pulak walaupun aku bab-bab motor ni tak berapa arif sangat.
Kawasaki Ninja 250R (2013)
Yang bestnya kan, Fareez percaya pulak aku nak bawak motor baru dia. Padahal aku ni tak pernah bawak motor yang ada clutch. Motor yang biasa tu selalulah. Tapi jarang. Aku banyak bawak kereta daripada motor. Lebih selamat bak kata mama, Ms F dan kawan-kawan yang lain. HAHA. Oh ya, Ms F tak bagi aku bawak motor. Bahaya katanya. Lebih baik bawak kereta je.
"Bagi kan Affan bawak motor?"
"Eh suka hatilah nak bawak ke tak. HAHA"
"Cakap jelah ... Tak bagi kan? HAHA"
"Tak payah laa. Bahaya."
"Cakap jelah ... Tak bagi kan? HAHA"
"Tak payah laa. Bahaya."
Ms F ni tak suka cakap straight forward, mesti ada pusing-pusing sikit. Malu kot. HAHA. Okay, sampai sini jelah nak cerita. Malas nak cerita panjang. Balik solat jumaat rasa lapar. So, mari kita makan dulu!
Oh ya, nak berkongsi sikit pasal khutbah jumaat yang aku dengar tadi. Tajuk khutbah jumaat hari ni Wakaf Simpanan Akhirat. Senang cerita kita jangan kedekut dan jangan sayang harta sangat. Semua tu duniawi belaka. Jadi, lebih baik muhasabah diri dan selamat beramal. Au revoir.
2 comments:
tu diaaaaaa, di cop muka kereta, wakaka. amboi amboiiii, ms F? HAHA
errrr.. errrrr.. Ms F tu.. errrrr.. hehehehe >.<
Post a Comment