Sunday, July 18, 2010

kusut musut busut..

akibat banyak masalah, hidup aku dah jadi makin kusut. kusut ibarat anai-anai ingin membuat sebuah busut yang baru. eh, jap2. why bahasa aku dah macam bahasa sarjan yo lak ni. haha.


meja study yang bersepah.
sape nak tolong
kemas angkat angkat kaki

btw,ape motif meja aku nak ade cermin? sape punya ni? tolong angkat ye.
ok,inilah harta yang aku ada kat kolej. jangan harap sesape nak tido kat katil aku. aku letak paku nanti. ahaha.


hari pertama masuk. bukan maen lawa lagi lipat comforter

sekarang, dah macam busut anai2 dah. minggu pertama hari2 lipat comforter. pastu dah malas nak lipat dah. ape nak jadi ni affan.. ish3.


Monday, July 12, 2010

cerita jiwang seorang student

hello ladies and gentleman. aku baru sahaja kembali menjalani kehidupan sebagai pelajar UiTM. pada mulanya aku rasa sem baru ni macam tak seronok. siap menjerit kuat2 dalam bilik. aku BOSAN.!!

akan tetapi, segalanya berubah. aku rasa permulaan sem ni adalah yang terbaik aku pernah lalui selama 5 sem sebagai seorang pelajar. aku berkenalan dengan sebilangan besar junior yang aku anggap macam adik beradik. walaupun ada diantara dorang yang tak kenal nama aku disebabkan aku jarang bersuara. al maklumlah.. biro OUTDOOR. hanya mendapat sedikit kuasa untuk bersuara pada hari sabtu.


kami tidur lambat hanya untuk kamu wahai
sekalian mentee.

biro outdoor yang terbaek

mentee mentee ku yang kacak dan cun

KAMI sedih bila program mentor mentee dah tamat

Friday, July 2, 2010

tahap DEWA punya..

month of JULY, 2010


bila aku on laptop, bulan JULY. bila aku tengok henfon, bulan JULY. aku benci btol bila tengok perkataan JULY tu. tahap DEWA punya benci. benci tu seolah2 buat aku lemas perut. kadang2 sampai memulas. tahap DEWA yang aku maksudkan ialah sama erti dengan 'super duper' atau yang seangkatan dengannya.

bila teringat je bulan JULY mesti dalam kepala otak fikir. assignment ape laa lecturer nak bagi bila dah masuk sem ni. pastu mesti aku terfikir, macam mane laa aku nak bangun pagi nak gi class nanti. selalu bangun tengah hari. bertuah punya budak. hehe. mane tak nye, lepak McD or lepak kedai sampai 3-4 pagi baru blek umah. tapi aku bukan buat keje tak senonoh, tengok bola daa. world cup. bukan gi merewang macam pelesit2 kota (rempit) tu. walaupun kat umah dah complete semua channel ASTRO, tapi aku suka tengok bola kat luar dengan kawan2 (WOS).

ok,aku mengaku aku memang tahap DEWA punya malas nak masuk sem baru ni. pikir gak, nanti aku tak bleh laa selalu online facebook. tak bleh selalu update blog. tak bleh tgk kosmo online & metro online. tak bleh visit and comment blog korang. tidaak.!! rasa2 nya, semua yang dah masuk kolej or U nanti mesti 'semangat online' tu akan kurang. blog pon sekali dua je update. facebook pon macam maen tak maen je.

dalam dua bulan aku cuti ni, memang tahap DEWA punya best. pegi karoke, pegi maen bowling, hangout malam2, tengok world cup, macam2 lagi laa. confirm aku rindu semua tu. korang pon mesti rindu blek kan ape yang korang buat waktu cuti sem. kalau korang rindu.. aku lagi tahap DEWA rindu.. macam nak pusing balik masa.


FLASHBACK....








aku rindu semua tu.. apa2 pon, good luck kepada semua follower and blogger yang nak masuk sem baru & yang dah masuk sem. sekian, terima kasih.

Wednesday, June 30, 2010

untuk follower yg ke100

.award for u.

TAHNIAH kepada adam haiqal kerana dia ialah follower saya yang ke100. visitlah blog ni selalu. thanks. :)

Sunday, June 27, 2010

menggelikan seluruh bulu ketiak

hal ini adalah berkaitan dengan seekor makhluk ciptaan tuhan yang bernama LIPAS. aku memang tak suka and geli dengan lipas ni. kalau lalu depan aku memang terkeluar semua langkah2 pendekar mustar kampung pinang sebatang. aku rase bukan aku sorang je yang geli dengan lipas ni. confirm ade ramai lagi yang kat luar sane yang takut and geli dengan lipas. especially kaum hawa.

tapi, aku suka dengan cite oggy and the cockroaches. cute sangat lipas2 tu. tapi pada realitinya memang aku tak suka dengan lipas. aku rasa semua orang suka cerita ni sebab kelakar dengan lipas2 yang dok ala2 setinggan kat umah oggy ni. ade je plan jahat diorang nak buat. lagi best bila oggy kene buli trok2.


ape korang rase bila tengah makan
lipas naik atas meja camni?

aku akan libas macam ni bila nampak je
kelibat makhluk yang bernama lipas.

joey, dee dee & marky

aku paling tak suka bila dengar bunyi sayap lipas yang tengah terbang. bunyi sayap dia tu macam bunyi kapal terbang zaman perang dunia ke-2. zzrrr.... trauma aku bila dengar.

ok,ade tak yang pernah makan tetiba lipas naik atas meja? tak pun tengah sedap2 lepak kat rumah, lipas terbang hinggap kat muka? memang aku menjerit kalau jadi camtu. ala2 sound effect dalam filem Histeria tu. arghhh!! kalah Liyana Jasmay nanti. haha.

kat hostel, aku and sorang kawan yang dikenali sebagai wan pernah kena usik dengan sorang housemate. dia amek lipas tu and then kejar kitorang sampai kat luar umah. aku ngan wan ape lagi. lari sampai tangga umah bawah. tetiba, ade lak yang bagi cadangan kurang bernas suruh masukkan lipas tu dalam seluar. ish3. gila ape. sampai sekarang aku still tak suka and geli dengan makhluk yang bernama lipas ni. ape laa dosa dorang kat aku. hehe. sekian, terima kasih.

Thursday, June 24, 2010

ayam cincang.!!

ayam cincang? ape plek sangat bunyinya. actually, ayam cincang ngan chicken chop tu benda yang same. ayam cincang tu dalam bahasa melayu. i guess ramai yang suka makan chicken chop right? and then order fruit juice. fuhh! ok, tengah malam tadi, aku dan 3 orang rakan lagi bergegas menaiki kereta dengan pecutan maksimum pemandu berkhemah (60 km/h) menuju ke Kg. Baru.

aku difahamkan oleh co-pilot bahawa western food kat kedai tu sedap. betul ke? ok takpe, kita mai rase ramai2. suasana kat kedai tu nampak meriah je. ngan lampu lip lap lip lap warne orange nya. owner dia netherlands fans kot. memang lawa wei kedai dia. aku tak tipu. kedai dia ala2 bar waktu zaman cowboy. cuma takde poster WANTED je. kalau ade poster nampak gempak sikit. ala2 cite Labu Labi tu. ade laa niat di hati nak bukak camtu gak. name kedai western tu HR Steak House.

sample picture

first time aku tengok chicken chop
siap ade nasi skali

bagi sesape yang rase memang minat makan western food, boleh laa menyinggah makan kat situ. don't worry about the price. tersangat berpatutan. standard price. so, agak2 yang rase nak bawak lover korang or family boleh laa try makan kat situ. sekian, terima kasih.

Monday, June 21, 2010

budak sekolah dulu dan sekarang



SEKOLAH ialah tempat untuk budak-budak menimba ilmu. siapa yang tak pergi sekolah ni memang susah la nak kenal huruf rumi dan jawi. kecuali dia belajar dekat rumah. kat sekolah banyak benda yang kita dapat belajar macam kemahiran hidup, pendidikan islam/moral, science, math, bahasa melayu, english dan lain-lain.


pendidikan islam

bahasa melayu

english

dari sekolah laa kita baru nak kenal dunia. ade yang jadi nakal, ade yang skema, ade yang sengal-sengal ubi, macam-macam ragam la. kesian plak kat cikgu sekolah ni. mesti super duper tension pasal nak bendung masalah disiplin kat sekolah. lagi-lagi sekolah menengah. kalau cakap makan saman takpe, ni bagi nasihat masuk telinga kanan and keluar telinga kiri. kat sini aku bagi perbezaan budak sekolah dulu dan sekarang.


PERBEZAAN :

1. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, nak melawan cikgu pon tak berani. sebab cikgu tu laa tempat nak dapat ilmu.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, baru kene tegur sikit dah calar kereta cikgu, ajak cikgu berwresling kat dalam kelas, macam-macam laa.


2. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, nak conteng dinding pon sayang. sebab nanti kelas nampak buruk. menghargai dinding sekolah tu. mahal harga walau pakai plywood. biasa laa baru lepas merdeka.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, tengok jelah kat mana-mana dinding kelas, tandas, pusat sumber, semua ade conteng-conteng, "Aku cinta Ayu", "hafiz BAIK". tak pon "i hate cikgu ...." haha. macam-macam boleh baca. dah macam batu bersurat aku tengok.


3. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, habis je cuti sekolah tak sabar nak datang sekolah balik. nak belajar. sehari tak timba ilmu kat cikgu rasa tak senang duduk.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, habis je cuti sekolah takde mood plak nak datang balik. rindu kat katil nak bangun lewat. dah biasa tidur 2 minggu sampai tengah hari.


4. Kalau budak sekolah waktu dulu-dulu, bukan main lame jage kasut sekolah. boleh pakai lama. tak membazir.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, kasut tu dah macam murah sangat. boleh sepak-sepak dinding sekolah. main cop-cop kasut kan siling. tak percaya cuba korang tengok dalam kelas. kan ade cop-cop mohor kasut-kasut mahal.


5. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, parents bagi bekal je. tak pun 20sen. buat belanja. tu pun menyimpan sampai seminggu.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, parents bagi RM4 sehari pun tak cukup. pastu bagi alasan. makanan kat kantin mahal. cikgu asyik-asyik suruh beli buku. ade ko-kurikulum petang nanti.

6. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, bangga dengan lencana sekolah masing-masing. cukup bangga dapat belajar kat sekolah. kalau boleh, nak naikkan nama sekolah.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, bukan nak kata bangga, lencana pun malas nak pakai pergi sekolah. and then kata pulak lencana ni buruk la. tak ikut trend sekarang la. malas nak naikkan nama sekolah. naikkan nama sendiri lagi bagus. biar dapat anugerah pelajar paling nakal tahun ini.


7. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, hanya nampak jalan nak ke sekolah je. mulia betul hati masing-masing. nak berjaya laa katakan. nak naikkan nama malaysia after kena jajah dengan British.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, kadang-kadang nampak jalan ke sekolah, kadang-kadang nampak jalan ke Cyber Cafe. and then, semua tanggal uniform sekolah masuk CC. kenal sangat laa korang ngan seluar biru nye (rendah) or hijaunya (menengah).


8. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, nak pergi sekolah jalan kaki je cause parents pergi toreh getah. berkat sikit hati nak belajar bila jalan kaki pergi sekolah. biar tapak kasut haus. janji sampai sekolah.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, nak pergi sekolah kena parents hantar. kalau parents tak boleh hantar tak nak pergi sekolah. takut berpeluh laa, penat laa nak jalan kaki pergi sekolah. macam-macam alasan. and then cakap "tak cun ar lawa2 jalan kaki".


9. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, buku latihan bukan main jimat nak guna. nak salin banyak formula kat papan hitam. nak catat notes penting.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, buku math tu dorang tak pakai pun. cikgu masuk kelas, masing-masing tidur. alasan, math susah. pastu siap maen game XOXO (tic-tac-toe) tu. tengok laa kebanyakan buku budak-budak lelaki. confirm ada.


10. Kalau budak-budak sekolah waktu dulu-dulu, bukan main jage lagi meja ngan kerusi. sayang sangat harta sekolah. kalau boleh atas meja tu nak letak pembalut. ape nak buat. dulu barang-barang mahal.
Kalau budak-budak sekolah sekarang, meja tu apa laa sangat. sekolah kaya. rosak boleh ganti dengan yang baru. bila duduk je mesti nak jengket kan kerusi ke belakang. pakai 2 kaki je walau kerusi ada 4 kaki. bila tanya kenapa dia buat macam tu, alasan dia, "baru macho duduk 2 kaki".


banyak lagi sebenarnya aku nak cerita tapi aku stop sampai sini je untuk entry ni. siapa yang rasa masih bersekolah tu, muhasabah lah diri. nanti sampai exam SPM masing-masing ternganga. sekian, terima kasih.