ssup guys! pasal entry kali ni, aku nak cerita sikit pasal sekolah. SEKOLAH MENENGAH. aku SUKA GILA pasal sekolah menengah. lagi-lagi time form 5. sebab kebanyakan kawan-kawan aku pon last jumpa time form 5. habis form 5 dah melayang kat mana aku tak tau. yang dekat-dekat still contact lagi. okay, pasal sekolah menengah. yang best time form 5 ni confirm-confirm la bukan pasal homework. sape yang suka homework memang aku tabik spring la. aku suka sebab boleh borak-borak dengan cikgu. seronok. kat tempat lain mana ade dah nak borak-borak. sebab tu aku suka pergi sekolah.
pagi tadi aku asyik terbangun. nak tido terbangun balik. dah lah pagi tadi tekak kering, haus. dengan mamai-mamai aku gi amek cawan kat dapur, bukak fridge, tengok air apa yang sedap nak minum. laici? cincau? dua-dua pon tak. aku tak tau macam mana tiba-tiba boleh terbuat air RIBENA. tengah sedap-sedap minum aku terpandang la ada budak sekolah jalan kaki nak gi sekolah. time tu dalam pukul 7. peh! memang teringat balik la time sekolah dulu.
6.45am - dah jalan kaki gi sekolah. lepak kedai HUNTER. makan la kuew tiaw goreng + sambal, nasi lemak. air confirm la teh tarik or teh o suam. kalau minum milo confirm sakit perut kat sekolah. kalau toilet okay macam kat Hotel takpe lagi. aku tak faham manusia mana yang guna sampai boleh jadi kotor. huh, makan sambal pagi-pagi? orang kata boleh mengantuk. ye ke? aku tengok dulu time form 5 aku cergas je. macam minum Red Bull setiap masa. enjoy sana, enjoy sini. diingatkan, aku bukan pelajar nakal. seumur hidup aku kat sekolah menengah aku tak pernah isi borang salah laku. jadi nakal cikgu tak suka. bila cikgu tak suka asyik kena aim. bila asyik kena aim rasa dah tak best nak gi sekolah. bila rasa tak best nak gi sekolah rasa nak ponteng. bila rasa nak ponteng rasa dah tak nak belajar. bila dah rasa tak nak belajar. haa.. lu pikirlah sendiri. apa lu nak kerja esok.
macam ni lah time sekolah jalan ramai-ramai.
tapi tempat aku takdelah naik air sampai macam ni.
9am - paling best time English Class. sebab apa best? sebab semua orang kena gi Library. belajar kat sana. yes! aku memang suka pergi library. sebab boleh baca buku macam-macam. pasal Bumi la. pasal apa-apa je. janji ada gambar. sebab tu text book sekarang banyak gambar. bagi pelajar sekolah senang nak faham, ingat dan sebagainya. lagi-lagi subjek Sejarah. okay, pasal subjek English ni yang aku suka sebab cikgu yang mengajarnya. time dia bagi essay dalam 5 minit aku dah siap. bila dah siap apa lagi. huru-hara lah Library tu. aku kacau orang ni, kacau orang tu. dah macam Annoying Orange pulak. whaaaazzzzuuupppp!!!
The Annoying Orange
(macam ni lah aku time English Class)
10.25am - bila recess pulak, aku suka lepak dengan kawan-kawan kat meja batu sebelah koperasi. beli roti + air kotak je. tu je breakfast aku. sebab time balik nak beli nasi lemak Hunter lagi. haha. so, time sekolah kena pandai budget duit. salah budget... rasakan. apa mau makan. time recess la best. macam-macam topik keluar. bila dah duduk dengan orang yang kelakar mula lah gelak macam orang kena sampuk. kalau boleh nak gelak guling-guling sampai depan kolam ikan depan lab. dah lah aku tak suka ikan keli afrika dekat kolam tu. ngeri aku tengok besar sangat. tapi dia tak pernah pon buat salah kat aku. sorry ikan keli.
kalau dapat macam ni time recess memang bertuah
sangat-sangat lerr
10.40am - dah lepas recess kena masuk class balik. aku rasa time macam ni laa semua rasa macam tengah bersantai kat Port Dickson. perut kenyang. hati senang. bila cikgu masuk hati dah bercampur baur. "aku dah siap ke tak eh homework semalam". aku confirm korang selalu cakap macam tu. tak kurang jugak tiba-tiba "eh,buku aku tertinggal lah. macam mana ni?" (padahal ada dalam beg, tak siap homework). ada jugak yang selalu tanya "weh,cikgu Azah datang tak hari ni? aku tak nampak pon dia kat koop". "kau rasa hari ni Cikgu Rani mood dia okay ke tak?". "ala,hari ni ada subjek science, habislah aku. confirm aku kena aim lagi dengan Cikgu Noraini". ayat-ayat macam tu aku dah selalu dengar dah. bila dah habis sekolah mana lagi korang nak dengar ayat macam tu.
1 pm - bak kata budak sekolah sekarang ni "untung laa kalau boleh balik sekolah pukul 1". yup, memang betul. pukul 1 je mesti ada extra class. extra class paling best confirm la English Class. ni kalau Teacher Zainuliza baca confirm menangis tersedu-sedu terharu ni sebab aku suka class dia. "Kamaredzwan suka class saya rupanya.. hnsshh.. hnsshh..". okay, stop pasal ni. kang aku pulak meleleh air mata. ada satu hari ni. kawan aku duduk sebelah aku. nama dia Amsyar (bukan nama penuh). dia suka duduk sebelah aku sebab senang nak bincang. tapi hari tu dia mengantuk sangat. then tetido. aku tengok la muka dia tido kelakar. bila tengok je tetiba terperasan yang mulut dia dah terkeluar air liur. kawan yang kat sebelah dah gelak bukan main. si Fareez siap keluar handphone and record detik-detik manis tu. pelan-pelan air liur tu jatuh seperti mencurah air pelan-pelan ke daun keladi. bila dah jatuh je air liur kat lantai, MAKA bersoraklah kami kaum Adam satu kelas. dia pon dah mamai-mamai buat dunno je. Teacher Zainuliza pon pelik. nasib baik semua tak kena marah.
2.30/ 3pm - masa untuk balik! macam biasa. aku, fareez and fadzlee confirm akan menyinggah dan mengkecohkan keadaan kat kedai Hunter. time tu best sebab ada Abang Yus. dia kelakar. kalau ada yang kenal dia ok lah. maknanya korang memang dah duduk lama kat sini. dah dapat je nasi lemak kat tangan. balik rumah fareez. makan sekenyangnya kat rumah dia. takpun lepak makan dekat Taman Burung yakninya sebelah Dewan Persatuan Khairat Kematian. dah lepas makan balik la rumah. kalau tak makan nasi lemak kitorang selalu lepak kat Library sampai petang. best. tengok tv. menyanyi dalam tu. buat kelakar and then gelak ramai-ramai. main sumo / wresling. setakat main chess tu memang aktiviti bosan la. boleh tertido kalau main petang-petang ni.
nasi lemak aku beli tu takde la semahal ni -.-"
(cekik darah)
p/s : aku tak suka pelajar yang kurang adab dengan cikgu kat sekolah. sebab apa, sebab korang akan buat aku panas hati. apalah salah cikgu tu sampai korang nak cakap kasar dengan dia? peliklah. sayang lah cikgu korang seperti korang sayang ilmu yang korang tuntut. sekali cikgu korang terasa hati dengan korang susah nak berkat ilmu tu. tu belum lagi kalau cikgu korang touching sampai nangis. fikirlah sejenak wahai hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. fikir sejenak je. kalau banyak-banyak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
okay guys! sekian saja maklum balas dari Redzwan Affan pasal flashback zaman sekolah. kepada sape-sape yang nak kongsi pengalaman korang time sekolah boleh link and bagi tau ye. peace yawwww!!!